Written by Bella | August 29th, 2016

Bila seorang pelakon popular seperti Fattah Amin putus cinta bersama Sherry Ibrahim, tentu sekali berita tersebut akan terus menjadi bualan ramai. Ada yang sehingga hari ini masih lagi mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai punca mereka berpisah.

Namun, Sherry memberitahu beliau tidak mahu kisah putus cintanya itu terus lagi hangat diperkatakan. Orang ramai boleh berhenti mempersoalkan punca perpisahan mereka kerana Sherry sudah tidak mahu mengenangkan lagi kisah duka berkenaan.

Tidak perlu lagi nak mempersoalkan kisah (putus cinta) itu. Saya sudah bergerak ke depan kerana banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan. Cukup-cukuplah yang sudah saya lalui dan rasa sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Sherry menegaskan beliau tidak pernah mengongkong Fattah seperti yang didakwa. Malah, faktor perbezaan umur juga bukanlah sebab mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Cuma yang saya kesalkan dakwaan mengatakan konon-kononnya saya mengongkong dia selama ini. Perlu saya jelaskan di sini perkara tersebut tidak benar sama sekali. Begitu juga dengan faktor perbezaan usia antara kami. Semua itu dusta belaka.

Kini Sherry memberikan seratus peratus fokus terhadap kerjayanya dan menyibukkan diri dengan pelbagai aktviti seni untuk merawat hatinya.

Sumber Berita : Utusan Online

13 responses to Sherry Ibrahim Minta Kisah Putus Cintanya Tidak Dihangatkan Lagi

  1. Anonymous says:

    Sherry ni dah move on…wartawan je yg lebih lebih gembar gemburkan cerita mereka. Fatah Amin tu bercinta dgn Sherry sekadar nak establishkan dia kat market je. Bila dah glamer…dia cabut. Dasar budak kecik tak tahu nak nak marketing kan bakat sendiri.

    0

    1
    • Anonymous says:

      Punca sebenar dia, mak si fattah ni tak suka sherry. Dia pun pakai tudung dengan harapan boleh amik hati mak si fattah. Tapi buat macam mana pun, mak si fattah ni tak suka jugak kat dia. Mak dia nk calon yg muda. Fatth ni sayang mak dia. Takkan nak teruskan hubungan kalau mak tak suka. Sudah sudahla sherry nak play victim. Rasanya dia sendiri tahu sebab asal kenapa dorg ni takleh nak bersama. Meluat pulak aku tengok lelama.

      2

      0
      • Sayangku Kapten Mukhriz says:

        memandai je ko ni. kau adik beradik diorang ke. sebokk je ckp mak Fattah tak suka la apa la. bila dah putus mmg mcm mcm yg keluar. kalau ta suka awat tunggu sampai 3 tahun baru putus. Erghh! ckp serupa takdak otak!

        0

        2
      • miss kepah says:

        aku pernah tgok fattah up photo dlm IG gambar mak dia ngan sherry dgn caption, “my two lovely women” klau x silap aku lah…

        0

        1
    • minah jambu says:

      kesian u sherry u dh berudung fatah jahanam tu pulak tknk ngan u ..memang kiwak itu fatah jenis hati tk jujur..tkpe mungkin ada yg terbaik menanti..lov u sherry..sape tk sedih kalau jantan yg kite sayang dh belot..ok jangan sedih2 lagi k sherry ada peluang berlakon u berlakon aje ..

      0

      1
  2. MERDEKA says:

    Mana lah tak kecoh ENGKAU tu ARTIS . Tak sah kalau tak KECOH .

    Kadang jiran bercerai pun satu taman boleh tahu aka KECOH … Lagi la jiran bukan Artis .. Pun boleh jadi hot topik !! Nie kan pula ARTIS

    1

    0
  3. ceri says:

    be strong sherry!

    0

    1
  4. sje komen says:

    suka tgk sherry. xpe sherry nanti akan jumpe yg lbh baik. InshaaAllah. xyhla bcinta dgn artis lagi.

    0

    12
  5. Anonymous says:

    tersangat cantik sejak berhijab….

    0

    0
  6. Anonymous says:

    u r so beautiful sherry.. all da best.. ALLAH tau mana yg terbaek buat hambaNYA

    0

    12
  7. Hakak jemah says:

    Oit, x hbs2 ke nk hapdet cite dorg ni ha?? Berpuluh2 kali la psl ni je.. Dh kering story sgt ke nara oi?!!!
    Sblm ni dh bg stmt psl ni dh la. Bnda yg sm berulang2 kali lak ha! Puuuii!

    1

    0
  8. Anonymous says:

    tu spec mata ke goggle nk g berenang snorkling?…

    1

    0
  9. Rashad says:

    If you would like to obtain a good deal from this article then you
    have to apply such techniques to your won web site.

    1

    0