Written by Bella | July 2nd, 2015

Kerap bergandingan bersama kekasihnya Fattah Amin didalam drama membuatkan aktres jelita Sherry Ibrahim merasa kurang selesa. Sherry menegaskan beliau tidak gemar untuk memperkatakan soal percintaan kepada umum secara berlebihan sejak dari dahulu lagi. Malah, beliau juga tidak mahu peminat merasa bosan dengan kisah percintaannya nanti.

Saya tidak mahu peminat bosan apabila sering disajikan kisah cinta kami. Kalau boleh biarlah hal karier lebih diperkatakan berbanding cerita peribadi.

Saya juga menolak digandingkan dengan Fattah dalam mana-mana drama tetapi tidak dapat mengelak dalam Cinta Ibadah terbitan Zeel Production. Terbaru kami digandingkan sekali lagi menerusi drama Manisnya Bulan Madu dan menjadi pasangan suami isteri.

Selepas ini kalau ada tawaran lagi, akan dipertimbangkan. Bimbang pula peminat bosan kalau selalu nampak kami bergandingan.

Mengulas lanjut mengenai hubungan beliau bersama Fattah, Sherry menjelaskan mereka masih lagi didalam peringkat mengenali hati budi dan mereka masih belum mempunyai rancangan untuk melangsungkan perkahwinan kerana ingin memberi ruang kepada diri masing-masing untuk memperkukuhkan karier terlebih dahulu.

Siapa tidak mahu hubungan yang dibina berakhir ke jenjang pelamin? Insya-Allah andai ada jodoh kami akan bersatu juga satu hari nanti. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, selebihnya berserah kepada-Nya. Doakan moga segalanya dipermudahkan dan hubungan kami berjalan lancar.

Saya juga tidak mahu terlalu mendesak Fattah. Lagipun dia masih baru dalam bidang ini, banyak lagi perkara yang nak dikejar bagi membuktikan kemampuannya.

Jika sering digandingkan bersama didalam drama mahupun filem kadang kala ia boleh memberi satu bonus untuk sesetengah artis itu lebih popular. Namun, Sherry Ibrahim mengambil langkah yang bijak untuk tidak menjaja kisah percintaannya kerana semestinya ramai yang akan merasa bosan nanti.

Sumber Berita: Harian Metro

 

14 responses to Sherry Ibrahim Elak Berlakon Dengan Fattah Amin: Tidak Mahu Peminat Bosan

  1. Anonymous says:

    dulu cakap kekasih orang Mauritius…… ahli perniagaan…

    0

    1
  2. N says:

    xde masalah pun kalau berlakon sekali.

    masyarakat pandang bakat,xde mase nk amik tau korang bercinta ke hape,haha.

    statement artis sendu ni kdg2 kemain nau dari artis fofular.

    fattah ni lakonan dia mmg gettin’ better la drpd play amende ntah yg dia jd hero tu.

    0

    1
  3. pinana says:

    kita suka sgt kat sherry + Fattah..
    jelita + hensem..
    semoga berkekalan. (cinta ibadah fan)

    0

    1
  4. Lavender says:

    Sesuwai nye.. tantek ngan encem.. :)

    0

    1
  5. Anonymous says:

    Fattah bila badan berisi nmpk la ensemnya..dlu masa berlakon cite plaboy enth ape tajuk nya tu dh lupa la..dia nmpk kurus kedengking je..fattah berlakon pn dh bagus x mcm cite y plaboy tu..klau cite tu dia berlakon kaku gila..klau cite BERCINTA dia berlakon memg best…

    1

    0
  6. alyssa says:

    bape umo si sherry and si fattah ni

    0

    1
  7. Anonymous says:

    sherry ne xada la cantik pn…so so je..byee

    0

    1
  8. ate komerrrr says:

    poyo jer minah nih tau…hehehehe…

    0

    1
  9. neirin says:

    X sesuai la dorang ….bukan
    faktor umur..tapi mmg x sesuai..
    Dia ngan fatthia sesuai…tapi sygnya
    fatthia dh berpunya tinggall kawin

    0

    1