Written by AbangNara | May 27th, 2015

Bila sebut Hari Raya Aidilfitri, semua benda nak baru. Baju nak baru, tudung pun mesti baru dan paling penting, emas di tangan dan leher kenalah yang baru juga. Masa sebelum raya inilah (terutamanya bulan puasa nanti), berduyun-duyun emak-emak, gadis-gadis dan wanita-wanita yang akan membeli barang kemas untuk digayakan di pagi raya. Lip lap sana sini. Berkilau sampai silau mata.

barang kemas

salam kena singsing lengan sikit bagi nampak gelang

Abang Nara pernah pegi Poh Kong sekali masa bulan puasa. Ya Allah penuh dengan orang. Nak jalan pun tak muat. Nak window shopping pun tak boleh. Jadi apabila dijemput menghadiri majlis pelancaran Poh Kong X Gaya Koleksi Raya 2015 yang menampilkan 3 pereka fesyen terkenal iaitu Alia Bastaman, Justin Yap serta Rizman Ruzaini, memang Abang Nara terus menerimanya dengan hati terbuka.

poh kong raya

model-model gayakan koleksi barang kemas raya Poh Kong

Gambar jauh macam tue mana nak nampak barang kemas Poh Kong bersempena Hari Raya nie kan? Meh sini Abang Nara up close and personal sikit untuk anda. Memang cantik-cantik koleksi terbaru Anggun, Tranz dan Moraglione. Para tetamu yang hadir semua mata tak berkelip. Terpukau. Jom ushar jom.

1. Poh Kong Gallery X Alia Bastaman
alia bastamanalia bastamanalia bastaman

2. Poh Kong Anggun X Rizman Ruzaini

anggun anggun anggunanggun

3. Poh Kong Tranz X Justin Yapanggunanggun
anggun

Memang cantik-cantik semuanya kan? Berpinau mata Abang Nara sepanjang fesyen show tue. Nasib baiklah wife tak ikut. Kalau tak mahu dipaksanya Abang Nara beli masa tue jugak. Namun ramai juga tetamu yang lepas habis fesyen show terus pergi beli. Tak boleh tahan la tue. Menariknya ada seorang tetamu bertuah yang menang voucher Poh Kong bernilai RM4,000. Syok la dia shopping nanti.

Koleksi Poh Kong Raya 2015 ini sudah pun mula dipamerkan di kesemua kedai Poh Kong seluruh Malaysia. Harga yang ditawarkan amat berpatutan. Kualiti terjamin. Rekaan tak perlu cakaplah. Memang menawan. Jadi silalah ushar apa yang patut. Nasihat Abang Nara, beli sebelum Ramadhan sebab selalunya harga emas masih murah ketika ini. Nanti dah nak dekat raya, takut-takut harga emas akan naik. Apa pun maklumat lanjut layari www.pohkong.com.my

11 responses to Sinaran Koleksi Barang Kemas Poh Kong Raya 2015 Buat Diri Ini Terpukau

  1. wow says:

    tiba2 teringat lagu kalau aku kaya….

    0

    0
    • raya says:

      hari2 hari raya…lalala..bole beli brg kms smpna hr raya….

      0

      0
      • amoi says:

        skrg ni nak pakai emas beso2 dabak pun takut..ragut rompak sana sini…makin tinggi kos sara hidup, makin byk penjenayah…

        0

        0
    • One Direction says:

      poh kong ni taukei dia cina apek ke ?
      kalau cina apek aku boikot. jijik tak basuh berak lepas tu sibuk gilap emas.

      0

      0
  2. janda perampas laki org puihhhh!!! says:

    perempuan pakai emas halus halus lagi cantik

    0

    0
  3. Orang Melayu says:

    Here Come Anak-Anak Mami Jarum.

    Miss time Rita acting jadi Mami Jarum Jr…. Haizz skrg dah jadi Mami Kontrover-sial.

    Dah lah Akak nak lap gelang papan sampai kilat sebab puasa pun nak tiba.

    Gosok Jangan Tak Gosok…. I like

    0

    0
  4. Orang Melayu says:

    Akak teringat time si Rita acting jadi Mami Jarum Jr….Suka tengok sebab acting sampoi aje.

    Harap harap Rita tumpukan 100% fokus to acting. Lupa kan si jantan anu kecik. Dah banyak kontroversial aje…..

    Ok lah dari Akak marah, lebih baik Akak gosok semua gelang papan akak. Raya pun nak tiba. Sambil tu dengor lagu Spider – Gosok lalalalal Gosok lalalala Gosok….

    Boleh panggil Abg Atan gosok sekali….I like…

    0

    0
  5. angin-angin syawal dah terasa ni…

    0

    0
  6. leha says:

    pompuan yg gambar no 2 collection rizman ruzaini tu lah ex gf cinta mati si zul ariffin masa dekat uitm melaka dulu

    0

    0
  7. boroi says:

    emas besau2 mcm tu sape yg nk pegi pkai..x lawa lah collection pokong ni..lagi besau emas ni lg besau la mata perampok2 mlesia yg kurang pekerjaan ni..

    0

    0
  8. well well says:

    putuih tangan..kena tetak

    0

    0