Siasatan Kes Skandal Adi Putra Tidak Telus – Suami Noraida

Hiburan

Siasatan Kes Skandal Adi Putra Tidak Telus – Suami Noraida

Sebentar tadi, telah berlangsung sidang media berkaitan kes skandal Adi Putra dengan Noraida Abd. Mutalib. Turut hadir ialah suami kepada Noraida, Amiruddin Othman. Semalam menerusi satu sidang media lain, Adi Putra telah mengumumkan bahawa kes ini diklasifikasikan sebagai “no further action yang membawa erti tiada pertuduhan ke atas dirinya.

suami noraida

Advertisement

Di dalam sidang media ini, Amiruddin Othman mendakwa pegawai penyiasat kes ini iaitu Inspektor Fergie anak Din adalah tidak telus dan berat sebelah. Gambar yang ditunjukkan oleh Amiruddin di atas menunjukkan bahawa Adi Putra telah bertemu dengan pegawai tersebut. Kata Amiruddin menerusi Mstar Online:-

Saya mendapati siasatan terhadap kes melibatkan Adi Putra ini tidak telus dan berat sebelah apabila pegawai penyiasat kes berkenaan mohon agar laporan polis kes berkenaan ditarik balik.

Seperti yang sedia maklum bahawa kes ini kami percaya ianya tidak telus dan tidak profesional apabila hanya begitu ringkas sahaja siasatan yang telah dijalankan. Kami hanya mahu siasatan dijalankan semula dan dikendalikan oleh pegawai polis yang lain

noraidaPegawai penyiasat juga turut bertanyakan soalan yang tidak relevan kepada Noraida seperti “kalau Adi Putra nak kahwin dengan awak, awak nak tak” sebanyak 3 kali. Malah layanan yang diberikan kepada Noraida juga jelas berbeza dengan yang diberikan kepada Adi Putra. Contohnya waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya tidak hadir namun untuk Adi Putra, pegawai penyiasat turun ke tempat penggambaran.

Amiruddin telah membuat satu laporan di bahagian tatatertib di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Jumaat agar satu tindakan terhadap pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Inspektor Fergie anak Din di sebuah balai polis di Johor dapat diambil. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya kes ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...