Shila Amzah Berhenti Gunakan Twitter, Peminat Sangat Kecewa

Hiburan

Shila Amzah Berhenti Gunakan Twitter, Peminat Sangat Kecewa

Agak terkejut apabila Abang Nara mendapat tahu Shila Amzah telah berhenti menggunakan Twitternya. Sebelum ini, Shila merupakan salah seorang selebriti yang sering membalas tweet daripada peminat-peminatnya. Kalau tak silap, pengikut Shila Amzah sudah pun mencecah 300 ribu. Itu satu angka yang sangat besar sebenarnya.

shila amzah berhenti twitter

Advertisement

Ada teori menyatakan Shila Amzah berhenti menggunakan Twitter ini kerana penghijrahannya. Namun teori tersebut masih belum disahkan. Apa pun ramai pengikut Shila Amzah yang sangat kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Kebanyakan mereka telah menggunakan hastag #ComeBackShilaAmzah untuk memujuk penyanyi kesayangan mereka kembali ke Twitter.

shila amzah berhenti twitter
Apa pun sama-samalah kita nantikan penerangan daripada Shila Amzah. Mungkin Shila hanya berhenti sementara untuk memberi tumpuan menyambut Aidilfitri. Pastinya Shila ada sebab yang tersendiri untuk perbuatannya ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...