Written by AbangNara | October 12th, 2012

Gembira Abang Nara mendengar perancangan pasangan kekasih, Shila Amzah dan Sharnaz dalam Berita Harian hari ini. Mereka berdua merancang untuk menamatkan zaman solo pada tahun 2014 iaitu kira-kira 2 tahun daripada sekarang. Semoga perancangan yang baik ini akan berjalan dengan lancar.

shila sharnaaz

Kadang-kadang ada pasangan kekasih bila bercinta memang tak ada nak buat perancangan untuk berkahwin. Bagi mereka, bercinta ini sekadar suka-suka je. Siap bertukar-tukar pasangan lagi. At least plan yang dibuat oleh Shila dan Sharnaaz ini menunjukkan betapa seriusnya hubungan percintaan mereka berdua. Tak gitu?

shila amzah

Abang Nara suka dengan kata-kata matang daripada Sharnaaz apabila ditanya mengapa memilih tahun 2014. Kata Sharnaaz:-

Kalau boleh, memang saya mahu mendirikan rumah tangga sebelum usia mencecah angka 30 tahun. Pada waktu itu, usia saya 29 tahun dan Shila pula 24 tahun. Usia itu memang sesuai untuk kami mendirikan rumah tangga. Biarlah dalam tempoh dua tahun ini kami berusaha stabilkan diri terlebih dulu.

Abang Nara sokong sangat-sangat. Sekarang ini kes penceraian pun banyak yang terjadi kerana keadaan ekonomi suami isteri yang tidak stabil. Molek benarlah kalau kuatkan kerjaya. At least ada simpanan untuk masa depan. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perancangan Shila dan Sharnaaz ini akan terlaksana tanpa sebarang halangan.

P.S: Kuda paling ayu dalam dunia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 responses to Shila Amzah & Sharnaaz Rancang Berkahwin 2014 Kelak

  1. Tasha Shila lutut hitam pun ada jugak orang minat says:

    Lepas kahwin jgn pulak disepak terajang shila tu yee abg sharnaaz oiii

    0

    0
    • KAK CHAM KINI SUDAH BERTUDUNG SELEPAS PULANG DARI UMRAH BERSAMA AM says:

      kak cham mcm seriau plak tengok Sharnaz ni lps tengok watak dia dlm Bukan Bidadari.. teringat2 dia bantai bini dia… seriauuuuu!!! harap2 Sharnaz bukan mcm tu lah in real life..

      0

      0
  2. mamee monsters says:

    bagosss…benda baik patut dipercepatkan…tunggu stabil???

    0

    0
  3. tak suka iklan says:

    bang nara.. boleh tak kalau kita dah klik x kat iklan aku terima nikahnya ni iklan tu tak yah appear dah.. susah bebeno nak baca blog..iklan tutup..

    0

    0
  4. ........ says:

    agak2 2014 nti dia org ada jodoh x????

    0

    0
  5. didie @ says:

    first!

    0

    0
  6. peah says:

    alhamdulillah nak kawen juga kome ye. aku hengat lg 2bulan ropenye lg 2thn. ok la tu atleast dlm masa 2 tahun dapat le si sharnaaz ni kurangkan kadar ke-baran-an beliau.. lagi pon si shila ni muda belia lagi..

    0

    0
  7. lisa says:

    semoga murah rezeki n cepat dijodohkan.. jangan pertikaikan jodoh mereka sama ada nanti ada ke xde jodoh mereka..xpayah nk pertikai kerja Tuhan…Dia tahu yg terbaik utk kita…jaga je rumah tangga kita sebaiknya… risau duk sibuk ngan jodoh artis nt kang jodoh kita plak ntah kemana2….renung dan fikirlah

    0

    0
  8. anggerik says:

    2013 pn belum lagi…huhu.

    0

    0
  9. ita says:

    suka tengok diorang ber2 ni.. moga lebih cepat dari 2014.. benda baik.. moga hubungan diorang terus berkekalan

    0

    0
  10. izzean says:

    Apa lambat sangat nak kahwin? kan ke uncle ND Lala tu jutawan. Susah sangat, nikahkan dulu, lepas tu barulah buat Majlis besar-besaran tahap Presiden Amerika. Buat yang wajib dulu.

    0

    0
  11. No One says:

    alhamdulillah…benda baik jgn dilambat2 kan…
    happy for u olls…korang ni mmg ade chemistry la…

    0

    0
  12. rynna says:

    eh mcm Hana Tajima plak aku tengok kau nih shila.. cantik x bermekap just bedak gebu sgt…..

    0

    0
  13. rizno says:

    org klu x suka memang g2..asyik nak cari kesalahan org je..mcm nya baik sgt

    0

    0
  14. cikgi says:

    Alhamdulillah Shila dah bertudung.. mudah2an terhapus 1 dosa iaitu dosa mendedahkan aurat… Kalau diperhatikan, Shila kelihatan mula menjaga batas cuma yang lelaki tu nampak seperti tidak faham apa batas yang perlu dia jaga.. Kebanyakan gambar lelaki tu yang lentok2 kepala… Susah kalau satu pihak je yang cuba berubah sedangkan satu pihak lagi belum nampak jalan… Mudah2an yang lelaki sama2 berubah perlahan2 sebab nantinya yang menjadi iman kepada isteri adalah dirinya sendiri…

    0

    0
  15. hambamu.... says:

    alhamdulillah…doakan yg terbaik buat mereka..to Shila & Sharnaz, lepas ni harap korg berdua jaga batas2 ye…shila pun dah bertudung sekarg (manis sgt), so seiring dgn perubahan yg dibuat, batas dalam pergaulan itu pun perlu dijaga….dalam masa 2 tahun ni macam2 boleh berlaku..hadapilah dgn pemikiran yg matang…(ps: Sharnaz beruntung kau dapt kawin ngan perempuan secantik Shila..jaga elok2..bimbing dia hingga ke syurga..amin…)

    0

    0
  16. upin ipin says:

    jgn x jd sudah la yea…

    0

    0
  17. Anonymous says:

    taik

    0

    0
  18. […] Shila Amzah & Sharnaaz Rancang Berkahwin 2014 Kelak (40) […]

    0

    0