Written by AbangNara | June 29th, 2015

Berbadan gempal, besar atau gemuk (kalau straightforward) di dalam industri hiburan adalah satu cabaran. Memang cabaran untuk dapatkan tawaran berlakon, mengacara atau menyanyi apabila saiz badan anda lebih besar daripada biasa. Itu satu realiti yang tak boleh dinafikan. Kalau dulu ramai selebriti bersaiz besar terpaksa berhempas pulas berdiet menguruskan badan untuk kelihatan bergaya, tetapi kini Sherry Al Hadad dan Zulin Aziz bersama MisClaire telah membuktikan badan gempal bukanlah penghalang untuk tampil sedap mata memandang.

misclaire

Untuk makluman, Sherry Al Hadad menggunakan saiz 5XL sementara Zulin Aziz pula bersaiz XL. Memang sukar untuk mencari baju-baju yang bergaya, cantik dan menawan di dalam saiz sebesar itu. Memahami masalah mereka yang berbadan gempal, MisClaire telah tampil untuk memberikan penyelesaian. MisClaire memfokuskan pakaian ‘plussize’ dengan memberikan ‘value for money’ buat para pembelinya. Cantik-cantik koleksi yang ditawarkan. Semua direka khas dan bukan sekadar tangkap muat.

misclaire

Bersempena Hari Raya ini juga, MisClaire telah tampil dengan koleksi pakaian hari raya untuk mereka yang bersaiz besar ini. Menggunakan Sherry Al Hadad dan Zulin Aziz sebagai model, Abang Nara kagum melihat mutu baju yang ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan. MisClaire menawarkan saiz baju sehingga 8XL. Jadi tak ada alasan lagi untuk anda tidak tampil bergaya di pagi raya. Banyak koleksi dan pilihan untuk dibeli oleh anda di www.misclaire.com.

raya

Jom kita tengok bagaimana Sherry Al Hadan dan Zulin Aziz ditransformasikan oleh MisClaire. Kalau diorang boleh, anda pun pasti boleh jugak!!!

Ini pula beberapa gambar ‘behind the scene’ Sherry Alhadad, Zulin Aziz dan MisClaire. Abang Nara suka melihat confidence yang terpancar di wajah mereka. Betullah kata orang, pemakaian seseorang boleh menaikkan atau menjatuhkan tahap keyakinan kita.

misclaire

misclaire

misclaire

misclaire

Sekiranya anda seorang yang berbadan gempal, tak perlu goyah dan tak perlu risau lagi. Anda juga boleh tampil bergaya serta menawan, lebih-lebih lagi di pagi raya nanti bersama MisClaire. Kualiti berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Sekarang ini pun tengah ada promosi raya. Jadilalah silalah ke laman web MisClaire, Facebook MisClaire dan juga Instagram MisClaire untuk memilih sendiri pakaian yang anda minat. Selamat membeli belah!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 responses to Sherry Al Hadad & Zulin Aziz Buktikan Badan Gempal Bukan Penghalang Untuk Tampil Bergaya

  1. minah jambu gi bazar ngan nenek says:

    betol tu

    0

    0
  2. minah jambu gi bazar ngan nenek says:

    zulin ni semenjak bertudong badan makin gedabak !

    0

    0
  3. Can't Stand Obesity says:

    Makan tak hengat, memang la gemuk. Cuba amalkan clean diet and no processed food, sure boleh kurus.

    0

    0
  4. Husin Lembing says:

    Tak salah ingin tampil cantik hatta bagaimana saiz anda.

    Tapi obesiti memang kurang elok dari perspektif kesihatan.
    Masyarakat yang moden dan berilmu terutamanya di negara-negara maju memilih untuk memiliki berat badan yang seimbang.

    Malu bila ada kawan-kawan dari luar negara kata, wanita Malaysia ramai yang gemuk-gemuk. Saya cuma balas, `makanan di malaysia byk yang sedap-sedap`.
    Dengan senyuman sinis.

    Mereka kata, Malaysia negara yang sepanjang tahun panas dan lembap, kalau berbadan besar nanti akan jadi cepat letih. Kurang produktif.

    Sekian, pandangan saya.

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      lagi pon cepat dapat Al kencing the manis..tk caya ? gi periksa doc skarang

      0

      0
  5. GempalTasteAku says:

    Syok nmpk gempal ni….

    0

    0
  6. Joyah Pok Pek says:

    Napa daku tgk bju sis Zulin tu mcm lagi besar dari badan dia..x perlah tutp aurat sket jgn ketat2..berdosa!

    0

    0
  7. jejai says:

    gemok pn salah, kurus pn salah, ada jer kuar ayat2 DENGKI….gemok2 dia pn dpt gak jd model MisClaire….duit pn masyok, ko hado ??

    0

    0
  8. Anonymous says:

    boring..

    0

    0
  9. akucakap says:

    ala yg korang nak gado apsal. tengok nanti keturunan korang mesti ada yg badan gempal2. time tu nk cakap apa?
    apa ingat gemok Allah tak tengok mende ke, manusia semua sama. pity on uolls yg cakap gemok2 ni tk elok. haha

    0

    0
  10. akucakap says:

    hai sayang2.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    gemok mmg bole memudaratkan kesihatan tapi statement mengatakan kena kurus untuk chat tue salah…… x semestinya. ada member sy mkin kurus sbb ada kencing manis. so…. x kshlah ape saiz pn,mkanan kena control. gemok x semestinya x chat..kurus x semestinya chat.

    0

    0
  12. zdy hirddy says:

    gemok it’s awesome tp

    0

    0
  13. Jah Halim says:

    Yg pakai tudong tu tak la size XL .
    Tu dia pilih yg labuh aje.
    Tngh size badan mcm L Aje.
    Kalau yg blakang tu mmg PADAT LA.

    Posa ni teringin nk makan Pasemboh gan TEA AIS!!!!

    0

    0
  14. joyah says:

    Zulin ni masa zaman myspace slim melim…howt gile weyh…..

    0

    0
  15. Anonymous says:

    ala korg yg komen busuk hati ni bengang ke badan kurus tapi tak dpt jadi model mcm sherry and zulin? terima je la hakikat bukan semua si badan kecik mampu bergaya, bukan semua badan besar masam and tak tahu bergaya. ada je badan je kecik tp malas mandi, sama je busuk. pui.

    0

    0