Shopee 12.12 Great Sale Ini Pasti Akan Membuatkan Anda Menangis Kegembiraan

Hiburan

Shopee 12.12 Great Sale Ini Pasti Akan Membuatkan Anda Menangis Kegembiraan

Ingat tak lagi tentang applikasi Shopee yang pernah Abang Nara kongsikan tak lama dulu? Ala, applikasi yang membolehkan anda jual/beli produk guna smartphone je tue? Abang Nara pernah try jual barang-barang yang dah tak guna di rumah seperti stroller anak, kasut Timberland, kasut Tods wife Abang Nara dan basikal Aariz. Mula-mula Abang Nara ingat tak adalah orang nak beli apa yang Abang Nara senaraikan di Shopee nie. Sekali tue, berpuluh pertanyaan Abang Nara dapat sampai malas nak jawab. Hehehe.

shopee

antara barang yang Abang Nara jual di Shopee

Kot-kot ada yang terlupa, meh Abang Nara terangkan apa yang bestnya applikasi Shopee ini. Ia adalah satu applikasi yang direka khas untuk penjual dan pembeli membuat transaksi secara online dengan pantas, selamat dan lancar. Jika anda mempunyai banyak benda tak guna di rumah tapi sayang nak buang, gunakan je applikasi Shopee untuk menjual benda-benda tersebut. Jangan risau kena tipu kerana selaku penjual, anda hanya akan menghantar produk anda selepas menerima bayaran daripada pembeli. Dan duit si pembeli pula hanya akan dipindahkan kepada penjual selepas pengesahan penerimaan barangan dilakukan. Dua-dua win-win situation. Semua ciri-ciri awesome ini dah terbina di dalam applikasi Shopee ini. Tak payah nak risau-risau.

Advertisement

shopeeshopeeshopee

Kalau anda sudah ada applikasi Shopee di smartphone anda, tahniah Abang Nara ucapkan. Kalau belum ada, sila download sekarang jugak dengan menekan link ini. Sebab apa? Sebab hari Sabtu ini, pada tarikh 12.12.2015, Shopee akan mengadakan kempen Shopee 12.12 Great Sale!

shopee

Apa yang bestnya Shopee 12.12 Great Sale nie? Meh sini Abang Nara kongsikan keawesomean kempen Shopee kali ini.

1. Diskaun sehingga 80% untuk kesemua kedai di Shopee

shopee

macam-macam ada kat Shopee nie

Yes betul. Diskaun sehingga 80%. Bukan untuk satu kedai, bukan untuk dua kedai, tetapi untuk semua kedai yang ada di dalam Shopee ini. Kalau korang nak cari baju baru, gajet baru, tudung baru dan beg baru untuk tahun 2016, inilah masanya. 80% tue beb!!!

2. Diskaun ekstra sebagai tambahan kepada diskaun 80% tadi

shopee

Gila kentang betul Shopee nie. Dah bagi diskaun sehingga 80%, lepas itu nak bagi lagi diskaun ekstra. Baik hati sangat nie. Ada 2 jenis diskaun ekstra yang diberikan. Yang pertama ialah dengan pembelian minimum RM20, korang boleh dapatkan potongan harga RM8 apabila menggunakan voucher kod “1212EIGHT’ (kena guna voucher ini di sini). Yang kedua pula, semua pembelian di laman Shopee 12.12 di sini akan mendapat ekstra diskaun 50% (maksimum RM20 diskaun) jika anda menggunakan voucher kod “1212ONLINE”. Memang gila kan?

Walaupun diskaun dah banyak tak ingat, Abang Nara percaya mesti ada yang blur tak tahu nak beli apa di Shopee kan? Jangan risau. Abang Nara nak kongsikan beberapa produk yang sangat awesome di mata Abang Nara. Mana tahu taste kita sama. Bolehlah korang beli apa yang Abang Nara syorkan nie. Jom ushar!!!

Sebelum korang nak beli, Abang Nara nak bagi sikit code BEAUTIFULNARA untuk diskaun yang lagi awesome. Syaratnya, korang kena beli sekurang-kurangnya RM50 di Shopee sebelum jam 11:59 malam pada 27hb Disember Abang Nara cuma bagi pada 300 orang pertama yang first time beli-belah dekat app online yang boleh membuatkan anda rambang mat. CONFIRM!

KATEGORI FESYEN

1. Kasut dari Christy Ng

shopee

Tahun baru kasut pun kenalah baru kan? Abang Nara memang suka dengan rekaan kasut daripada Christy Ng nie. Wife Abang Nara ada sepasang kasut di atas. Memang selesa sangat memakainya. Sementara tengah diskaun kaw-kaw nie, baik korang beli.

2. Baju-baju cantik dari Alaven Fashion Gallery

shopee

Cantik-cantik dress daripada Alaven Fashion Gallery yang berpusat di Sibu, Sarawak nie. Harga pun boleh tahan jugak. Memang sesuai kalau nak pakai pergi pejabat atau malam dinner untuk special occasion. Confirm korang makin cun melecun jadinya. Buat sang suami, silalah beli sebagai hadiah untuk isteri tercinta.

3. Baju-baju awesome daripada Mr.Baju

shopee

shopee

Dah lama Abang Nara mencari t-shirt super hero yang selalu Abang Nara nampak orang lain pakai nie. Rupanya diorang beli kat Mr. Baju. Smart gile beb!!! Kalau anda jenis yang kena pakai kemeja pergi ofis, memang Abang Nara syorkan beli baju kemeja Kpop daripada Mr. Baju nie. Ada diskaun 50% tue. Terus beli 10 helai untuk tahun depan.

KATEGORI SMARTPHONE & GAJET

1. Best Store untuk aksesori dan smartphone baru

shopee

Selalu kalau beli gajet secara online ini, kemungkinan untuk ditipu dengan barangan palsu itu memang ada. Tapi jangan risau. Best Store di Shopee hanya menjual produk asli daripada Xiaomi, Apple dan juga Asus. Semua original. Setakat ini yang dah beli semua berpuas hati dengan kualiti produk. Jadi anda tak perlulah risau.

2. Aksesori telefon daripada MyLittleShop
shopee

Ala comel-comelnya casing telefon daripada MyLittleShop nie. Rasa nak beli je. Diskaun 50% pulak tue. Gatal je tangan nak beli seketul dua. Boleh tukar-tukar tiap hari. Hehehe.

3. USB, Pendrive, dan aksesori daripada LeoITHub

shopee

Abang Nara memang tengah cari usb punya flash drive nak buat simpan gambar anak-anak. Sekali tue tengok murah pula benda alah nie kat LeoITHub. Terus Abang Nara beli 2. Hehehe. Dapat la jimat sikit sementara promosi kaw-kaw daripada Shopee nie.

KATEGORI KECANTIKAN

1. Produk penjagaan diri HubWire

shopee

Wife Abang Nara suka betul bila Abang Nara tunjukkan kedai HubWire nie kat dia. Katanya cantik-cantik design produk penjagaan diri yang ada. Terus dia suruh Abang Nara beli 2,3 botol untuk dicuba. Nanti kalau dah sampai Abang Nara akan kongsikan review.

2. Minyak wangi daripada SDPerfume

shopee

Tahun baru mestilah nak badan pun bau wangi sikit kan? Tunggu apa lagi? Macam-macam pilihan ada di SDPerfume nie. Sampai rambang mata dibuatnya. Harga pun tengah ada diskaun tue. Silalah belikan untuk orang tersayang.

3. Lipstik, maskara, pencuci muka dan macam-macam lagi dari MSCoutoure.asia

shopee

Kaum Hawa mesti melonjak keriangan dapat tahu tentang MSCoutoure.asia nie. Mana taknya, produk-produk kecantikan yang memang mereka gunakan setiap hari diberi diskaun sehingga 80%. Murah bangat seh. Kalau anda seorang lelaki dan sedang membaca bahagian ini, sila rahsiakan daripada gf/awek/adik perempuan/bini anda. Kang habis kang duit. Hehehe.

Banyak lagi sebenarnya produk-produk di pelbagai kategori yang bakal diberi potongan harga sehingga 80% di Shopee. Untuk menambahkan lagi kemeriahan dan keseronokan bersempena Shopee 12.12 Great Sale ini, satu bazar Shopee akan berlangsung di Markets17, Jaya One, Petaling Jaya pada 12 dan 13 Disember (Sabtu dan Ahad). Pengunjung bertuah akan mendapat 20% diskaun tambahan daripada penjual terpilih Shopee. Lucky draw pun ada jugak nanti. Confirm happening punya.

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun applikasi Shopee di smartphone anda sekarang juga dan ambil peluang diskaun sehingga 80% bersempena dengan Shopee 12.12 Great Sale. Selamat membeli belah. Jangan lupa layari www.shopee.com.my, LIKE Facebook ShopeeMY dan ikuti mereka di Instagram @shopee_my untuk informasi lanjut. Selamat mencuba!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...