Written by serenity | August 30th, 2017

Sudah enam tahun pelawak Shuib Sepahtu berkahwin dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Setelah enam tahun juga baru pasangan ini melangsungkan majlis persandingan awal Februari lepas dan momen-momen bahagia dalam kehidupan mereka sering dikongsi di akaun Instagram Siti Sarah.

Siti Sarah menceritakan sebelum berkahwin dengan Shuib, pelawak itu hanya menjual ayam percik di bazar Ramadan, namun ia tidak mengubah tekad Siti Sarah untuk hidup dengannya. Di awal perkahwinan mereka, keadaan ekonomi pasangan ini tidak begitu stabil namun ia berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Keadaan ekonomi mereka kini semakin mengukuh memandangkan mereka menjual produk sendiri di Instagram. Selain itu, di samping pendapatan dari persembahan lawak, Shuib juga ialah deejay untuk rangkaian radio Sinar.fm. Rancangan Sepahtu Sinar yang dikendalikannya bersama Jep dan Rahim mendapat sambutan ramai.

Namun begitu, kemesraan berlebihan yang dipaparkan sejak kebelakangan ini antara Siti Sarah dengan Shuib di media sosial mengundang kritikan Netizen.

BH Online melaporkan, Shuib ada menegur Sarah mengenai perkara itu:

Saya tahu ada pihak kurang senang dengan kemesraan kami. Saya ada menegur Sarah untuk tidak memuat naik video atau gambar yang keterlaluan di media sosial.

Shuib memberitahu dia sendiri tidak pasti bila Sarah merakam aksi-aksi spontan mereka:

Sebenarnya, saya tidak tahu koleksi video yang tersimpan dalam telefon bimbit Sarah. Ini kerana apa yang dimuat naik sebelum ini pun saya tidak sedar dia merakamkan momen spontan itu.

Dan Shuib mendakwa kemesraan mereka berdua sememangnya semulajadi dan sudah diketahui di kalangan ahli keluarga dan teman-teman rapat sejak dahulu lagi:

Ini adalah sikap kami sejak dulu lagi, …keluarga serta rakan-rakan sudah lali.

Mungkin dengan adanya media sosial, ia menjadi lebih meluas lagi.

@shuibsepahtu ???

21.8k Likes, 1,032 Comments – Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on Instagram: “@shuibsepahtu ???”

Rasanya netizen cuma prihatin, kerana kata orang tua-tua, kebahagiaan jangan ditayang-tayang. Bila ditayang, mungkin ada insan yang memerhati dengan cemburu, dan bertindak yang tidak sepatutnya. Tambahan pula, siapa tahu apa bakal berlaku pada hari esok, bukan?

Apa pun kita doakan pasangan yang kini mempunyai tiga anak bersama  ini akan terus kekal bersama dan bahagia sehingga ke akhir hayat. –beautifulnara.com

48 responses to Shuib Sepahtu Tahu Netizen Tidak Senang Isterinya Tayang Kemesraan Berlebihan Dengannya

  1. ash says:

    ” Kata orang tua-tua, kebahagiaan jangan ditayang-tayang, kerana mungkin ada insan yang memerhati dengan cemburu, dan bertindak yang tidak sepatutnya. Tambahan pula, siapa tahu apa bakal berlaku pada hari esok, bukan? ”

    setuju sgt
    Usia perkahwinan kita sama sarah
    terlalu baru
    byk lagi badai gelora yg akan dtg
    dan byk mata yg memerhati
    x semua suka dgn apa yg kita ada dan apa yg kita buat
    moga kita sama2 dipermudahkan urusan seharian Aamiin

    75

    0
    • Che ah says:

      Yaa.. Mungkin niat cuma nak share. Tapi hati dan fikiran manusia ni tak sama. Semua lain lain cara fikir. Kena sangat berhati2. Tambah2 korang artis, banyak mata yang memerhati. Keep low je macam sebelum ni. Lebih bagus macam tu

      29

      0
      • minah jambu suka sahara yaakop says:

        niat dorang memang nak share ngan peminat tapi peminat macm siak cakap itu la ini la..dh laki bini biar la dorang nak tunjok kemesraan ke ape ..dh la orang yg belom kawin kalau berkepit dorang semua cakap macm2 ! dh kawin pon dorang cakap macm2 ! so dont care la ape yg dorang cakap ..pasal kalau susah takde sape yg nak tolong..sendiri jugak akan tolong diri sendiri..yg tak suka ngan pasangan ni ada jam ROLEX tak ?

        4

        1
        • Kiah says:

          buat apa nk tunjuk? x payah dik….mcm terdesak sngat. simpan dalm laci gambar2 tu sara hoi.
          nk jdi si sajat dan aliff syukerina ke …semua nk viral? hey org meluat lah.

          20

          1
        • eh helo says:

          kalau meluat tengok la rancangan lain jangan tegok gambar pasangan sara shuib..

          1

          1
    • Anonymous says:

      bagus shuib ni tegur isteri dia. harap sarah dgr ckp suami ye.

      32

      0
      • klinik plastik says:

        semenjak ada duit ni asyik bini je renovate muka . tak payah nak show off sangat lah. ingat kami ni tak tau ke muka original kau tu. sarah bila nak renovate muka suib? kesian dia…malu2 bila amek gambar ngan bini. nak berlagak macho pun segan.

        20

        2
        • bEYONCE says:

          BETUL.. dulu jujurnya Sarah tak cantik.. gigi jarang. semua orang tahu career dia sendu sebab dia takde rupa.. tapi sekarang dah rapatkan gigi.. banyak duit jadi dress up, rambut, pakaian, gaya dah macam Beyonce. Mungkin sebab dah rasa diri cantik.. jadi keyakinan tinggi setinggi Fazura.

          Baguslah bahagia dapat suami yg baik.. tapi awak tu bebankan ‘bahagian kiri’ suami. kesian Shuib terpaksa pikul perubahan acah Beyonce awak tu. Sebab sayang jadi dia diamkan aje.. so sad. kasihan Shuib.

          Bini Jep berubah ke arah baik, bini Shuib yg selama ni low profile plak yg menjadi2 tayang badan.

          39

          0
        • keje gila says:

          sebenarnya shuib ni sama je species lupa daratan tp nasib dpt diselamatkan. Sebab dia orang beria2 tunjuk dan raya haritu pun gigih buat open house sebabnya si shuib ni dah terrrlanjur cinta dgn izreen. tu la rituh izreen asyik cakap somi org pun takpe. tula sebabnya. bila sarah tau terus la shuib stop. manakan buaya menolak bangka kawan2?

          0

          1
    • Anonymous says:

      tak payah budget bagos. kebahagian bukan terletak pada gambar2. cari lah keredhaan allah bukan manusia. semogah kekal ke jannah.

      11

      0
    • Anonymous says:

      biarpun halal…tapi haram disisi agama. tegur la bini kau..bukan muda lagi. bawak2 la ke diri ke jalan masjid india. sana tudung murah. k baiii.

      20

      0
    • Sinar fan says:

      Aku x nk komen psl tayang mesra tu. Aku nk tnye nape sepahtu kat sinar dh x lawak dan berisi mcm dulu. Kerap korang bertiga gelak sama sendiri walhal as listener aku lost. Dulu korang lbeh brsedia. Jgn complacent sbb dh kaya. Ni komen ikhlas. Dh lama aku nk komen tp x tau mcm mne nk dpt kan perhatian korang supaya improve balik. Jgn smpai rating turun ya. Keep up the good work mcm dulu

      10

      0
  2. haihhh says:

    ape or tua2 ckap…kera baru dpt bunga…hurmmm..

    12

    0
  3. Anonymous says:

    nk tunjuk sayang kat laki, tutup aurat tu…satu malaysia dok tengok awak berterlanjang.

    4

    2
  4. sadoriah says:

    alaaa salah shuib gak…sape dulu soh cuba2 try dgn pelakon janda tu..mane2 isteri pon akan rasa insecure tambah2 waktu tu sarah tgh gemuk x bape nak jaga rupa sgt…skrg dia da cantek utk ko gak shuib

    6

    0
  5. Anonymous says:

    sara tunjuk mesra sayang cinta lebiu peluk bagai tu oklah..pd aku biasa jer pun
    suami isteri kan..artis pulak tu..
    tp udah2 la…jgn selalu nau…’once in a blue moon’…bak kata org putih..
    tp aku plak meluat bila da nampak cam ke lain..cam sara nk tunjuk dia da kurus dia da cantik..dia da letops..sebelah shuib mmg la nampak ko cantek noksssss…cuba dok sebelah awal atau fatah amin atau anuar zain..kurang2 dok sblh thanabalan..kasik tengok???

    27

    0
    • yuckkk says:

      dulu amek gambar menunduk jer, takut nampak lubang idung. sekarang dah siap mendongak sambil melentik lentik mcm model. pleaselah… serama perasan. bibir tu tanak kalah ngan kak nita ker..

      13

      0
      • Anonymous says:

        gigi dpn pun da tak jarang cam dulu..hik hik hik

        udah2 ler tu.. takyah la bangga nauuu..
        citer potong usus pun berminggu2 ko sebut dlm ig ko..
        pdhal netizen petik skit jer..ko punya melantunnnn.. toink toink toinkkkkkkkk
        tau ko selim..dah lawa (pas reno)
        acah2 best kaple ever in mesia nihhh

        9

        0
      • Yukkk says:

        Haha…yg ni funny ya amat

        3

        0
  6. melati says:

    Aduiii ..si rendang ni bila plak Netizen tak senang & amik tahu pasal Shuib ni..!! yg saya tahu org lari & Tukar siaran dr Sinar FM disebabkan ko lah sipendek ni..!!! (Perasan Bagus)….!!! takder nya Netizen tak senang dgn ko !! konon2 Netizen tgk ko ni mcm Handsome lah jd Cemburu lah bila ko tunjuk Kemesraan tu…yg benor nya Bukan nya Cemburu tapi Geli..!!! eeeeeeeeee Aron Aziz pun tak der nya nk cium2 pipi isteri depan Public..!!! sama lah ko dgn Hafiz Hamidon dua2 Pendek tapi perasan Handsome, Org Kementot ni Mereka selalu perasan Handsome tapi muka Pecah…tu jewwwwww…

    14

    1
  7. Anonymous says:

    mcm la laki ko handsome. please la sarahhhh

    6

    2
    • kahkahkah says:

      si sarah motorola dah telan berapa kilo pemutih kulit, haruslah gigih tayang kulit yg cerah konon… contact lense lagi omputih yg mata biru pun kalah. kalau cantik sangat dulu takdelah rembat si suib buat laki.

      6

      1
  8. Rezeki says:

    X dngki dan cmburu pn,mmg nmpk x mnunjuk2 pn klu da cra korang bgtu.tp seelok2 nya biar la wat kt rumah dan blik sj.nma pn suami istri kn.stu msia nmpk prubhan bsar kkyaan dan transformsi pd istri awk tp segalanya bia Allah sj yg tau.

    4

    0
  9. greenfingers says:

    Semenjak dua menjak ni makin ketat baju ko ye sarah? Abis sume nmpk terbonjol-bonjol, tak berkenan nengoknya. Pki la elok sket sarah, takkan nk tgu suami nasihatkan. Tak nak la aku puji badan dia ramping, sb kebanyakan pompuan ni klu dh start kurus, lawa, mmg asik nk pki ketat jek. Pic yg baju putih kat atas ni sesak aku nengoknya. tlgla sarah, kesiankan somi awak tu pleaseeee…

    11

    0
  10. Alia says:

    Tak payah laaa….nk tunjuk kelaku laki bini mcm ni….kalau tak tunjuk pun semua org tahu memang syg antara satu sama lain ….nama pun laki bini….knp nk kena berpeluk bercumbu bagai….kauorg tak malu ke…or nk.ikut style org putih.kalau hidung tu dah kembang …kembang juga bukan blh jadi mancung pun

    4

    0
  11. wekkkkkkk says:

    tgok pada shuib yg pakai baju hitam, ada cap tu, dn suar jean koyak…mcm nk cop buah kelapa sawit je.

    2

    0
  12. oh yeee says:

    naseb tak kawen ngan omputeh hari tu..kalu tak lagi showoff dari yg ini..

    5

    0
    • wwf says:

      itu lah, dapat laki yg cipanzi ni pun boleh riak lagi. kot dapat laki omputeh… agaknya bukan silikon tang idung ngan bibir jer, tetek sekali sumbat silikon.

      2

      2
      • Pemerhati bebas says:

        Jahatnye mulut ko ni. Ko hina Shuib tu pehal. Ko pun makhluk Allah SWT. Jgn hina org dah cukup ke pahala ko. Akhirat nnti ko nk gi merangkak minta maaf dgn suib dan org2 yg ko hina ke? #donedakwah

        3

        2
  13. Anonymous says:

    bahagia jangan di tayang.. nanti orang curi.. derita jangan di canang.. nanti orang keji.. – pesan mak aku.. semoga dewasa berilmu..

    9

    0
  14. Juju says:

    Yang tak tahan sebenarnya dengan si Sarah tu…budget lawa bergambar cam tunjuk badan seksi…dulu tak camni..pahamlah…dah kaya dan berabis duit kot buat muka nampak lawa..sebenarnya buat camner pon still tak lawa…so jangan perasan..nasihat bini tu sikit boleh tak..

    6

    2
  15. Anonymous says:

    Orang muntah nengoknya kot..udah2 ler tu.

    1

    0
  16. Pening says:

    Suke sarah sbb die very talented. Juz mmg prasan sejak dh makin cantik n ramai netizen puji so baju makin ketat salu selfie n mengade2. Tp phamla mahbe sebab dlu kurg dberi perhatian. Sape x suke if tetibe ramai puji2 kite. Bnde tu natural. Juz x perlu la pakai sexy2 melekat2. Lgpn klu xpki cmtu org still nampak bdn sara slim. No need to try too hard.

    4

    0
  17. shopia lorren says:

    Biasalah org nie kan…benda apepun kalo di pamer pamer org naik meluat…
    Cantik tu subjective ..bila hati tgh bahagia semuanya nmpk elok je ..

    0

    1
  18. Anon says:

    Dulu masa ko tak berapaa
    Apasal ko tak tunjuk kasih sayang
    Org tak jeles pun
    Ko.igt suib tu spesis aaron aziz????
    Aaron yg hemsem pun tak beriyee riyee na
    Comeon lah
    Simpanlah kisah mesra korang tu dlm laci sendiri
    Sbb kerap sgt ko beriye share nmpk sgt korang ni ” try so hard ” nk d lavel “loving couple” kononnnnnn..

    2

    0
  19. Imani love says:

    Ada perempuan bila dah ada banyak duit boleh upgrade muka dah perasan lawa dan nak show off.. acah2 lawa seksi.. loving….kalau lawa entah bagaimana perangai.. . Jangan ingat orang dengki…orang annoyed kot..Nara tak payah nak tunjuk kat sini boleh tak…? Menambah dosa orang bila orang meluat tengok..

    0

    0
  20. Anonymous says:

    My poor sarah…netizen memang creative idea…share kata show off, tak share kata rmh tangga bermasalah..artis-artis malaysia sila bersabar yeee…

    0

    0
  21. kiki says:

    Suka tengok diorang ni. Kahwin simple tak terikut macam artis lain yang lain. Semoga bahagia till jannah. Aamiin

    1

    0
  22. mok cute says:

    pakai tudung time puasa…raya haji pastu followers2 puji lawa cantik…propa lebih…baju pakai makin ketat seketat2…satu je nak tanya…produk dia mostalab tu lulus KKM ke? btol ke dia minum tu je leh slim…duit byk kan..xyah la tipu claim produk ko blh slim…

    shuib takut bini nak2 bini dah renovate muka kekonon beyonce…

    2

    0
  23. Haha says:

    Bknnya jeles..tapi si siti sarah ni..makin kurus makin seksi..adoiii kemaruk ke nk tayang body

    0

    0

Leave a Comment

Optional