SHMP Raya Adalah Yang Terakhir Gandingan Fattah Dan Neelofa – Michael Ang

Hiburan

SHMP Raya Adalah Yang Terakhir Gandingan Fattah Dan Neelofa – Michael Ang

Sedang menjalani penggambaran bagi drama Suri Hati Mr Pilot Raya, pengarah Michael Ang memberitahu ia dihasilkan khas buat peminat #Lofattah yang merindui gandingan mereka berdua yang menjadi fenomena.

Advertisement

Khas buat semua peminat ‘Lofattah’, sebuah telefilem sambungan daripada Suri Hati Mr. Pilot akan dihasilkan dan akan ditayangkan pada Hari Raya nanti. Penghasilan drama itu bukan sahaja bagi memenuhi permintaan peminat tetapi juga sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka sehingga Suri Hati Mr. Pilot menjadi fenomena. Selain itu saya ingin merealisasikan impian peminat yang ingin melihat Neelofa dan Fattah bergandingan semula dalam drama.

Walaubagaimanapun, ia adalah gandingan terakhir mereka berdua di dalam Suri Hati Mr. Pilot: Penerbangan Terakhir Mr. Pilot kerana Michael tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyambung drama tersebut bagi musim ke dua.

Pada masa yang sama, Neelofa memberitahu beliau dan Fattah gembira kerana dapat berlakon bersama sekali lagi dan ia sebagai salah satu cara untuk menghargai peminat yang tidak pernah putus menyokong mereka.

Fenomena #Lofattah sangat kuat dan sayang kalau tidak guna peluang ini memandangkan jenama Suri Hati Mr. Pilot itu masih disukai. Peminat masih ingin melihat kami bergandingan dan ini kerana mereka suka dengan kombinasi kami.

Terakhir di dalam drama SHMP tetapi mungkin selepas ini akan ada gandingan mereka di masa hadapan? Jangan bersedih ya peminat tegar #Lofattah. Heh..

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...