Written by Bella | August 26th, 2016

Hari Rabu lepas merupakan detik bermakna buat pelakon Shukri Yahaya dan isterinya Tya Adnan kerana telah menimang cahaya mata mereka yang pertama.

Tya selamat melahirkan seorang bayi perempuan tepat jam 12.22 tengah hari di sebuah pusat perubatan di Cheras, Kuala Lumpur.

Berada di sisi isterinya sepanjang proses bersalin, Shukri dapat melihat betapa besar pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat buat suaminya.

Shukri akui beliau merasa gembira tetapi pada masa yang sama sebak dan gementar menantikan kelahiran anak perempuannya itu.

Saya berada di sisinya memberi semangat di samping menenangkannya. Saya dapat lihat sendiri bagaimana susahnya seorang wanita melahirkan anak.

Tentunya gembira dan pada masa sama gementar menantikan proses bersalin itu selesai. Insya-Allah kalau bayi kami dalam keadaan sihat, kami sekeluarga akan dapat pulang ke rumah.

Menurut Shukri, beliau akan memberi nama kepada anak sulungnya itu selepas genap seminggu beliau dilahirkan.

Walaupun agak letih kerana tidak cukup tidur sejak beberapa hari ini, Shukri gembira kerana kini beliau sudah bergelar bapa.

Walaupun penat, semua itu tidak terasa kerana saya terlalu gembira dengan kelahiran ini. Saya bersyukur segalanya berjalan lancar. Saya kini bergelar bapa dan menggalas satu lagi tanggungjawab besar dalam keluarga.

Khas buat peminat Shukri Yahaya, jom layan beberapa lagi foto anak perempuannya dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Harian Metro

5 responses to Shukri Yahaya Akui Gembira Dan Gementar Ketika Tunggu Detik Kelahiran Anak Perempuannya

  1. Vovo says:

    Eee.. sayang kodak ambik gambo cam ni..

    0

    0
  2. anon says:

    Betapa besarnya sorang isteri melahirkan zuriat utk suami? Hmm…ko kene ingat jgk pengorbanan mak ko dulu menggadai nyawa melahirkan ko. Bkn isteri ko je yg terseksa nak beranak.

    0

    0
    • Miss Unibes says:

      Eh anon bongok bengap bengong biol kedodol… Termasuk mak dia le tu. Mesti SY terfikir punya mcmana mak dia lahirkan dia dulu. Tau lah dia nak fikir. Kecoh lah kau anon!

      Makin kacak SY skrg nih.

      0

      0
  3. Anonymous says:

    suami mana la tak happy dan berdebar tunggu kelahiran zuriat sendiri….

    0

    0