Siti Arifah Masih Isteri Orang Sewaktu Pernikahan Kami, Tidak Pernah Sentuh Joy- Hafiz Hamidun

Hiburan

Siti Arifah Masih Isteri Orang Sewaktu Pernikahan Kami, Tidak Pernah Sentuh Joy- Hafiz Hamidun

Penyanyi dan personaliti media sosial Hafiz Hamidun telah melaksanakan satu sidang media yang disiarkan secara langsung di akaun Instagramnya yang berlangsung jam 3.00 petang tadi.

Advertisement

Antara intipati dari kenyataan media Hafiz ialah:

1) Siti Arifah Mohd Amin telah bernikah dengan Mohd Rayos Abdul Rahim di Songkhla, Thailand pada 10 Januari 2013. Pernikahan tersebut disahkan oleh Mohd Nasir Awang, Konsul di Konsulat Malaysia, Songkhla. Bagaimanapun perkahwinan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia, sebagaimana pengakuan Siti Arifah sendiri.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


2) Siti Arifah mengatakan kepada Hafiz bahawa dia telah bercerai melalui pesanan WhatsApp yang dikirimkan oleh Mohd Rayos. Siti Arifah memberitahu berkali-kali kepada Hafiz bahawa perceraian mereka tidak mempunyai dokumen dan Mohd Rayos tidak mahu menyelesaikan urusan perceraian.

3) Siti Arifah tahu ia akan menimbulkan masalah padanya pada masa akan datang dan untuk sepanjang masa, dia mengetahui tiada bukti surat perceraian dengan Mohd Rayos sehinggalah tarikh pernikahan Hafiz dengannya. Untuk sepanjang masa, Hafiz telah mengambil langkah mengarahkan Siti Arifah menyelesaikan hal surat perakuan cerai dengan bekas suaminya, namun Siti Arifah tidak menyelesaikannya sehinggalah beberapa hari sebelum tarikh pernikahan.

4) Pernikahan diteruskan setelah pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan pernyataan pihak Siti Arifah bahawa perceraian dengan suami sebelum ini telah berlaku. Pernikahan Hafiz dan Siti Arifah dilangsungkan dengan akujanji dari Siti Arifah bahawa dia akan menyerahkan surat perakuan cerai dengan suami terdahulu selepas majlis akad nikah. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna Hafiz mengambil mudah hal ini, lantas ia menimbulkan keraguan tentang status perkahwinan Hafiz dengan Siti Arifah. Setiap kali Hafiz meminta surat perakuan cerai, Siti Arifah sentiasa memberi alasan.

5) Oleh kerana gagal mendapat surat cerai beserta dari keraguan yang timbul, Hafiz dan Siti Arifah telah ke Songkhla bersama-sama bagi menyelesaikan urusan cerai taklik Siti Arifah dan bekas suaminya di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

6) Permohonan cerai taklik Siti Arifah dan bekas suami diterima dan disahkan jatuh talak satu pada 13 Julai 2017.

7) Pada 8 Ogos 2017 Hafiz dan Siti Arifah telah ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling untuk menyerahkan surat pengesahan taklik tersebut dan menjalani siasatan bersama pegawai agama daerah. Hasil siasatan mendapati Siti Arifah masih dalam ikatan perkahwinan dari suami terdahulu ketika pernikahan mereka berdua berlangsung pada 1 Mei 2017.

8) Laporan pernikahan sepanjang dua muka surat dipanjangkan ke Mahkamah Syariah Petaling untuk diFaraqkan yakni dibubarkan disebabkan pernikahan tidak sah kerana Siti Arifah masih isteri orang.

9) Hasil persetujuan bersama, Hafiz sepatutnya memfailkan Faraq bukannya Siti Arifah dan Hafiz sedia mengambil tanggungjawab tersebut. Keluarga Siti Arifah yang hadir ke mahkamah pada 8 Ogos tersebut turut bersetuju bahawa proses pemfailan Faraq itu perlu dijalankan secara tertutup.

10) Hafiz mengesahkan bahawa pada pagi Isnin, 21 Ogos 2017, dia telah menyerahkan permohonan Faraq pernikahannya dengan Siti Arifah di Mahkamah Daerah Petaling. Namun permohonan tersebut tidak dapat didaftarkan kerana pihak Siti Arifah juga telah membuat permohonan yang sama pada hari Jumaat, 18 Ogos 2017 di Mahkamah Syariah Shah Alam.

11) Lanjutan pemfailan permohonan Faraq itu, Hafiz pada 22 Ogos 2017 telah melantik Peguam Syarie Tuan Haji Azmi Tan Sri Dr Mohd Rais dari Firma Guaman Zulkifli Yong Azmi & Co bagi mewakili pihaknya berhubung tuntutan Faraq nikah yang telah difailkan Siti Arifah.

12) Tiada sebarang keperluan bagi Hafiz untuk menjawab sebarang persoalan yang timbul dari kenyataan pihak Siti Arifah kerana tiada kepentingan awam dan ada fakta yang telah disembunyikan dan dikelirukan.

13) Hafiz mendoakan agar semua urusan dipermudahkan dan kebenaran terbela. Dia juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut bagi menghormati kredibiliti dan kearifan pihak mahkamah.

Melalui satu kenyataan menjawab persoalan pemberita, Hafiz menafikan bahawa dia  pernah melakukan hubungan suami isteri dengan Siti Arifah, dan ini bercanggah dengan kenyataan Joy Revfa sebelum ini bahawa dia ditinggalkan oleh Hafiz setelah tinggal sebumbung selama enam hari (pada 23 Mei) dan setelah mereka berdua melakukan hubungan suami isteri.

Diharap penerangan Hafiz telah memberi gambaran yang jelas tentang apa sebenarnya yang telah berlaku selepas pernikahannya dengan Siti Arifah Amin. –beautifulnara.com 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...