Siti Nordiana Ada Sebab Naikkan Bayaran Persembahan

Hiburan

Siti Nordiana Ada Sebab Naikkan Bayaran Persembahan

Nama penyanyi Siti Nordiana mula jadi sebutan ramai selepas memberikan persembahan yang cukup baik didalam program realiti Gegar Vaganza 2.

Kini Nana sudah mula mendapat pelbagai tawaran untuk melakukan persembahan  dan mula menaikkan sedikit bayaran bagi melakukan persembahan.

Advertisement

Mula la ada orang yang bercerita tidak elok, katanya Nana sudah mula diva dan sebagainya. Namun, mereka tidak tahu bahawa Nana mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Kalau dulu, orang panggil menyanyi, saya pergi sahaja tanpa tanya pun berapa mahu bayar. Kini berbeza sedikit kerana saya buat persembahan bersama dengan orang lain juga. Sebelum ini saya buat solekan sendiri, tetapi kini saya ada jurusolek sendiri dan mereka juga perlu bayaran. Begitu juga dengan jurutera bunyi yang saya bawa.

Jadi, duit yang saya ada itu dibahagi sama rata bersama mereka yang bersama dengan saya untuk menjayakan persembahan. Bukan untuk saya seorang sahaja.

Walaubagaimanapun,  Nana tidak akan menolak tawaran menyanyi meskipun ada pihak tidak mempunyai modal yang tinggi.

Kalau ada peminat yang mahu saya menyanyi sewaktu majlis perkahwinan misalnya, saya boleh sahaja lakukan. Tetapi selalunya peminat yang setia dengan saya sejak dahulu lagilah.

Untuk menjaga kualiti persembahan, Nana harus mempunyai pasukan terbaik di belakangnya. Kalau persembahan memang mantap dengan harga yang dibayar, apa salahnya?

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...