Written by Bella | November 9th, 2015

Sudah lama penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga tetapi beliau masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.  Ramai yang menantikan dan berdoa agar satu hari beliau boleh menjadi ibu.

Semalam khabar angin yang menyatakan beliau kini sudah hamil selepas anak tirinya Asyraf Khalid mengakui perkara tersebut di majlis perkahwinan beliau 2 November lepas menjadi viral di media sosial.

Peminat serta pengikut Siti Nurhaliza di Instagram tidak putus mengucapkan tahniah kepada beliau dan ada yang ingin mengetahui apakah berita ini benar.

Mengetahui isu tersebut, Siti Nurhaliza yang baru sahaja tamat melangsungkan Konsert Satu Suara Vol 2 malam tadi memberitahu wartawan beliau masih lagi mencari waktu yang sesuai memberikan komen mengenai berita tersebut.

Tidak mengakui ataupun menidakkan berita kehamilannya, Siti Nurhaliza juga mohon agar doa serta ucapatan peminatnya itu menjadi kenyataan.

Jika berita ini benar ia tentu satu perkara yang cukup menggembirakan bukan sahaja buat Siti Nurhaliza dan keluarga tetapi peminatnya juga. Semoga kali ni memang ada rezeki  beliau untuk menimang cahaya mata.

Sumber Berita: Hlive

24 responses to Siti Nurhaliza Cari Masa Sesuai Untuk Umumkan Berita Tentang Kehamilannya

  1. melati says:

    alhamdullilah…show mengandung bagus lah….jgn show gi Obersi lah , berlian lah..macam Che Ta…..,,last2 Che Ta ambil deposit org brg tak sampai…kan sh malu…..saya tgh gumbira ni pasal Che Ta……apapun Tahniah Siti…….semoga ke anak cucu….

    0

    0
    • Anonymous says:

      nk umum pun kena cari masa yg sesuai ke? nk buat press conference ke? bukannya baru sebulan kawin.

      0

      0
      • Anonymous says:

        x tahan dgn kerenah siti yg kerap menyekodeng instagram ronaldo, tok kay kerjakan tok tie habis..habisan. :)

        0

        0
        • Annie says:

          mesti Tok Kay tak leh duduk diam bini asyik skodeng ig CR.. tercabar jugak lah kan kejantanan , jadi make her pregnant lah senang. Secara automatik akan stop skodeng ig CR…..hehehehehe.

          0

          0
        • ehhh says:

          komen xboleh blah kome2 nih

          0

          0
      • Anonymous says:

        ya, baru lagi tu biarlah low profile dulu…..lepas 3 bulan ke baru umum. lepas tu terus berehat …

        0

        0
      • Pekerja Gomen says:

        Aku rasa mmg dah jadi adat dan adab…
        Sebabnya kat opis ni, yg mengandung 3 bulan ke atas je baru announce….
        Depa cakap kalau announce awal mcm tak elok..
        Takut apa2 terjadi pada kandungan…
        Kita dah war2… sedangkan kandungan tak kuat lagi..
        Bukan kata Melayu je… Cina dan India pun percaya perkara yang sama…
        Mungkin ada maksud tersirat dan kebaikan yg kita tak tau..

        0

        0
      • milah sirus says:

        kdg2 takbaik bagitau awal2 sgt

        0

        0
      • Anonymous says:

        Dia tanak umumkan mungkin sbb masih awal lagi. Usually org tunggu after first trimester baru umumkan. Anything can happen during the first trimister, risiko miscarriage sgt tinggi.

        0

        0
  2. Anonymous says:

    Kalau betul, Alhamdulillah! Semoga siti dan baby sihat selalu.

    0

    0
  3. kambing hitam says:

    Yeahhhhh.. kalau betul.. syukur Alhamdullilah….

    0

    0
  4. fara says:

    bagi la die ruang..kesian kat die…. tunggu la die umum kan sndiri…x payah dok paksa2 die…

    0

    0
    • lara alana says:

      betul, perempuan mana taknak mengandung. org tua2 cakap kalau kandungan terlalu awal baik jangan dihebohkan lagi. kami peminat ct mendoakan yg terbaik buat ct dan suami, Alhamdulillah kalau benar ct dah mengandung, jaga kandungan sebaik mungkin ye. ?

      0

      0
  5. noname says:

    Alhamdulillah. Moga semuanya benar belaka…Tahniah DCT n DK. =)

    0

    0
  6. leila says:

    kat utusan online siti dah menafikannya

    0

    0
  7. Peminat Tok Ti says:

    Memang Benar Dia Preggy…Tahu dari Sumber yang rapat dengannya…

    0

    0
  8. Mime says:

    Hai3…….
    Buat Album….. Conference
    Nak Kahwin…. Conference..
    Umum Mengandung…. Conference Jugak!!!
    Ish3…..
    Untung Jadi Siti Nurhaliza…..
    Maseh Ramai Rakyat Malaysia nak layan “Kerena Dia”

    0

    0
  9. biso bona says:

    dia artis femes gua xheran gua heran dgn farid kamil poyo nak conference takat nak umum nama anak propa lebeh…muka da la bajet

    0

    0
  10. Anonymous says:

    antara orang yang di tunggu mengandung oleh orang ramai Dr Noor Dayana Lokman dan Datuk Siti Nurhalizah

    0

    0
  11. minah jambu says:

    syukurrr datuk siti dh pon mengandong semoga dh berape taon menunggu semoga dapat anak kembar ye…hanye Allah yg mengetahui segala Nye..

    0

    0
  12. zahirah says:

    Mustahil beliau mengandung. Allah SWT takkan izinkkan.

    0

    0
  13. ronaldo says:

    congratulation dear.. :P

    0

    0