Written by AbangNara | December 11th, 2014

Wife Abang Nara adalah pelayar setia laman web ZALORA. Satu hari kalau tak buka memang tak sah. Semalam ketika Abang Nara sedang menonton televisyen, tiba-tiba terdengar wife menjerit. Terus melompat diri ini daripada sofa. Ingatkan anak jatuh katil ke apa. Dengan cemas Abang Nara bertanya apa yang telah terjadi. Sambil tersenyum wife Abang Nara berkata “ZALORA tengah buat sale gila-gila sempena 12.12 nie. Belanja boleh?“.

zalora 12.12 sale

Abang Nara pada mulanya tak adalah percaya sangat dengan kata-kata wife. Biasalah orang perempuan ayat manis. Dengan segera Abang Nara menaip www.zalora.com.my di laptop untuk memastikan kebenaran kata-katanya sebentar tadi. Pergh!!!! Memang betul pun. Diskaun sehingga 85% sedang ditawarkan di ZALORA bermula 10 Disember sehingga 12 Disember ini. Hanya untuk 72 jam sahaja. Bukan wife je yang terasa nak shopping, Abang Nara pun terasa nak beli sehelai dua baju.

Menariknya bukan barangan fesyen sahaja yang menawarkan penjimatan untuk para pembeli di ZALORA, ada juga makanan, kecantikan, kelengkapan untuk melancong dan banyak lagi. Untuk makluman, lebih daripada 100 rakan kongsi di seluruh Asia Tenggara dan Hong Kong terlibat dalam menjayakan 12.12 Online Fever ini. Antaranya Malaysia Airlines untuk tiket penerbangan, HotelQuickly untuk tempahan hotel, Rakuten, Reebonz, MilkADeal dan pelbagai lagi untuk tawaran hebat fesyen serta barangan berjenama.

zalora 12.12 sale

Telah pun bermula pada 10 Disember sebagai pengumpulan promosi dan tawaran terhebat untuk pengguna pada 12 Disember,banyak kempen-kempen menarik yang akan ditawarkan buat pengguna sebaik sahaja bermula 12 Disember 2014. Antaranya kempen “everything at 12RM campaign“, hadiah-hadiah percuma, diskaun sehingga 85% dan macam-macam lagi. Memang boleh rambang mata dibuatnya. Salah satu yang Abang Nara nantikan ialah tiket penerbangan antarabangsa daripada MAS Airlines yang bermula pada harga RM177. Bolehlah terbang pergi Korea tahun depan. Yeah~~~

Wife Abang Nara telah pun mula membuat senarai baju-baju, jubah-jubah, dress-dress dan juga alat solek yang ingin dibelinya. Tunggu masa je promosi nak dimulakan. Kemungkinan besar wife Abang Nara akan stay up untuk memastikan dirinya mendapat harga promosi. Diharap dia tidak berbelanja lebih sangat sampai tak ingat dunia. Perempuan dan shopping memang sukar dipisahkan lebih-lebih lagi bila ada promosi seperti ZALORA 12.12 Online Fever ini. Contohnya baju Jovian Mandagie daripada RM450 jadi RM270 je. Gila tak beli?

zalora 12.12 sale

Abang Nara pun tak habis explore lagi kesemua promosi yang sedang dijalankan di ZALORA ini. Banyak sangat produk yang best-best pada harga yang murah. Semua Abang Nara tekan masuk ke dalam cart je dulu. Nanti baru pilih mana satu yang nak beli betul-betul. Nasihat Abang Nara, korang pun silalah bersegera ke www.zalora.com.my sekarang juga. Kang nanti terlupa dan ter’miss’ pula promosi mereka. Stok pun takut habis. Silalah pantas. Selamat membeli belah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to Siap Sedia Untuk ZALORA 12.12 Online Fever, Diskaun Sehingga 85%

  1. Kerana Mu Umno says:

    Selamat pagi semua!!

    Pagi ini saya sangat bersyukur kerana dapat menjamah nasi lemak berkuahkan sambal merah ikan bilis,
    Terima kasih UMNO!!
    Kerana setiap butir beras yang kita makan adalah kerana UMNO!

    Takbur!! Takbur!!

    0

    0
  2. opss says:

    kerana Nara aku dh ter shooping td kt zalora….. 4 barang.. kasut, blouse, 2 shirt rm80 je… mmg gile punye sales…

    0

    0
  3. kak yatiadam says:

    wah.. bagus ni.. kena shooping kt zalora ni… kak suka baca blog kamu.. jemput blogwalking..

    0

    0
  4. Azlan Saleh says:

    Lazada pon ada buat promosi yang sama. diskaun hingga 95%..

    0

    0
  5. Mrsyatie says:

    memang kena grap ni bang nara. jangan ketinggalan pula tau. esok kan bang nara? :D

    0

    0
  6. dina says:

    tak cantik pun baju situ.
    sape yang dah beli tau lah elok ke tak..:)

    0

    0
  7. katak says:

    Kat Zalora pesen dia ada ok sikit dari kat Lazada.
    Lazada – pesen ke belakang sikit
    Nile – semua pesen Korea… model bibir terjuih kiri kanan mcm mulut Donald Duck

    0

    0
  8. opss says:

    barang beli ptg semalam dah sampai dah pg td pantas betol… barang2 sume ok je.. xde yg x elok.. nasib nasib ler.. lg pun kalau x puas hati kan bleh return… dia siap dh bg consigment note lg..

    0

    0