Written by Bella | April 25th, 2017

Sedang menjalani penggambaran bagi drama Suri Hati Mr Pilot Raya, pengarah Michael Ang memberitahu ia dihasilkan khas buat peminat #Lofattah yang merindui gandingan mereka berdua yang menjadi fenomena.

Khas buat semua peminat ‘Lofattah’, sebuah telefilem sambungan daripada Suri Hati Mr. Pilot akan dihasilkan dan akan ditayangkan pada Hari Raya nanti. Penghasilan drama itu bukan sahaja bagi memenuhi permintaan peminat tetapi juga sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka sehingga Suri Hati Mr. Pilot menjadi fenomena. Selain itu saya ingin merealisasikan impian peminat yang ingin melihat Neelofa dan Fattah bergandingan semula dalam drama.

Walaubagaimanapun, ia adalah gandingan terakhir mereka berdua di dalam Suri Hati Mr. Pilot: Penerbangan Terakhir Mr. Pilot kerana Michael tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyambung drama tersebut bagi musim ke dua.

Pada masa yang sama, Neelofa memberitahu beliau dan Fattah gembira kerana dapat berlakon bersama sekali lagi dan ia sebagai salah satu cara untuk menghargai peminat yang tidak pernah putus menyokong mereka.

Fenomena #Lofattah sangat kuat dan sayang kalau tidak guna peluang ini memandangkan jenama Suri Hati Mr. Pilot itu masih disukai. Peminat masih ingin melihat kami bergandingan dan ini kerana mereka suka dengan kombinasi kami.

Terakhir di dalam drama SHMP tetapi mungkin selepas ini akan ada gandingan mereka di masa hadapan? Jangan bersedih ya peminat tegar #Lofattah. Heh..

Sumber Berita : mStar Online

16 responses to SHMP Raya Adalah Yang Terakhir Gandingan Fattah Dan Neelofa – Michael Ang

  1. pelangi says:

    syukuralhamdulilah…. neelofa dua tiga bulan ni lain macam jer fesyen…nak ambik hati anak bangsawan ke? ye lah… kalau tutup litup…orang tu pandang sebelah mata pun tak hingin. mesti sekarang menyesal pakai tudung kan……ooppss

    14

    0
  2. riplofattah says:

    cukup2la lofatah

    #riplofattah

    nampak benor lopak terdesak..cari fatah balik selepas raja muda selangor pun tak hingin dia..

    12

    0
  3. riplofattah says:

    tudung makin singkat ke hajjah

    awat nampak gedik dok terhegeh2 kat patah amon. raja muda dah rejek hajah ker?

    kuikuikui

    10

    0
  4. nok gebuzzz says:

    AME thn depan kasi tukar nama kpd Anugerah Lofatah,baru ok….kalau depa jar yg menang pon x heran la…kennn!!22

    5

    0
    • Pemerhati says:

      Habistu kau nk ke si aida jebat yg menang besar? Lagi aku x mau.. Tapi kalau kau mau ok la nk watcamne.. Tapi kene saing ngan fasha sandha la.. Maybe nex year bff bff jutawan die aku vote kaw kaw punya.. Hehe

      0

      0
  5. sha says:

    sudah-sudahla #lofattah ni lofa oi.fattah pon dah buat statement dia nak berlakon dengan orang lain.dia da move on.ko pulak dok hadap lofattah bagai…pening la kau ni lofa

    6

    0
  6. Anonymous says:

    anugerah meletop taun ni memang untuk lofattah pun…hampir tiap mingu rncgn meletop duk mempromosi lofattah.. wlupun cerita takde kaitan ngan lofattah, tp nk kene sebut jugak psl lofattah.haji nabil pun sama, konon2 jelak dgn lofattah tp dia jugak yg duk sebut…fake giler… aku lbih suka ayda menang at least relationship ayda ngan fans dia x fake mcm lofattah yg kononnya pernah ‘bersama’…wkkwkwkw

    4

    0
  7. kipashijau says:

    k

    1

    0
  8. aku tetap aku says:

    Syukur.. Jgn mungkir janji yer michael ang. kang ku ang ko nanti.. boring dah lofattah apa segala.. move on plz

    3

    0
  9. Jeanie Jean says:

    Michael ang .. Nti mungkir janji ko juga kena .. Ktaorang tak hadap la smua ni , skejap tak skejap ya .. Apa yg kta plan , Allah yg tentukan .. Bukan ko , bukan aku , bukan dia bukan orglain .. Kang dah kluar artikel yg lofattah nak brlakon sama , ko yg susah kena kecam la .. Sudah sudah la , tak yah nak cetuskan perang malaysia antara ko , lofattah dengan haters ..

    1

    0
  10. Anonymous says:

    Takpe de kontroversi lg bleh berlakon bersama lg.. Nnti meroyan pulakk diehard fan dorg kalu dh x berlakon bersama.. X pasal2 ig artis len yg berlakon dgn artis kesayangan dorg ni kena hentam.. Finatik gilerr.. Udah2 la wehh

    3

    0
  11. Anonymous says:

    Lakonan biasa je tp AME sapu sebab undian peminat. Tk taulah kalo juri sebenar boleh menang ke tk. Thn lalu ayda jebat sapu thn ni pula lofatah thn dpn entah apa. Tp apa2pn semoga mutu lakonan lbh baik jgn mengharapkn obses peminat je.. tk adil utk pelakon lain pula

    1

    0
  12. ain says:

    kenape ek kalau tgk dia bgambar dgn fattah mesti nampak kegedikan tserlah…

    tapi bila fattah dgn fazura nampak ok je…ke ak sorang je yg perasan camtu?

    9

    1

Leave a Comment

Optional