Baru-baru ini video pendek Rita Rudaini “Siapa nak pinang saya? Mai cepat-cepat dia dapat†telah menjadi viral di laman sosial Facebook.
Ramai yang menganggap “tawaran†Rita itu serius sehingga menimbulkan salah faham beberapa pihak sehingga beliau menerima kritikan daripada netizen.
Rita menerusi portal Media Hiburan berkata beliau merasa kesal  ia boleh menjatuhkan maruahnya. Video berkenaan yang sebenarnya hanya ditujukan untuk grup keluarga pelakon Sheila Mambo. Rita hanya sekadar bergurau sahaja dan tiada niat untuk “mempromosikan†dirinya.
Video tu hanya untuk grup keluarga kak Sheila Mambo dan tak sangka pula boleh jadi macam ini. Tak sangka dikongsi dengan semua orang. Saya tak suka sebab orang nanti salah faham. Dengan status saya ini orang akan pandang rendah dan fikir yang bukan-bukan.
Saya amat kesal jugalah sebab dikongsi untuk semua. Macam-macam persepsi orang akan buat terhadap saya. Kenapalah mereka buat begini pada saya.
Erm, bersabarlah Rita. Biasalah zaman sekarang sekejap sahaja benda boleh jadi viral apatah lagi jika anda seorang artis. Harapnya mereka diluar sana tidak terus salah faham.