Sidang Media:Awal Ashaari Tertekan, Scha Tak Minum Kerana Baru Baik Demam

Hiburan

Sidang Media:Awal Ashaari Tertekan, Scha Tak Minum Kerana Baru Baik Demam

sidang media awal dan scha

Inilah yang kita mahukan daripada artis-artis kita. Daripada terus dihimpit kontroversi dan gosip-gosip, kan baik kalau terus buat sidang media macam nie. Boleh bersihkan nama baik anda sendiri. Akhirnya kisah di sebalik tabir yang terjadi semasa penahanan Awal Ashaari telah pun diberitahu. Semua orang boleh tersenyum riang kembali.

Advertisement

sidang media awal dan scha

Rupa-rupanya Awal Ashaari ditahan bukan kerana tak bagi kerjasama. Tapi tertekan semasa nak try kencing sampai tak terkeluar. Khabarnya orang-orang media yang ramai time malam tue terjerit-terjeritkan nama Awal sampai dia tertekan dan tak boleh nak kencing. Akhirnya untuk menyenangkan semua pihak, Awal dibawak ke balai polis dan sampel air kencingnya diambik time tue. Itupun lepas teguk 3 botol air beb. Memang tekanan betul nie

sidang media awal dan scha

Dan parti yang diadakan malam tue bukanlah parti Krismas tetapi parti hari jadi seorang rakan Scha Al Yahya. Awal pergi pun sebab dijemput oleh Scha. Sepatutnya parti tersebut diadakan di Restoran Teeq Brasserie, Lot 10, Bukit Bintang tapi disebabkan tempat tue dah ditutup, tempatnya ditukar ke Rootz Club. Tengah syok duduk-duduk sampai tunggu Scha, tiba-tiba ada operasi berlaku. Itu yang Awal, Scha dan beberapa orang artis lain diarahkan diambil ujian air kencing.

Tapi ada ayat Scha yang agak mengelirukan semua pihak bila dibaca:-

[note]Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil.[/note]

sidang media awal dan scha

Taknak buat tuduhan melulu tapi kenyataan Scha memang agak kontroversi. Korang buatlah kesimpulan sendiri. Boleh baca cerita penuhnya di Mstar.

P.S: Nampaknya tahun 2009 nie adalah mimpi buruk buat Scha dan Awal Ashaari. Kami pun kecewa jugak sebab minat sangat-sangat dengan Scha. Tak sangka banyak peristiwa yang menjatuhkan imej dia di tahun 2009. Moga-moga tahun 2010 dapat jauhi diri dari kontroversi.  Mungkin 2010 BeautifulNara akan jadikan Lisa Surihani plak sebagai artis feveret. Selamat tinggal Scha.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...