Written by AbangNara | July 21st, 2014

Sedihnya apabila mendapat tahu salah seorang mangsa nahas MH17 ialah Shuba Jay, bekas peserta Mari Menari yang pernah ditayangkan di Astro. Shuba telah muncul di dalam rancangan tersebut bersama ayahnya. Selain menjadi peserta program tersebut, Shuba juga merupakan seorang pelakon dan pernah muncul dalam Spanar Jaya, Tokak dan Gadis 3.

shuba jay

Tambah menyedihkan ialah suaminya, Paul dan anak perempuan, Kaela  turut sama berada di dalam MH17 ketika nahas tersebut berlaku. Pasti ini satu kehilangan besar buat kedua-dua keluarga Shuba dan Paul. Shuba merupakan sahabat baik kepada Raja Ilya. Menurut Raja Ilya, Shuba seorang yang sangat baik dan sangat bersifat keibuan. Kata Raja Ilya:-

Susah nak cari kawan baik seperti Shuba. Dia juga mempunyai sifat keibuan dan menyayangi semua kawan dan tidak pernah bercakap buruk mengenai orang lain. Saya berasa sedih dan terkilan kerana impian Shuba untuk menyambung pengajiannya dalam bidang lakonan dan kamera tidak kesampaian kerana dia sudah pergi meninggalkan kita selamnya.

shuba jay

Hanya ucapan takziah mampu Abang Nara ucapkan kepada keluarga Shuba Jay atas kehilangan ini. Semoga tabah menghadapi dugaan yang amat hebat ini. Sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan urusan untuk membawa pulang mayat-mayat mangsa agar dapat diberi penghormatan terakhir yang sepatutnya di bumi Malaysia ini. Takziah sekali lagi.

P.S: Mazda 2 serba baharu diperkenalkan secara rasmi

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to Shuba Jay, Bekas Peserta Mari Menari Astro Antara Mangsa Nahas MH17

  1. minah jambu merah biru says:

    cian..

    0

    0
    • One Direction says:

      kalau mayat dorang tak tanam lagi….roh dorang masih kat tempat kejadian ker ??
      mesti roh dorang terkejut dan sedih bila sedar dorang dah mati.
      Semoga pengurusan mayat dorang dapat di sempurnakan dgn secepat mungkin.
      #PrayForMH17

      0

      0
  2. minah jambu merah biru says:

    pes..eh ape pulak pes !

    0

    0
  3. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    pes lag

    0

    0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      nyampah dengar suara si heliza ni kt tv3 bukan Nye sedap dia punye lagu huh !

      0

      0
      • zaza says:

        Bukan suara dia la lufya

        0

        0
      • Habibah says:

        Bukan takat suara je minah..
        Rupa dia nk step cute pun adinda menyampah nk temgok ..!!
        Rasanya cam nk muntah pun ada kalau da tua nk beragan Cute!!!

        0

        0
        • minah jambu idop umno ! merah biru says:

          betol tu bibah lov uuuuuuuuu ! banyak buat kueh taon ni ? minah jambu beli ajeee tkde masa nk buat kueh…lagi pon minah jambu bukan Nye pandaiiii sangat nk buat kueh ! makan kueh pandai lah hahahahahahahahahaha…kalau tk kelakar jangan ketawa k ! camat ayi yayeeeeeeeee !

          0

          0
  4. sentap says:

    ajal takkan datang awal 1saat mahupun lewat 1saat bile Allah da tetapkan.. kun fayakun. tabah dan redha la.. mesti ade silver lining

    0

    0
  5. shahz says:

    Ingat lagi dlm mari menari dulu, nama utk undian Shuba n her father is MM Jaya. Condolences to her family.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Al Fatihah wat semua mangsa y terkorban..tadi pagi tengok MHI..sebak..sayu..sedih n mengalir air mata ini bila melihat ibu arwah kapten d wawancara….

    0

    0
  7. anon says:

    MINAH HODOH MERAH BIRU…..kenapa jealous sngt dgn si heliza yg cute miut tu???? Kalau tak suka takyah tengok or dengar. Hai bulan2 puasa ni pun ngutuk org jgk.

    0

    0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      pada kau cakap minah jambu ni hodoh lebih baik kau laongkn pekataan yg satu ni ada jugak faedah Nye ..idop umno ! idop pak najib ! idop jalur gemilang ! lov u pak najibbbbbbbb muah !

      0

      0
  8. nur fahira iira says:

    Apa dh jdi dgn dunia ni

    0

    0
  9. myasara says:

    takziah buat family mendiang Shuba, suami dan baby. RIP

    0

    0
  10. Melati says:

    Minah Jambu Merah Biru…R.I.P.,,,bila kau jumpa dia kat sana ajak lah dia menari gan ko.

    0

    0