Written by Bella | May 9th, 2017

Menerusi sebuah ruangan di akhbar pada hari Ahad lepas, ada laporan mendakwa  Siti Nordiana mencetuskan masalah apabila datang lambat ke lokasi penggambaran dan meminta untuk pengacara menemu bual beliau terlebih dahulu agar beliau boleh pulang dengan cepat. Tentu sekali, permintaan Nana itu mencetuskan kemarahan kru peggambaran dan pegacara tersebut.

Walaubagaimanapun, Nana menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan  perkara sebenar.

Saya tidak pernah datang lambat pada mana-mana program kerana pengurus saya akan bagi call time dua jam awal daripada masa sebenar. Saya mengaku ada minta agar produksi awalkan giliran  saya untuk rakaman program hiburan baru-baru ini.

Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi. Sedangkan saya perlu ke lokasi lain untuk persembahan secara langsung anugerah pada sebelah malam.

Nana akui beliau agak terkilan dengan dakwaan berkenaan kerana ia memberikan persepsi buruk terhadap disiplin dirinya. Namun, Nana yang enggan memanjangkan hal tersebut meminta maaf sekiranya ada pihak terasa hati dengannya.

Sumber Berita : mStar Online

17 responses to Siti Nordiana Nafi Dakwaan Mempunyai Masalah Disiplin Tiba Lambat Ke Lokasi Penggambaran

  1. Vudey says:

    Dah sampai korang yang lambat mula. Hormati masa org lain juga. Dia pun ada job lain nak kejar. Bkn setakat nk layan program kau sorang pengacara sentap oi

    42

    0
  2. Vida Janda says:

    Ni le yang dinamakan janji melayu, sentiasa lambat, lembab dan longlai macam mana nak maju. Ni baru artis belum lagi doktor, silap haribulan mati tunggu doktor datang lambat. Lagi hipokrit, pakai tudung tetapi tak disiplin memalukan imej muslimah. Kalau minah ni pekerja aku, dah lama kena terminate

    0

    62
  3. Anonymous says:

    Sabarlah nana..dh dugaan

    6

    0
  4. Anonymous says:

    kesian nana…mentang2 lah artis kampung, camni layanan org belakang ye. cer kalau neelofa buat benda yang sama, gigih korang turutkan..

    33

    0
  5. aku says:

    Ermm nana menyanyi sedap,berlakon kureng sikit ,ada kayu2 sakit,hmm jadi host plak asyik buat lawak hambar,….hmmm komen jujur dari penyokong setia arwah achik & nana

    8

    4
  6. Anonymous says:

    takpe Nana…sabar ye…mcm tu laa hidup…kita dh buat yg terbaik pun ada yg nk pertikai…pedulikan puak2 busuk hati mengadu domba tu…Nana buat keje Nana je…

    8

    0
  7. Jeha says:

    Ok jer nana jd pengacara.. sweet je aku tgok…anggapla dia bkerja utk ank dia…x kn la nk kna pki costume badut….abih klu semua job nk dihala kan ke nabil n jihan… org lain x sempat la nk merasa…lawak diorang lg la menyakitkn hati….pendapat aku lar…

    24

    1
  8. Kate says:

    Ok per dtg awal n siapkan interview awal..lambat dtg confirm org marah..ni dtg awal pun kena marah??..pelik beno

    10

    0
  9. wekkkkkkk says:

    BIASALAH KLAU DH JADI FEMES BAILIK…UNDANGAN BYK..TERKEJAR2…NK LEPASKAN RUGI…DUIT MASUK OOOOO..CUBA KALAU TAK FEMES…SATU TEMUJANJI DLM KUL 10.00 AM TAPI DAH SAMPAI KUL 8.00 AM…

    0

    18
  10. Anynomous says:

    Mmg show tu start lambat dari yang sepatutnya. Aku pegi show tu. Nana sampai awal hokey. Sabar la ye nana. Org busuk hati ni mmg ade kat mana2..

    27

    0

Leave a Comment

Optional