Written by AbangNara | October 21st, 2015

Semenjak dua menjak ini, Abang Nara perasan yang wajah gadis-gadis di Malaysia semakin cantik berseri-seri. Semakin mulus. Wajah kosong tanpa jerawat. Kejadah apa semua gadis-gadis Tanah Melayu boleh jadi cun melecun dalam masa yang serentak? Abang Nara diselubungi misteri nusantara. Namun misteri itu terbongkar jua apabila Abang Nara melayari Instagram Tasha Shila, Sharifah Sakinah dan Adira.

hajah ramlah

hajah ramlah

Hajah Ramlah. Nama habis klasik dah. Tapi kesannya. Pergh!!! Memang power beb!!! Orang perempuan kalau time datang bulan, jerawat tumbuh kat muka macam cendawan tumbuh lepas hujan. Kalau zaman dulu kecoh letak bedak sejuk bagai, sekarang nie tak payah dah. Letak Krim Jerawat Datang Bulan Hajah Ramlah nie kecut terus jerawat.

hajah ramlah

Gila ke apa 1 malam je guna terus jerawat kecut? Walaupun Hajah Ramlah punya muka memang seposen tahap dewa di bungkusan yang comel ini l, tapi ramai gadis-gadis di luar sana dah mengakui kehebatannya. Diharap Hajah Ramlah dapat mengajak suaminya (yang mungkin bernama Haji Ramlan) untuk mengeluarkan krim jerawat untuk lelaki pulak. Kami yang lelaki pun nak tampil kacak bergaya jugak. Jerawat juga masalah buat kami.

hajah ramlah

Siapa gerangan Hajah Ramlah ini biarlah jadi misteri asalkan krim jerawatnya memang power. Kang kalau femes terlebih kang tak pasal-pasal masuk tv pulak. Daripada apa yang Abang Nara baca, krim ini bukan sahaja untuk menghilangkan jerawat ketika datang bulan, jerawat biasa-biasa dan parut gelap jerawat pun boleh hilang jugak. Cuma perlu letakkan/dotkan sahaja pada jerawat sebelum tidur. Esok pagi bangun terus tada!!!! Hilang dah jerawat tue.

hajah ramlah

Kalau korang tak percaya, boleh tengok lebih banyak testimonial di Facebook Hajah Ramlah HQ. Lepas tue boleh terus beli dan say goodbye to jerawat yang hinggap di wajah korang. Selamat mencuba!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

132 responses to Siapa Gerangan Hajah Ramlah Yang Kini Jadi Sebutan Para Gadis Tanah Melayu?

  1. Ashila says:

    aah..memang berkesan..sy pun dh cuba

    0

    0
    • PIKIR!!! says:

      sebelum mencuba produk baru…sila tanya diri sendiri.
      1)halalkah…
      2)dimana kilangnya- thailand, china atau msia?
      3)ada research & development team?
      4)berapa kandungan kimia nya?
      5)kalau berkesan dan x bahaya, kenapa xde kat negara2 barat?

      0

      0
      • huhuhu says:

        sori la, muka jerawat ni ada sangkut nya dgn diet, pemakanan harian dan juga kitaran hormon dalaman juga. kalau x jaga diet selalu makan makanan berminyak, tidur x cukup, makeup x cuci sebelum tidur… pun x jadi jugak.

        0

        0
        • Tak perlu produk mengarut says:

          anda inginkan kulit yg mulus, segar dan cantik? ini rahsia termurah.
          pergi ke pasar. cari ulam pegaga. balik ….letak dlm pengisar..dan blend. tapis dan minum airnya diwaktu pagi. pahit sikit rasa nya tapi kencing anda kan lawas, buah pinggang terus dicuci dan kulit jadi cerah…cuba dan amal.
          insya allah….tiada bahan penghawet.
          mudah bukan?

          1

          0
        • kak nam says:

          jerawat disbbkan- hormon, diet, darah n buah pinggang kotor. itu jer. pakai lah ape2 pn klau dlman korang kotor, x kemana pun jerawat2 tu sume. minum 100Plus seminggu sekali utk balance PH dlm darah dan badan korang. cuba je petua akak.

          0

          0
        • kak tontunya says:

          50 rm sebotol?…ko ingat aku ni gundek Najib ke haper????

          0

          0
        • Opssss! says:

          sorry Hajah ye…harga tu mahal sikit la. 50rm tambah 20rm..dapat bedak MAC!

          0

          0
        • sekadar menegur says:

          sepatutnya harga permulaan biarlah murah sikit. dah ramai org pakai ..terbukti baru lah naikkan sikit. ini belom apa2 dh melampau harga. siapalah yg letak pricing ni. marketing team pun x betul. nak lawan dgn produk internasional susah la. ambil pulak tasha shila yg hampeh perangai sundal tu. lagi la…

          0

          0
        • Anonymous says:

          harga x padan dgn packaging. nampak murah. packaging sabun susu kambing kt chow kit pun lagi berkualiti. sorri ye. :(

          0

          0
        • Mat sahdo says:

          X payah susah2 campak 50 ringgit. Oxy 5 x sampai 10rm. Overpriced giler. Mengarot. Agak2 la kalu nk untong pon.

          0

          0
        • Krim Datin Hajah Melah Datang Haid says:

          tak suka takper la,
          ada duit boleh la cuba ya,
          bagi yg loaded dan kaya raya saja,
          besok orang lain cantik, jangan pulak nak cemburu buta.

          0

          0
        • Nak Tolong Melayu says:

          okay, hajah melah kena buat camni. harga tu dah ok.
          hajah kena buat membership. kenakan yuran. tapi ada diskaun utk ahli2. 10 ke 30%. siapa x nk jd ahli, beli drp ahli2 yg mendaftar tu. kira agen la tu. kalau refer kawan2 jd ahli, dpt byk lagi diskaun. yg x ahli boleh minta budi bicara pada ahli2 utk diskaun. pastu buat website…jual dlm internet terus. beli terus drp sana juga. x perlu modal dan kedai. jimat. ni bukan skim piramid tapi multilevel yg halal dan efektif.
          saya cuma nk tolong melayu. itu saja..pikir2 kan hajah. melayu boleh. insya allah!

          0

          0
        • berminat nk cuba says:

          Hajah Ramlah, kt KL nk beli dimana????
          Minta pencegahan…:)

          0

          0
        • kaknam says:

          tasha shila dh muka licin.
          cuba ambik muka pian cecupak….
          hehehehh

          0

          0
        • Anonymous says:

          melayu2 berniaga, dah lah mahal, produk entah apa2.
          mcm si alif terlajak lebih tu wei. padahal guna business strategi mak dia. sendayu tinggi tu. cakap pung pang pung pang. beli roll royce la…porsche la…eeee. nk cepat kaya je.

          0

          0
      • Anonymous says:

        yaaa. selagi x tahu kilang kt mana, selagi tu aku xkan cuba. entah2 beli kt gudang entah mana mari drp china dan taiwan. eeee…sorry, im not that dumb.

        0

        0
        • ragu2 says:

          ye lah tu tasha shila. sama mcm nora danish rania tu. korang ingat diaorang pakai ke? …takkan la haprak sgt kot. hehehe

          0

          0
        • datin wan emdibie says:

          Kenapa murah sagt harganya….. jual rm100 pun takper la. Korang kan kaya raya. support umno pleaseeeee….. :)

          0

          0
        • Jururawat says:

          Mana dpt dh bedak MAC rm80 kak. Tu harga zaman Hajah Ramlah baru pk2 nk wat bisnes ubat jerawat ni. RM130 dh la ni.

          0

          0
      • amoi says:

        Jawapan :

        no 1) –> nak tahu halal atau tak, kena tanya pada seller atau buat search sendiri kat website KKM atau Jakim.. bukan tanya pada diri sendiri.. Kalau tanya pada diri sendiri, confirm la sampai bila2 tak kan dapat jawapan, sebab diri sendiri dah tak tahu, buat apa tanya pada diri sendiri..?
        Buat pengetahuan semua, krim ni telah mendapat kelulusan KKM. (NOT150905318K) –> https://www.facebook.com/krimcantik/photos/a.1448306365417503.1073741829.1444731549108318/1636430799938391/?type=3&theater

        no 2) Malaysia.

        no 3) Kalau dah ada KKM tu, kiranya produk ni dah diuji dan disahkan selamat. Cik nak korek sampai lobang cacing apa ke jadahnya.. Beli produk lain kat tesco tak pernah pulak nak korek details semua sampai macam tu.

        no 4) Kalau ada kimia pun, semuanya masih di tahap selamat. Kalau tak, tak de la KKM nak luluskan pun. Kau makan panadol time demam pun ada bahan kimia..

        yang no 5) tu nampak sangat singkatnya fikiran cik. Apa.. ingat semua produk yang bagus2 mesti datang dari negara barat ke? Kau memang lawak..

        0

        0
        • anti penjual sombong! says:

          Hey, nk suruh orang beli produk x payah lah menyombong. Perlu ke nak cakap cetek pemikiran? Baru tanya beberapa soalan dah sentap. Bodoh punya melayu….x reti berniaga. Macam mana nk maju. Jawab la elok2. Orang curious.

          0

          0
        • Girl2 says:

          belum apa dah maki2 customer….
          good luck la.

          0

          0
      • Thecantiks says:

        Maaf tanya. Apa maksud ‘ berkesan dan tak bahaya ‘ ada dekat negara barat je? Adakah bermaksud falsafah barat tu suma boleh pakai meyh? Diorg pun ada ja buat harmful things yg kita duk follow contoh cleansing tea.kenapa tak guna detox je? And why depa ajaq kita eat fruits as dessert bukan as appetizer? Our malaysian talent bukan calang2.banyak je idea org malaysia kita yg org barat beli and claim originality tu produk diorg.hakikatnya,gov kita sendiri kdg2 tak support things yg innovative and new ni.ni merujuk general.bukan produk kecantikan sahaja.be proud of being malaysian sis/bro. Teknologi kita pun dah berkembang. Kita kena follow ajaran barat je ke? Tak faham yr statement ni. Cuba terangkan lebih sikit. Kut i terlepas point penting. Sbb excited tgk your statement and being liked by lots of people.peace !

        0

        0
        • Anonymous says:

          masaalahnya kolagen, pemutih, produk2 kecantikan kt msia ni. sume…xde R&D. tu ha mcm produk filipina tu….pakai lepas stop terus jerawat mcm musim rambutan. korang tahu ke kes kanser dan buah pinggang naik kt malaysia ni?

          0

          0
      • awak fikir says:

        Tak belajar ent ke? Entrepreneurs. All business akan mula Dari bawah. Dia baru start nak Naik takkan terus luar negara. Macam coke la. Mula2 sebelum terkenal kat dunia. Dia terkenal kat negara sendiri lama baru export ke seluruh dunia. Support la barang Malaysia. Kau dok tnya2, kau dh research ke pasal barang dia.

        0

        0
        • Anonymous says:

          ya…sendayu tinggi….hehehehe

          0

          0
        • eeee says:

          jus pamoga x berkesan…
          pembohong jew.

          0

          0
        • Thecantiks says:

          Agreed with awak fikir.but to anonymous yg reply komen the cantiks,youre right but youre also wrong. Yes untuk most of the company yg nak cepat kaya,and yes mmg most dlm industri kosmetik DULU tak mementingkan R&D.but NOW, persepsi dah berubah sbb fkr sendiri la ye.apa guna our medic student/agro student/chemical bio student and mcm2 student go overseas and further study then buat research apa elok apa tak elok then came back here and invent something? Skrg dah akhir zaman,ada 2 senario.yg hati hitam,akan terus guna formula yg salah utk kaya.yg nak berniaga cara yg betul,ada caranya.and again,what im saying on my previous comment is about general idea / research / invent dan bukan tertumpu pada produk kecantikan shja.and jgn silap faham.kenapa skrg ni berlumba2 hq buat produk yg kesan cepat la apa la.sebab,pengguna sendiri tak bijak.frequent asked question is ‘ berapa lama produk berkesan ‘ and bila kita bgtau produk organik kesan ambil masa sikit dia nak repair dulu etc etc terus customer kata ‘ oh yeke? Ingtkn kesan cpt.mls nk tggu2’ or something like that. So kita as cust sendiri menggalakkan mrk utk keluarkan produk yg mgkn betul2 bahaya dan sbgainya. Jadi customer kena bijak la dear.buat research before buy. Jgn salahkan hq yg menjual.pilihan tu kan dkt tgn kita.
          And fyi, pls pls plss go and do your research ttg why penyakit kronik skrg sdg meningkat di malaysia to answer your question. And hopefully you can find it.kami tak jual produk jamilah ni, but kita cuma terkesan when ada seolah memperlekeh talent malaysian and apa yg malaysian mampu buat sebenarnya. Again,im saying about general.Just do your research and you’ll be amazed. Oh bfore you tanya,yes we have a team of specialist doctor and expertise to do r&d and whatever yg you’ll needed.
          #yourmindedsamamcmgovernmentsideygtaksokongkaryatempatan.
          #pleasethinkoutofthebox.

          0

          0
      • cik piNgu says:

        5)kalau berkesan dan x bahaya, kenapa xde kat negara2 barat?

        so, kalau tak diiktiraf NEGARA BARAT, TAK SELAMATKAHHHHHHH?????????

        0

        0
    • Milla says:

      sorry akak mengandung, x boleh pakai sebarangan. takut chemical dlm ubat tu. next time…

      0

      0
    • Anonymous says:

      akak pharmaci kt umah kau cakap…kalau jerawat2 cepat kering, krim/produk tu mungkin ade benzoyl peroxide yg tinggi. itu saja jalan terbaik…minta pencerahan.

      0

      0
    • Hajah Ramlah HQ says:

      Produk ni tiada benzoyl peroxide. Bahan utama dia adalah White Willow Bark Extract. Kesan dia secepat benzoyl peroxide, tapi dari bahan semulajadi iaitu dari pokok White Willow.

      Boleh rujuk link di bawah untuk maklumat tentang White Willow Bark. Atau boleh google kebaikan White Willow Bark.

      Link: http://www.annmariegianni.com/willow-bark-for-younger-looking-skin/

      0

      0
    • Hajah Ramlah HQ says:

      1)halalkah…

      Ya halal, kilang milik orang Islam. Staff di syarikat kami pun 100% orang Islam, kami takkan buat produk yang tidak halal. Kami sangat faham soal halal haram. :)

      2)dimana kilangnya- thailand, china atau msia?

      Kilang di Sabah. Dibungkuskan di Negeri Sembilan.

      3)ada research & development team?

      Ya, pihak kilang ada research & development team sendiri. Semua bahan dan kuantiti bahan adalah mengikut international standard.

      4)berapa kandungan kimia nya?

      Produk ni tiada bahan kimia yang merbahaya.

      5)kalau berkesan dan x bahaya, kenapa xde kat negara2 barat?

      Tiada di luar negara sebab produk ni adalah produk tempatan. Usaha dan fokus kami untuk pasaran tempatan. Jika mendapat sambutan luar biasa di Malaysia, insyaAllah baru akan kami tembus ke pasaran luar negara.

      0

      0
    • Zack says:

      mcm mna muka x gunung berapi? hari2 korang hentam mkn sambal belacan, air asam, budu, cencalok…smua korng belasah…. berkilo- kilo siang dan malam. salad x makan, minum air bergas dan bewarna. mcm mana kulit nk elok joyah hoi.

      0

      0
      • no jerawat says:

        Aku rasa tengok jenis kulit gak kot.. aku mmg kaki sambal belacan, air asam, budu, segala bagai tu, tapi kulit muka susah sangat nak ada jerawat, dulu ada penah naik satu jerawat masa sek menengah, bangga giler..hahah.. so mmg faham la kawan2 yg susah nak hilangkan jerawat, ada yg low self confidence etc

        0

        0
    • minah jambu says:

      minah jambu kalau datang period selalu tumbuh jerawat kt bontot ..dh lah tumbuh kt bontot gatal gatal pulak tu ishhhh geram betol !!

      0

      0
    • Anonymous says:

      Nara berapa banyak comission yg kau dapat?

      0

      0
    • Lala says:

      Rahsia kulit cantik paling murah ialah minym air 3-4l sehari.

      Ngko nak minum air pun malas, hmmm..xyah cantik lahh.

      0

      0
  2. Mak Jemah says:

    mahal tk??

    0

    0
    • Ashila says:

      ari tu beli 50 inggit

      0

      0
      • Anonymous says:

        50 ringgit???? baik aku beli daun pegaga…cuci darah. rm 1 je seiikat kt pasar tani. seminggu kulit cerah.

        0

        0
        • GAGA says:

          Daun pegaga?mcm mana buat die?rebus ke daun die..ajar please..

          0

          0
        • Anonymous says:

          x payah…basuh elok2. kalau pahit tutup hidung…lepas tu telan just tu. perit tapi mujarab.

          0

          0
        • GAGA says:

          buat hari2 ke?

          0

          0
        • Anonymous says:

          Jus pegaga kelihatan hijau pekat tetapi punya rasa yang sedap . Kalau tak percaya cubalah resepi ni . Rasa jus pegaga ni lebih kurang jus epal.
          resepi:
          Segenggam pucuk pegaga.
          Sebiji epal.
          Sebiji buah limau nipis.
          cara cara:
          Blend semua bahan diatas. Boleh tambah sedikit gula . Tapi jangan terlalu banyak . Kurangkan gula dalam minuman kan . Kalau boleh jangan campur gula lagi bagus .

          0

          0
        • Anonymous says:

          selang sehari pun okay. sebelum telan just tu, sila baca surah nabi yusuf dulu ye. pendek je… sekian.

          0

          0
        • menjampok says:

          limau x perlu blende…
          perah je…nanti pahit lak.

          0

          0
      • Anonymous says:

        mahal nya. baik aku pakai hidorgen peroxide. 5 ringgit je beli kt pharmacy.

        0

        0
      • minah jambu says:

        50ringit ! kenape murah sangat ? oh my goddddd…!

        0

        0
    • Mak Jemah says:

      ish yeke rm50???
      mahalnyerrrrrr….
      tkpela kalau mahal mcm ni baik aku tk pakai ape2..
      sekian…

      0

      0
  3. Love says:

    for a cheaper DIY remedy, do try taking an aspirin and add a little amount of water to mix it into a paste and apply on the pimple. the pimple will dry up and drop off by itself within 2-3 days.

    0

    0
  4. Love says:

    uols can try to apply aspirin paste (aspirin+water) onto the pimple.
    effect dia pun sama cam kat gambar tu jugak .. 2-3 hari pimple kering and gone.

    0

    0
  5. Hajah minah says:

    Too fake. Obviously one of the latest products yg nak cepat sgt naik and pay all these celebrities & blogs (including Nara) to promote their product.
    If it works then it’s good for you, but mmg guna duit habis2san utk buat marketing kaw2! Lol

    0

    0
  6. afifah says:

    jom sapa area kb cari saya 013-9061208

    0

    0
  7. anon says:

    Kalau effect dia cepat sngt, risau jgk entah ape yg ade dlm ramuan kerim tu…..bahaya ke tak utk kesihatan.. lkut kulit pun blh meresap jgk.

    0

    0
    • Sinis says:

      sama la..aku pun dh x percaya produk2 sekarang.
      they ols beli kat pemborong bertin-tin..just balik rumah repackaging brand sendiri je. byk…malas nk cakap brand mana.

      0

      0
      • Hajah Ramlah HQ says:

        Produk ni diproses di kilang bertaraf GMP di Sabah. Kami tak borong krim dari negara seberang seperti sesetengah produk lain. Boleh semak no kelulusan KKM produk ni : NOT150905318K

        0

        0
        • sila kupas says:

          apa ramuan2 nya. asli ke hajah?
          saya bersolat. x nk pakai bila saya was2.
          harap paham. thanks.

          0

          0
        • Hajah Melah says:

          no diskaun ke hajah?
          mahal lah hajah.
          produk ni pun x terkenal lagi hajah kan?
          buat la pahala sikit hajah.
          dapat diskaun saya promote lah….huhuhu

          0

          0
        • minah jambu says:

          ni mesti tiru ramuan mok cun kan ? kalau mok cun tauuu sape2 tiru dia punye ramuan mesti kena hukum ngan mok cun cium taik kerbau 7hari 7malam..jangan sampai kena tangkap ngan mok cunn..

          0

          0
  8. Syasya says:

    Saya dah cuba..alhamdulilah berkesan utk saya. Jerawat cepat betul kecut.

    0

    0
  9. senyum kambeng je lah says:

    sesuatu je….kenapa johnson & johnson kompani yg berpuluh-puluh tahun x pakai formula ni? hmnnn

    0

    0
    • Kimora Lee Cooper says:

      Stiap produk ni ada formula tsendiri dan dh dpaten kn. Klau ade company lain tiru formula sma, blh kna sman. Jd nk buat produk br knalah carik formula baru.

      0

      0
  10. kim says:

    alaa…aku dah belas tahun pakai krim NIXODERM yang sangat berkesan utk kecutkan jerawat.. Bli je kat farmasi especially watson, 4.50 je yang kecik…kui2.. kejadah krim jerawat smpi 50hgget

    0

    0
    • Anonymous says:

      ya adik aku pakai nixoderm ubat kurap tu mmg power.
      x sampai 10 henggit. warna hijau.
      50 rm?? …mengarot!

      0

      0
      • budak baru says:

        krim nixoderm ni boleh hilangkan bintik hitam kat hidung tak?sebab tgk kat kotak ade tulis…

        0

        0
  11. Anonymous says:

    mahal nk mampus.
    lain la loreal atau garnier ke.
    sorri!

    0

    0
  12. orang lama says:

    Tahukah anda apa kolagen yg termurah?

    Kenapa orang cina makan , taufu, soya dan shark fin soup?
    Kenapa orang dulu2 makan agar2, ulam2 dan sup kaki ayam?
    Kenapa orang putih makan dark salad, salmon, avocado dan flexseed oil?

    Sila google….

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Datang bulan tu apa?

    0

    0
  14. nameeroslee says:

    kenapa sekali lalu aku baca cam #haramjadah..oops sorry..

    0

    0
  15. Koko says:

    rm 50….melampau harga. tambah rm 20 dah boleh lipstick Marc Jacobs. heheheh

    0

    0
  16. Anonymous says:

    kenapa tasha shila…skank la dia.
    eeee….

    0

    0
  17. Myawatashi says:

    kakak aku bg tips letak kapur utk sirih tu kt jerawat yg baru2 mula nk bengkak tu… esok pg, jerawat tu xjd naik… dia dr zaman muda mudi dulu wat mcm tu… sampai diturunkn kat anak dia.. muka bersih je.. aku pon wat stok kapur kt rmh…. tempek bile nmpk jerawat baru2 nk naik…

    0

    0
  18. Banyaknya comments negatif kat sini.Alhamdulillah.

    Untuk sesiapa yang positive , boleh cuba dulu. :)

    – IG : hajahramlah.malaysia

    0

    0
    • krem says:

      mmgla mendapat negatif psl hrga melampau mahal untuk krim jerawat je pun…byk lg alternatif lain yg berkesan jugak

      0

      0
      • Anonymous says:

        Betoi, akak pun baru tahu hari ni. Keterlaluan harga. Baik guna Oxy 5 atau 10. X sampai rm 10

        0

        0
      • saya anak desad says:

        harga over nya hajjah hoiii. nak positif pun dah x boleh dah. nilai ringgit jatuh, gst dan harga barang makin naik. melampau betul hajah ni taw. orang melayu2 kat kampung saya, 50 ringgit tu buat bekalan beras dan gula sebulan taw hajah. harap hajah peka la.

        0

        0
  19. Liyana says:

    Best cream ni! Saya pun dah cuba mmg berkesan untuk saya. jerawat kecut and kesan parut jerawat saya yg lama pun dah makin hilang

    0

    0
  20. Anonymous says:

    30 ringgit pun kira mahal zaman skg. Macam mana nk tolong melayu? Dah le jenama entah haper2…mahal pulak. Melampau la!

    0

    0
  21. Yucks says:

    of all the person tasha sulah?
    omg, lagi la nyampah nk beli.

    0

    0
  22. kak bed says:

    testimonial2 ni bukan bleh percaya sgt pun. tengok le dulu gelang ajaib ac mizal tu. konon mat salleh pon pakai, padahal…tipu!

    0

    0
  23. I loikee says:

    Bagi org yg dah penah cuba krim ni mcm akak,sangat berbaloi
    parut jerawat lama akak yg dari zaman belajar pun pudar, jerawat besar pun boleh kecut cepat k
    sebelum ni penah pakai bio oil untuk parut jerawat x hilang2,pakai krim ni alhamdulilah

    2 in 1…i loikee ;)

    0

    0
  24. mudah.com.maklu says:

    Bodoh lah sape yg terjerat beli. Krim NIXODERM x sampai RM10 kat Guardian Pharmacy. Tahan 3 bulan. Sapu sebelum tidur. Tak perlu Tasha Shila promote. Dah terbukti pun.

    0

    0
  25. Hajah Semah Masur says:

    x perlu tasha shila pun, kalu betul2 berkesan dan murah.

    0

    0
  26. kakmelah says:

    Best krim ni. Tahan lama jgk sbb letak kat jerawat je. Mmg menjadi! Plg best xde tinggal parut2 hitam tu. 2 in 1 okayy…

    0

    0
    • Ayuu says:

      Betul tu kakmelah. Bgus krim ni sbb ada dua fungsi, kecutkan jerawat dan hilangkan parut jerawat. Ayu dh pakai pun krim ni, berkesan kt ayu sampai mak ayu pun tegur muka dah xnampak parut.
      50ringgit tu berbaloi sgt lah korg..ayu dh pernah cuba mcm2 Kt guardian dulu pun pernah beli dermatix tuk parut, pakai tp xhilang. Lepas ni xtinggal dah krim Hajah Ramlah ni

      0

      0
  27. Hajah Melah Boleh Belah says:

    ye ke? naik jerawat apa susah. besok ambil tirai kat rumah, buat lah purdah.

    0

    0
  28. hmnn says:

    gugurkan tasha shila baru saya beli….

    0

    0
  29. Anonymous says:

    org perseorangan pun boleh jd model. tapi hajah marketing kena padat dan tepat. x perlu selebriti. dah la mahal…nama pun dah bsuk. jimat pun jimat.

    0

    0
  30. Anonymous says:

    bujet x de la jah, tol naik lagi jah.

    0

    0
  31. tina says:

    muka saya xde la bermasaalah, cuma kekadang je naik. teringin nk cuba bila perlu tapi agak mahal la.

    0

    0
  32. Anonymous says:

    Memang ler mahal. Penat hjh ni bayar duit iklan kat ig artis2 tu termasuk blog si nara ni. Ingat diorang pki ke. Promote sebab di bayar. 50.00??? Bodoh sapa yg beli.

    0

    0
  33. kikilalat says:

    sy x perlu ubat jerawat..singgah pun tak kat muka ni 50 hengget baik mkn besar..tp hajah br balik hj ke?jg la aurat tu

    0

    0
  34. lie says:

    Apa salahnya melabur 50 ringgit untuk kecantikan . Yg dok kata mahal , makan ulam etc bagai ni acah2 je lebih ntah 2 hari hari bantai qu puteh aura white dn collagen lelain utk cantik tpi x guna pon tips yg diberi. Oppsss

    0

    0
  35. tasha silat says:

    hjh ramlah..lain kali ambil la artis yg muka betul2 bermasalah jerawat ni..kalau tasha shila nak buat apa,muka dia mmg xde masalah sgt pn..

    0

    0
  36. anon says:

    tak nak kondem produk pun, tp mahal sgt la…
    nasib baik opah i tokei bedak sejuk…
    sebungkus besar tu rm3 hengget je..
    muka pun alhamdulillah ok, jerawat susah nak tumbuh, tipula kalau tak tumbuh langsung ye tak???hehe
    Mak iols tepek bedak sejuk dari kecik..alhamdulillah, muka tak banyak ragam..

    0

    0
  37. melati says:

    bila kala nya ..jadi sebutan para Gadis???..salah tu sebutan nya…sepatut nya “”” jadi sebutan para Bohsia Mat Rempit..”..baru betooi….

    0

    0
  38. mira says:

    jaga mkn n minum. mandi awal tdo awal. tukar product muka klu kulit xsesuai. klu rajin, lap la muka dgn air suam

    0

    0
  39. Anonymous says:

    ya mahal…itu saya setuju. selalunya remaja yg ada masaalah jerawat ni. orang tua jerawat dh xde. so marketing/pricing kena tepat.

    0

    0
  40. jengx3 says:

    bak kata Kak Nita, “rahsia awet muda….dgn mengambil wuduk”!!!!

    k bai! :D

    0

    0
  41. hajah nk cepat kaya says:

    Skrg ni org berniaga nak cepat kaya je. Dlm enam bulan nak jadi jutawan dah. Kalau caj RM5 satu krim, lambat la nak kaya. itu yg jual rm50 terus. Lepas ni boleh berlagak pakai Porshe. hasil duit menipu org ramai beli krim murah tp jual pd harga melampau.

    0

    0
    • Anonymous says:

      ya, agree, mcm datuk alif terlajak habis tu…padahal konsep/formula mak dia. re-branding jew. berlagak lebih….

      0

      0
  42. pelik says:

    ambik la emma maembong….muka dia kan masaalah. kenapa ambik yg muka dah licin?

    0

    0
  43. Anonymous says:

    Bodoh lah sape yg terjerat beli. Krim NIXODERM x sampai RM10 kat Guardian Pharmacy. Tahan 3 bulan. Sapu sebelum tidur. Tak perlu Tasha Shila promote. Dah terbukti pun.

    0

    0
  44. kongsi petua says:

    guna cara semulajadi je.tiap mlm sbelum tidur basuh muka korang dgn air suam,jgn pakai apa2 produk.krim,,.bangun tido bt benda yg sama basuh dgn air suam.muka tak berminyak dan jerawat takda.lw guna bedak sejuk eloklah bt sdiri sb bedak sejuk kedai bt kan kulit rasa gatal dan tak selesa..nak rambut cantik lembut..ambik daun bunga raya,masuk dlm bekas yg berisi air,ramas smpai air bungaraya pekat,,sapu kt rambut then biarkan sejam..pastu mandi jangan guna syampu.nt hilang ekstrak bunga raya tu.

    0

    0
  45. ewah2 says:

    aku dari skolah byk jerawat… macam2 produk guna…berbelas tahun tanggung jerawat penuh 1 muka….
    last2 aku refer pakar kulit…
    alhamdulillah… sekarang naik seketul dua ja…
    tp harga boleh tahan…
    kalau nak cantik dan kulit sihat berapa ratus abis pun sanggup….
    orang tua2 kata… org penuh jerawat ni awet muda…mcm betul ja……

    0

    0
  46. tak faham says:

    kalau hajah ramlah nape logo produk makcik tua tu tak pakai tudung serkup, kata hajah?? sry jgn bash saye..

    0

    0
  47. Siapa nak order hajah ramlah, boleh order dgn saya…..

    0

    0
  48. Austin says:

    expensive la…

    0

    0
  49. Org Teraniaya says:

    Ala takyah caye a produk melayu ni semua tak boleh pakai. MEMANG LA ADA KKM TAPI KALAU KORANG PAKAI TERUK JUGAK! MACAM SYMA BEAUTY CKP JE BEBAS BAHAN KIMIA SEKALI TRY CHECK SENDIRI KAT RUMAH SABUN KRIM DIA ADA COLOUR HITAM! Berapa ramai dah kena! Sample dorg hantar kat kkm lain product dia lain! Takyah la pakai local product ni semua menipu!!

    0

    0
  50. insaflah says:

    huhuuhu…smua the best,,kluar hukum.orang bgai2…diri sendiri x sedar dok mngata dia..biar la klau mahal pon,,x nk bli,atau x suka tutup jaa mulut tuhh,,kayu willow putih tuu bleh amik bli kat kdai runcit,watson,guardian karr,,tesco………..ada la sbbnya klau mahalpon

    0

    0