Written by serenity | March 24th, 2016

Nur Ruhainies mula dikenali setelah berlakon bergandingan dengan Fattah Amin dalam drama yang pernah disiarkan di slot Akasia TV3, Hello Mr. Perfect. Satu ruangan gosip akhbar minggu lepas menceritakan mengenai desas desus bahawa Ruhainies yang dipilih bersama Fattah Amin untuk mengikuti satu rombongan percutian ke Bali, Indonesia telah digugurkan pada saat akhir kerana khabarnya ada yang cemburu.

Khabarnya juga, yang dikatakan cemburu itu ialah kekasih Fattah iaitu pelakon Sherry Ibrahim.
 photo 1516308_1258133724200984_238827831_n.jpg
Fattah bagaimanapun menafikan bahawa Sherry cemburu dan menjadi punca nama Nur Ruhainies digugurkan dari percutian tersebut.

Ruhainies memberitahu InstaOnline bahawa dia sebenarnya tidak tahu dia dipilih untuk menyertai percutian tersebut dan tidak tahu sebab namanya digugurkan.

Saya sebenarnya tidak tahu sepatunya saya pergi. Apabila terbaca tentang gosip tersebut barulah tahu rupa-rupa mereka (pengajur) ada perancangan untuk membawa saya sekali dalam percutian tersebut.

Saya tidak tahu kenapa nama saya digugurkan dan isu tentang masalah cemburu itu tidak benar. Kenapa Sherry mahu cemburu dengan saya? Dia jauh lebih baik berbanding saya.

Saya tiada masalah tentang isu ini.

Ruhainies juga tidak menafikan yang ramai di kalangan peminat drama Hello Mr. Perfect mahu dia dan Fattah bercinta.

Apabila berlakon sama, ada yang terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi dan mahu kami terus bersama. Ada juga yang ingin kami berkahwin. Tidak mungkin begitu kerana saya juga ada pilihan sendiri.

Saya terkejut dengan gosip tersebut dan tidak sangka ia terjadi. Saya bersama Fattah dan Sherry OK sahaja. Saya tahu batasan hubungan dengan Fattah.


 photo 11142725_585416031614615_1094689503_n.jpg

Kebelakangan ini sering kita dengar peminat drama Akasia memuja gandingan hero dan heroin drama Akasia di luar drama sehingga mengharapkan mereka bercinta. Perkara ini bukan sahaja terjadi pada Fattah-Ruhainies malah Zul Ariffin-Ayda Jebat dan Saharul Ridzwan-Mia Ahmad. Sampai begitu sekali penangan drama-drama Akasia ini.

Bagaimanapun, peminat perlu mengenal pasti garis pemisah antara fantasi dan realiti. Biarkan pelakon memilih jodoh sendiri kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk kehidupan mereka.

Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato” pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

12 responses to Sherry Ibrahim Jauh Lebih Baik Dari Saya – Nur Ruhainies

  1. nora danish says:

    caiyokk

    0

    0
  2. Anatomy says:

    Ruhainies ni dah ada boyfriend kan? Kalau tak silap aku, boyfriend dia tengah study in UK/London.

    0

    0
  3. anon says:

    bagus budak ni……tak besar kepala.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Kalau diteruskan sikap rendah diri, kurangkan kontroversi sampah, berdisplin masa bekerja…boleh terus maju budak ni. Muka dia boleh jual… Bakat tu boleh diupgrade. Janji rajin buat homework. Takde pelakon yg terus pandai berlakon. Semuanya bermula dari pelakon kayu sebelum menjadi pelakon berbakat….

    1

    0
  5. mak kau ijoo says:

    tak kenal . sendu !! next

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Pic yg first tu sekali tgk mcm ND. Ada iras. Klu x make up x sama ^_^

    0

    0
  7. Sendu says:

    Gigih dia tiru nora danish

    0

    0
  8. Anonymous says:

    ..tersangat gigih..eeeeeuwwwwww

    0

    0
  9. Kakjah says:

    Kau igt dia nak ke si fatah yg x de pape.lain la ade lambo ke.ferari ke bru la dia nak.mcm x knl lak minah ni.materialistic kot.no money no honey brader!! Huhu

    0

    0
  10. ddxee says:

    maya karin masa mula2 berlakon pun kayu .. tak reti ckp melayu lagi..

    1

    0
  11. Suam kuku je pn..blakon kayu..boring..

    0

    0