Written by Bella | October 13th, 2015

Sudah bergelar janda selama 6 tahun, penyanyi Siti Nordiana bagaimanapun masih belum terfikir soal kahwin kerana tidak mahu anaknya Ryyan Nakhaie merasa tersisih.

Jujurnya jika bercakap soal kahwin saya tidak cukup kuat untuk mengharungi alam rumah tangga buat kali kedua selepas pernah bercerai sebelum ini. Kalau boleh biarlah perkahwinan itu nanti akan kekal sehingga akhir hayat. Kebimbangan saya juga adalah terhadap anak yang mungkin akan rasa tersisih sekiranya kemunculan lelaki lain dalam hidup kami.

Menurut Siti Nordiana yang popular dengan lagu Paling Comel bersama Achik Spin, beliau hanya akan memikirkan hal perkahwinan selepas anaknya membesar sedikit. Lagipun, bukan mudah untuk beliau bertemu dengan lelaki yang boleh menerima status beliau sebagai janda beranak satu.

Mencari pengganti bukan mudah tambahan pula saya hadir dengan ‘pakej’ (punyai anak) namun saya tidak terlalu tertekan memikirkan perkara berkenaan kerana buat masa ini Ryyan adalah keutamaan saya. Dia hanya mengenali saya sebagai ibu dan bapanya dan biarlah dia besar sedikit dahulu sebelum saya fikir soal kahwin.

Siti Nordiana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Faizal Yusop dan bercerai sekitar tahun 2009. Faizal selepas itu sudah berkahwin sekali lagi sebelum meninggal dunia pada 11 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Anak adalah harta yang paling berharga bagi setiap wanita  yang bergelar ibu, meskipun kehadiran seorang lelaki itu perlu untuk membelah sunyi didalam hati tetapi kalau mereka tidak boleh menerima anaknya tiada guna juga.

Sumber Berita: mStar Online

22 responses to Siti Nordiana Bimbang Anak Rasa Tersisih Jika Beliau Kahwin Kali Ke 2

  1. Pekerja Gomen says:

    Berapa tahun aku tak dengar citer dia ni daaaaaaaa….
    Ada lagi ke dia ni, Syura dan sewaktu dengannya?

    0

    0
    • Anonymous says:

      kebanyakkan wanita mmg begitu hatinya. mmg akan utamakan perasaan anak. itulah kasih ibu. ssh mcm mn pun akan usaha utk besarkan anak. klau laki dah lama dah bg mak tiri kat anak. bkn kisah pun psl perasaan anak.

      0

      0
  2. Kak Leha says:

    Comel anak Nana! Semoga anak Nana jd anak yg soleh & Nana akan peroleh kebahagiaan.

    0

    0
  3. Pekerja Kilang says:

    ada jodoh nanti ada lah..tak payah nak sensasikan isu kawin lagi…nanti ada lak yang kata nak promote Gegar Verganza..ops!

    0

    1
  4. Aana says:

    muka anak nana de iras arwah faizal.al fatihah

    0

    0
  5. melati says:

    aper nk Risau Siti Nordiana..sekurang2 nya ko ader anak peneman di hari tua….jgn jadi cam setengah org…tak kawin2 lg….nanti bila dh tua cakap gan kucing ler sorang2..

    0

    0
    • biru says:

      jodoh tu di tangan Tuhan.. awak siapa nk hina2 org ngn ayat ” .jgn jadi cam setengah org…tak kawin2 lg….nanti bila dh tua cakap gan kucing ler sorang2..”

      org yg tak kawin, awak tak perlu nk ejek2 sampai mcm tu. kalau awak tu dh kawin, ade anak, jgn lupa, tu bukan jaminan anak tu sudi jaga awak okeh. entah2 kena tinggal kat tepi stesen bas sebab anak pun x sudi jaga, kesian ko nanti duk masuk sotkobar meratap piluuuuuuu.

      0

      0
      • Anti Melati says:

        Biru, utk pengetahuan ko si Melati ni mmg mulut puaka! komen2 dia mmg menyakitkan hati & jelas tserlah kebodohannya. Komen2 dia for sure byk dislikes & automatic ttutup. tak lama lg, ttutup la komen dia tue.

        0

        0
    • xyz says:

      harap benda sama terjadi kat awak pula ye. duk lah baca bn mereput sorang-sorang.

      0

      0
  6. Pekerja Swasta says:

    Nana ada di channel TV9 Dekat Di Hati

    0

    0
  7. ofisboi says:

    ehek ehek..cakap pasal kawin sb tanak anak tersisih. macam dah banyak kali je keluar berita. kalau nak sangat kawin teruskan jela. sape yang nak jd suami tu pandai2 le amik hati anak. chuii

    0

    0
  8. me says:

    hamboii kemain sdp mlt ko mengata yek melati..
    apa ko igt org yg x kwen2 tu mmg mntk2 ke jodoh lmbt??? jodoh tu urusan Tuhan, Dia tau la bla ms sesuai nk bg..org yg lum kwen2 ni ( wpun aku da kwen) adalah alasan dorg x kwen lg. kdg ada mslh kshtn, nk jg org tua dsb. Xda sp xnk kwen! tp bla kwen dorg dpt jodoh yg sgt baik. byk da tgk..agknya Allah nk tnjk hikmah disebalik tu. selain nk bia org yg pnh mengata x kwen tu jeles n melopong nengok!!!

    0

    0
  9. Abang sado rupanya tomboi says:

    Nana artis yg ada asas agama pndai ngaji tp x de la nk meroyan cm abby tu bagus cmni org pon x benci

    0

    0
  10. anon says:

    Takde org nak, katalah takut anak tersisih… Tersisih apenya, kan duduk sekali dgn maknya…By the way, nana ni kalau mekap tebal tak lawa, …

    0

    0
  11. zaza says:

    biarlah org nk kata aq nih peminat kmpong ke,,low taste ke,,,tp seriusly aq minat Nana,,,sopan,tk berlagak , rendah diri, pndai jaga maruah sebagaiwanita,,bijak,,dn plg penting suara sedap,,kalaw dia nyanyi lagu baru senang jadik hits, tk tau lah kenapa composer mcm susah nk bagi dia lagu lagi…tu pasal masuk gegar vaganza,, i mmg support u nana kt sana nanti, harap u dpt masuk top 5!

    0

    0
  12. seri says:

    harap nanti nana pakai tudung simple simple but nice…x payah la style turban turban tu….bagus nana xde gosip kotor

    0

    0
  13. Anonymous says:

    oh dia ni kawan aku punya adik ipar,zul Yusop abang kepada aruah faizal yusop.

    0

    0
  14. Auntie Jojo says:

    Kalau dah jumpa nanti…introduce lah slowly…biar anak tu rasa selesa dgn keadaan baru. Cakap terus terang – explain betul2 – biar anak tu tak rasa insecure. Mungkin anak dia pun ingin jugak ada ‘ayah baru’…sebab mesti dia tenguk kawan2 sebaya kebanyakkan ada mak dan ayah…Saya doakan yang baik2..Good Luck.

    0

    0
  15. fakar says:

    setiap manusia smua syg ank..sbb bila nk kwin memang tkot ..sbb bila luar kwin janji lain..dah kwin nti.tkot blkang kita pukul…dan mcm3..sbb sy pun ad sorg ank.fikir cm mne diana fikir..allah ad di sisi kita..

    0

    0