Written by Bella | March 14th, 2017

Hujung minggu lalu menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, beliau ada melaporkan berita dimana pelakon Sherry Ibrahim kini sedang dilamun asmara sehingga tidak tidur lena sejak menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan.  Terkejut mendengar gosip tersebut, Sherry tampil menafikan beliau kini sudah mempunyai teman istimewa seperti yang diperkatakan.

Saya masih belum bertemu pengganti selepas lapan bulan bergelar solo. Sebab itu saya terkejut apabila mendapat tahu nama saya dikaitkan bercinta dengan ahli perniagaan pula.

Tambah Sherry, beliau masih belum terdesak untuk mendirikan rumah tangga meskipun sudah memasuki usia 30 an dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Pada usia sekarang, saya juga ingin berkahwin dan membina keluarga. Bukan tiada lelaki yang cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu calon yang sesuai.

Saya percaya jodoh itu akan tiba apabila sampai masanya nanti. Keluarga juga tidak mendesak kerana mereka juga memahami.  Buat masa ini, fokus saya adalah terhadap kerjaya sebagai pelakon dan pengacara serta perniagaan yang diusahakan.

Satu hari nanti inshaAllah Sherry akan bertemu dengan jodoh yang sesuai. Jangan pedulikan kritikan orang dan terus berdoa.  Kadang-kadang, sesuatu yang terbaik buat seseorang itu datang lambat.

Sumber Berita : Harian Metro

[jetpack-related-posts]

8 responses to Sherry Ibrahim Nafi Gosip Sedang Hangat Bercinta Dengan Ahli Perniagaan

  1. ding dong says:

    don worry sherry…jodoh pasti datang jua…mana tau sekarang dia masih di sekolah rendah….sabar k..

    4

    0
  2. Anonymous says:

    pesal serabai gila fesyen akak ni? semak.

    0

    7
  3. Anonymous says:

    adoiiii …
    apasal mcm confuse jer fesyen dia ni?

    1

    2
  4. senjakala says:

    makcik2 pun tk kenan fesyen gitu…baju lip lap mcm background dancers tok daud kilau!!

    1

    0
  5. HIDAYAH says:

    Nampak sangat suka mengutuk.. Memang perempuan lah yang suka jatuhkan perempuan… Ermmmm… Dia pakai macam tu kan u shoot tu.. xnampak ke kat belakang tu… grrrkkkhhhh!!!!.. kije nk kondem orang jer..

    0

    0

Leave a Comment

Optional