Written by Bella | June 9th, 2017

Watak Airil yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya menerusi drama Andainya Takdir kini sedang mendapat sambutan yang cukup hangat. Setiap hari peminat ingin mengetahui apa lagi derita serta seksaan yang perlu Fatihah lalui gara-gara sikap cemburu buta dan panas baran Airil.

Tidak pernah menyangka ia akan mendapat perhatian ramai, Shukri meluahkan rasa syukur terhadap sokongan yang diberikan.

Alhamdulilah, saya bersyukur dengan sambutan yang diberikan peminat. Sejujurnya, saya tidak menyangka sambutannya begini hebat hingga menjadi trending di Twitter. Bukan saya menjadikan watak ini sempurna tetapi kru produksi yang bertungkus-lumus siang malam bagi memastikan ia berjaya.

Saya amat menghargai mereka yang sentiasa menyokong. Ternyata penceritaan yang cuba disampaikan berjaya diterjemah dengan sempurna.

Menurut Shukri, hampir setiap hari beliau menerima pelbagai  komen peminat yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka di laman Instagram mengenai sikap panas baran Airil yang sukar dikawal dalam drama terbabit sehingga mencederakan Fatihah.

Berbicara mengenai saingan drama Andainya Takdir dengan beberapa lagi drama lain yang turut menjadi fenomena kini, Shukri berpendapat populariti bukanlah pengukur untuk menarik perhatian penonton. Apa yang penting kualiti sesebuah karya itu yang membolehkan ia mendapat jumlah tontonan yang tinggi.

Sumber Berita : Harian Metro

19 responses to Shukri Yahaya Syukur Watak Airil Jadi Perhatian

  1. saye says:

    bila drama syukri blkon msti best oi……terbaik patut menang anugerah pelakon lelaki popular

    20

    0
    • well done says:

      yayyy! well done shukri & nina!
      ha tu laaaah sape yg mengata nina buka tudung dulu,
      last2 tgk cite ni korg puji gak dia!
      these free hair actresses lagi better than yg pakai tudung punya no offence lah meleisssss

      3

      7
      • i lopak you says:

        sama gak ngan uqasha, dipuji jugak lakonan bagus skrg ni walaupun dulu kena kecam teruk bila buka tudung.
        jgn laju sgt dok mengataaaa hahahah.
        dunia ni berputar, dulu nina & uqasha kat bawah, skrg diorg kat atas.
        sape yg kecam tu skrg ni korang puji gak!
        kan dah ckp yg suka sexy2 ni lagi bagus diorg berlakon daripada yg pakai tudung cam lofa should just retire & maintain buat biz je.

        0

        7
    • Bbycumil says:

      Sgt menakutkan klo dpt laki mcm airil. Siyes. Tahniaj shukri yahaya. Watak airil tu menjadi sgt

      8

      0
      • Anonymous says:

        btol! watak mamat romantik & psiko! tak keterlaluan kalu dikatakan watak ni menyerlahkan lagi actor nie. nina walaupun jarang tonton lakonan dia, tp acting dia sgt la natural. suka gandingan diorang ni.

        6

        0
    • Lopkk says:

      A aida ni aku tabik sbb banyak pningkatan. Dr zaman hello mr perfect yg xbes lgsung trus smp andainya takdir yg first class. Terer la along kamaludin!

      5

      0
  2. aku tetap aku says:

    ni baru drama.. bukan mcm cerita mr pilot lah cinderella lah. sikit2 cinta cintun yg fantasi. andainya takdirnya mmg ada kes yg mcm ni in real life.

    20

    0
    • han says:

      betul..sokong..cikit2 cite anak org kaya gila2 jatuh cinta ngn org miskin..pastu bnyk fantasi..cite yg btl2 terjadi in real life lg best nk tgk..

      13

      0
    • Anonymous says:

      dlm mahkamah syariah pn berlambak kes camni..laki pukul bini…ni br btl real life bkn “cinta fantasi” cipta patah kayu n ang kedek2 tuh…

      8

      0
  3. oohooiii says:

    tak perlu BTS yang melampau2 smpai org naik geli dan meluat tgk…kalau pelakon dh power,jln cerita best automatic drama tu akn jd viral dan famous…ni blm apa2,blm tayang dah share mcm2 adegan..bgtau yg org bercinta bagai..amik perhatian org dgn gosip2 cinta murah..tarik peminat supaya tergila2kan pelakon tu..peminat plak bila dh disajikan dgn BTS yang melampau2 trus jd minat dan ckp cite tu bagus..pdhal cite tah ape2…tak abis2 pasal cinta2 murah,pelakon becinta luar set,jmpe keluarga,ciri wanita idaman..dh abis cite tu tayang sok keluar plak cite kami hny kawan biasa,jgn kaitkan kami,sidia curang.keluarga tak restu..tah apa2 la…

    drama andainya takdir ni mmg best…tv3 slalunya akn tayang drama yang berkualiti..syabas pelakon dan produksi…

    0

    0
  4. noni says:

    kes shukri yahya kntoi wechat dgn prmpuan lain tu cmne??sahih ke??

    0

    2
  5. aku says:

    serious! drama ni sgt best. aku pon br tau pasal drama ni sbb tenggelam dgn HSc (waktu yg sama ditayangkan) . so smalam aku khado ep 1-ep 8 sekaligus. mmh berbaloi ko!bukan setakat mutu lakonan pelakon2 dia yg mantap tp pengajaran /isu yg diketengahkann amat dekat di hati masayarakat. isu ibu mertua yg suka meminta itu ini, jahat mulut sehingga mememcah belalahkan keluarga anak menantu, isu suami yang dayus (ayah airil) yg slalu ditindas oleh isterinya, adik airil yg jahat mulut & tertekan krn xde anak, skeptikal msykt melayu pd wanita yg gagal hamil, ketaatan isteri siril dalam membantu suaminy apulih dr baran yg melampau dan kesan sikap baran airil pada anak mereka. drama yg sangat sarat dgn mesej & sebaiknya dijadikan iktibar kpd kita semua. thumbs up pd penulis skripm pengarah, pelakon & semua la yg terlibat. satu garapan yg sgt menarik.

    5

    0
  6. LALALA says:

    Mak Airil lagi SCARY weyh.

    3

    0
  7. Aielana Sophie says:

    Best sangat drama ni, cuba korang tengok.. HSC over rated tengok sekali trus unfollow

    4

    0
  8. Anonymous says:

    syukri yahya ni muka ada iras jericho rosales..tu je nak cakap..kbaii

    7

    -1
  9. rose says:

    Andainya Takdir nie mmg best… semua pelakon dlm nie terutama shukri & nina berjaya bawa watak masing2 .. berkesan kita sebagai penonton… mmg banyak kes2 mcm nie dalam realiti..

    4

    0
  10. anti patah mimin says:

    cter HSC tu susah aku nak hadamkan…ntah pape c patah kayu ngan michelle ang kedek2 tu buat…skali dapat drama andainya takdir lakonan shukri yahya ngan nina nie terus ckp…nie la drama realiti yg di cari2 selama nie…..thumbs up!!!

    2

    0

Leave a Comment

Optional