Written by serenity | November 11th, 2015

Baru-baru ini pelakon Syazwan Zulkifly menyatakan hasrat untuk bersara dari dunia lakonan kerana satu peristiwa, namun tidak dapat dipastikan apa sebenarnya peristiwa tersebut. Pelakon itu juga memuat naik status di Instagram menyatakan rasa rindu pada Shenty Feliziana, pelakon dan pengacara kelahiran Singapura yang dikaitkan dengannya.

Melalui BH Online, Shenty mengakui dirinya telah dikasari seorang pelakon lelaki namun begitu sudah memaafkannya. Kejadian dikasari itu berkaitan dengan satu gambar wajah Shenty berada dalam keadaan tercedera bulan lepas yang dihantarnya kepada BH. Susulan kejadian itu, Shenty telah membuat laporan polis di Kuang, Selangor pada 27 Oktober untuk keselamatan dirinya.

Ketika kejadian dia dihantar oleh pelakon lelaki berkenaan ke tempat kerja sebelum dia ke lokasi penggambaran drama 2000KM ke Al Haram.

Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak berbincang mengenai lanjutan hubungan kami. Saya rasa perbalahan antara kami jadi agak tertekan…dan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan.

Pada hari kejadian, saya memang mengambil masa yang lama di balai polis untuk membuat laporan polis. Ketika itu saya ditemani rakan setugas. Oleh kerana memikirkan saya sendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga, saya nekad membuat laporan polis.

Shenty bagaimanapun telah menarik balik laporan polis terhadap pelakon lelaki tersebut.


 photo C72443CE22C559AE141763A77279F548_low.transformed.jpg

Keputusan menarik balik laporan polis itu kerana beberapa sebab, termasuk hal kesihatan membabitkan bapa beliau (pelakon berkenaan) yang menghidap sakit jantung.

Saya dan keluarga tidak sanggup menyusahkan keluarganya. Keluarga saya sendiri memahami apa yang dirasai keluarga mereka.

Jadi apa yang terjadi ini, biarlah Tuhan sahaja yang membalas. Saya dan keluarga sudah memaafkan perbuatannya.

Shenty mengakui merasa trauma dengan kejadian itu dan juga enggan dikaitkan lagi dengan pelakon itu:

Dengan apa yang terjadi, saya berharap tidak akan dikaitkan lagi dengan pelakon itu. Hubungan kami masih pada tahap perkenalan kerana selagi tak berjumpa keluarga dan tiada ikatan, apa sahaja boleh terjadi.

Saya datang Malaysia kerana mahu mencari rezeki dan saya tak ada langsung berniat mahu meraih simpati atau mendapatkan perhatian seperti ini.


Buat pengetahuan anda, Syazwan sememangnya ialah salah seorang pelakon utama untuk drama 2000KM ke Al Haram. Spekulasi yang tersebar di alam maya ialah, pelakon yang dimaksudkan ialah Syazwan.

Jika benar, ia sepatutnya tidak berlaku kerana seorang lelaki tidak sepatutnya naik tangan pada seorang perempuan khususnya berkait dengan hal percintaan dan perhubungan. Itu tidak gentleman namanya. Setakat ini Syazwan belum memberi kenyataan mengenai perkara ini. Kita tunggu saja perkembangan selanjutnya.

Jom saksikan bangsawan "Sumpahan Nujum Perawan" pada 13, 14, dan 15 November ini di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur mulai…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 10 November 2015

53 responses to Shenty Feliziana Sudah Maafkan Syazwan Zulkifly Kerana Memukulnya?

  1. Cik cekelat says:

    Kalau sebelum KAHWIN pun dah berani naik tangan, inikan pulak selepas KAHWIN…

    0

    0
    • minah jambu says:

      sekali naik tangan mesti ada yg kedua kali Nye sooo tk payah lah nk teruskn hubungan atau kawin ngan jantan yg prangai macm jahanam ni .. tk payah lah nk pikir dh sayang ke ape..buat ape nk pikir sayang kalau dh kawin nanti sikit sikit kena debik aje kt muka …kalau nk selamat putuskn aje hubungan..nk kawan2 aje pon jangan..kalau boleh jangan tengok muka dia lagi…macheh..

      0

      0
      • Pekerja Gomen says:

        Umangaiiii…. teruk juga kesan pukul ni…
        Gila apa pukul anak org camni??
        Ni jenis lelaki yg tak reti control baran ni.
        Elok le bersara pun klu camni..

        0

        0
        • cintaisabell says:

          sebelum nikah putus la cepat pls hokey dengar ckp aku,,aku pernah kapel 10tahun,,,tahun ke8 dah pandai naik tgn,,baki lagi 2tahun tu tahun derita aku psl sekali dah naik tangan ni akan ada ke 2 3 4 5 belas2,,,mula2 aku tak cayew tapi aku dah lalui aku tahu le,,,mmg ringan je tgn dowg nihh,,tp time tu bodow kan tgh syg punye hal,,,tahan jer,,,lagi 6 bulan nak kawen aku cancel..,,,sbb aku terfikir wut,, “AKU KENA SYG DIRI AKU DULU baru syg owg len”,,,,alhamdulillah sbb keputusan akuu,,skrg aku dah kawin dgn org lain dekat 5 tahun dah ada 2 hero….tak pnh suami aku naik tgn lg…PLS GIRL BUAT LA KEPUTUSAN HIDUP DGN TEPAT! JGN MENYESAL KEMUDIAN HARI TAK GUNA DAH…NAIK TURUN MAHKAMAH TU LECEH!

          0

          0
    • Anonymous says:

      Tengok air muka jantan tu pn tau dh jenis panas baran. Haiyshh.

      0

      0
      • Anonymous says:

        habistu kalo air muka si shenti tu baik,dia baik dan betul ke?eleh tarik report sbb xnk susahkn fmly konon sbb bpk laki skit jntung,yg ko kecoh satu dnia ni apa?mak bpak laki tu xmalu ke smua thu?ckp xguna otak.lpstu ckp dtg mlysia nk cri rezeki bkn nk raih smpati.yg ko buat ni xraih smpati?mse ko hadap kt laki ni ko xpkir pn org ckp,dh kene debik kau cite 1mlysia.taktik nk lariskan filem bulan dpn ke kak ?booo!

        0

        0
        • hoii says:

          dh diorang nie dikenali mesti la orang tau dan heboh pasal diorang…takkan nak cite pasal ko plak…Suka suki pukul orang time tu tak pikir plak mak bapak malu or tak malu…dh pukul anak orang nk suruh diam plak memang tak la…kalau ko kene debik pastu duk diam2 baru ko tau macam mana…masa mula2 berkawan bukan kita tau pun orang tu kaki pukul or tak…kalau dh kene tu baik blah jer…

          0

          0
    • fikir sebelum buat says:

      xsemstinya dia jahat akn trus jhat.manusia tu berubah.jgn la bash dia kaw2.tggu dia bg knyataan dlu.sian pulak baca komen2 korg ni bash dia.

      0

      0
  2. Lu'lu says:

    Mngkin anda ade wat ssuatu yg mamat tu marah.mngkin anda mncabar klakian dia.tp klu btul anda trik blik laporan tu atau hormat kluarga bliau,jgn lh ckp lbih2 lg.diam sudah walaupn sy x knal ko.

    0

    0
    • nyonya says:

      wat aper smpi boleh naek tangan…euuuuuu dayus pukul kaum hawa.

      Klu ak dh lamer saman spy pengajaran kaum hawa tak boleh sewenang2x nya dipijak. huh! >=

      0

      0
    • Saya says:

      Kalau btul jantan nie letak tgn kat shenti…Walaupun c shenti nie buat sesuatu ke kluar ngan jantan lain ke ape ke…. jantan nie tk de hak untuk letak tgn terhadap shenti… Sebab dia sekadar kekasih bukan suami…dan dia lelaki kenapa nk letak tgn kat perempuan..seorang lelaki tk harus letak tgn terhadap wanita…nie blum kawin lagi… Lelaki klau dh letak tgn kat perempuan abes.. Dia bole buat lagi

      0

      0
      • krios says:

        tp kalau dia kutuk mak bapak n famili si laki ni, jgn kan si laki ni, aku pun boleh naik tangan.

        0

        0
        • Bapak kau Krios says:

          Modal laki baran camgini la. Sikit2 nak kaitkan orang kutuk mak bapak. Haprak apa ko ni? Hisap gam ke meth? Tak payahlah poyo. Nak sangat belasah orang, ko bercinta ngan jantan je la. Jadi gay. Berbulu aku ngan statement laki baran murahan macam ko ni Krios. Create spekulasi konon pompuan ni kutuk mak bapak la. Laki baran ni sebenarnya dayus. Nak tutup kelemahan naik tangan. Harta takde, air liur je banyak.

          0

          0
        • xyz says:

          Krios,
          Kalau pun dia kutuk makbapak n famili lelaki tu, just dump her lah.
          Being provok bukan tiket untuk belasah anak orang, bro.
          Sok lusa adik kau terkutuk makbapak orang lepastu kena belasah camni kau okay je lah kan?

          0

          0
        • idz says:

          Eeii.. buruknya perangai. Tuhan tak suruh taat kat mak bapak sampai tahap nak pukul orang lain. Tu dah jadi taat membabi buta. Memang kita marah org kutuk mak bapak kita tapi kalau kita anak yg baik, kita tak malukan mak bapak kita pegi pukul2 org. Kesian mak bapak sayang dan didik sebaik2nya dari kecik, dah besar nak pukul2 org. Dah la ko tak tau pun apa yg berlaku.

          0

          0
        • hebat stetmen ko says:

          Aku pernah kena lempang ngan ex aku sebab aku cakap ngan dia aku nak balik kampung nak tengok mak aku yang sedang sakit. Takde pulak aku maki mak bapak dia. Dia lempang aku sebab dia cakap kononnya mak aku tipu aku, n aku lebih percayakan mak aku daripada dia. So mr. Krios ko nak cakap apa? Lain kali cakap pakai otak ye.

          0

          0
      • Aloi says:

        ….Dayus…ramai lgi pompuan deeee…

        0

        0
      • Anonymous says:

        meletop ye gossip dua ekor ni skrg.sepandai tupai melompat akhirnya membuka pekung sendiri.bagus jugak la,sekurangnya public xtrtipu dgn lakonan dua ekor ni.shenti nape nye xdedahkan habis.kau pon bukan baik sgt.dh bcinta 4 kali,tu yg org tahu la,yg xtahu byk lg.xde beza pn ko ngn syazwan ni.suda2 la dkt ig ayat blakon baik.ko ni kalo org thu siapa ko n apa ko buat msti ko balik sngapore mcm hetty serlene tu.yg syazwan pn 1 smua artis ko nk try dik,tp salah try dpt la dgn shenti drama ni.ha helokkk .padan muka dedua.sorg busuk nama.sorg muka bgkak.nk publisiti bkn cara cenggini

        0

        0
  3. annoyma says:

    Si pompuan sibuk nk jaga hati keluarga lelaki yg pukul dia tu apasal?!!….Dia tak pikir pulak maruah dia dan keluarga dia sendiri…murah sgt harga diri seorang pompuan..boleh maafkan lelaki yg belasah dia…pikir2kan lah

    0

    0
    • ain says:

      Sebab mak ayah dia didik dia dengan baik. Jadi seorang pemaaf, bukan pendendam. Dia maafkan pun bukan dia back balik ke lelaki tu. Maybe dia maafkan untuk ketenangan diri dia jugak. Satu keja plak nak naik turun court.

      0

      0
    • eh eh kelakarnya komen kauu says:

      Wow! Memaafkan orang tu dikira murah harga diri ye..aku baru tau..tak tau pula agama ajar macam tu ye..

      Elok la tu dia maafkan, yang penting dia x balik semula ngan lelaki tu..kalau dia saman berjela-jela pulak cerita. Terbuka pekung semua. Korang jugak yang akan bising sebab gosip pasal dorg x habis-habis. kelakar…….!!

      0

      0
  4. lara alana says:

    oh rupanya. hai takut letew dah pukul anak orang sampai separuh nyawa tuptup nak bersara, eh berlakon taksampai sedekad dipanggil bersara ker? kesian lg pelakon sendu ni kaki pukul pn masih ada org nk amek dia jd pelakon. hmm bye dipersilakan keluar dr dunia hiburan.

    0

    0
  5. eww says:

    rasenye baru dengar syazwan mengaku dia pemalu n tak baran..kalau dah pelakon tu mmg kuat blakon lah drama betol

    0

    0
  6. mawar xde duri says:

    manusia mati meniggalkan nama, syazwan bersara meninggalkan onar!!

    0

    0
  7. Cik mas says:

    Nasihat Cik mas
    Tinggalkan lelaki spt itu
    Walaupun dia pandai memujuk rayu
    Sekali buat… Akan buat lg
    Susah nak Buang sifat spt itu
    # sekadar nasihat, walaupun cikmas tak minat shenty ni

    0

    0
  8. KakBeb99 says:

    Amboi kau Syazwan… Dari segi luaran nmpak mcm ala2 bad boy tapi bad boy yg jenis humble, down to earth bagai la… Rupanya aku silap. Jenis suka naik tangan gak kau ni. Haihh. Lepas ni mmg ramai perempuan reject kau lah. Unless kalau perempuan tu nak tumpang glamour & tak kisah kena sepak terajang dgn kau tu aku x boleh nak kata apa dah la kann~

    0

    0
  9. nur kaseh says:

    One word; DAYUS..

    0

    0
  10. aku says:

    weiii blom kawin lg tu….kalau dah kawin..mkn kaki beb

    0

    0
  11. MyTwoCents says:

    Good Job! Tinggalkan je mamat ni! Simpati kat awak. Berhati2 lain kali ya

    0

    0
  12. Anonymous says:

    maaf cakaplah kalau lelaki senang senang nak naik tangan bagi penampar kat perempuan mmg tak bagus langsung. Baik pi cabut lari terus. Buat apa nak tunggu lelaki macam tu. Banyak lagi yang berhati baik. Harap muka handsome macho tak payah. Boleh blah jer.

    0

    0
    • kerja says:

      dulu aku penah kena lempang gak..last2 bye2 la kan,,skrg dia baru nk nyesal tapi nsb baik aku da ptus ngn lelaki tu,,allah sygkan aku,,klau x,nth laa….

      0

      0
  13. A.A.K says:

    huh!!! blum jd bini, tgn dh naik muka. bahaya btul. mmg layak la ko blakon citer juvana.

    0

    0
  14. Lelaki poyo says:

    lelaki x guna..hantu atau buaya..seksa..robek hatiku..angkat kaki
    lelaki mcm ni x guna d wat kekasih…buang karen je..dlu tunang aku panas baran..sikit2 nk mengamuk..cemburu buta…pas tu bila dh reda minta maaf smpi nangis2..tepon mlm2 buta kacau selagi x minta maaf..hri ni maaf sok wat lgi…wat lagi..last2 aku angkt kaki..sayang memg sayang…tpi sok klau nyawa aku melayang d korban dek dia..x ke naye..tu la..kata org kebahagiaan dlm perpisahan…stlh berpisah aku lgi bahagia…

    0

    0
  15. kutu says:

    tolong jangan guna perkataan DAYUS kalau tak tau makna..
    pukul perempuan tu bukan dayus tapi kejam.

    BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
    Secara mudahnya, kita dapat lihat ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:

    Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
    Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya pulang ke rumah.
    Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan auratnya terlihat.
    Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
    Membiarkan anak perempuannya berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ dan memahami.
    Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
    Membiarkan isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
    Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
    Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
    Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

    *peringatan bersama.

    0

    0
  16. Pakcik German says:

    Salam abg nara.apprciate if u can get e latest update bout ashraf muslim wife whom ll giv birth at anytime soon frm now?my wife adore her so much n wud like to noe her latest updates n pics of her final pregnancy n wads e gender. We suspected it cud b twins kos her last pics 5th mth prgnancy looks gorgeously oval.
    Love ur blogs! God bless

    0

    0
  17. melati says:

    Jantan2 yg Baran kt pompuan ni sebenar nya pengecut….Jantan camni selalu cakap beso.tapi penakut…Jantan2 camni tujuan dia sebab Mak diaorang asyik kena pukul gan Bapak diaorang sebab tu jantan2 yg pukul pompuan ni berdendam gan pompuan…masa kecik mereka ni asyik tgk Mak dia kena pukul gan Bapak mereka…penyakit keturunan…..tapi saya pernah dgr org tua kater…jantan2 yg suka pukul pompuan ni masa kecik dulu Mereka selalu mengedap Mak mereka kencing pastu citer kat kawan2…sebab tu Mereka tk hargai pompuan…org Baran ni selalu Rugi….Tgk yg dlm Penjara..kebayakan org yg Baran2 lah…pastu dlm Jail baru nak nyesal ….hahaha..

    0

    0
  18. gadis kuat says:

    xde kene mengena komen ko…bapak aku sekali pon x penah angkat tangan kt mak aku… x penah berkasar..tapi adik lelaki aku gaduh skit angkat tangan kt kiteorg..nasib baik adik pempuan aku yang sorang lagi kuat lawan..die amik batang penyapu debik sekali adik lelaki aku tuh..hahahah lain kali ko debik je syazwan tu dgn batang penyapu..baru kaum lelaki ni tau kaum hawa x boleh dibuli.

    0

    0
  19. Lelaki Pujaan says:

    Perempuan mesti mau hati2 tau…lelaki paten ni selalunya datang dlm satu pakej panas baran+ mulut puaka+takda duit dan minta duit gf/isteri+ perokok+ layan air setan+ kalu da kawen nak kawen lg+ bodoh…..sorry to say. k la baiiiii

    0

    0
  20. aku tau sebab aku pernah rasa. says:

    Lelaki yang panas baran tak payah tunggu pempuan tu maki mak bapak atau mencabar kelelakian kalau lelaki tu nak pukul walau sekecil mana pun salah perempuan tu buat dia akan pukul jugak. Lelaki penyabar walaupun perempuan tu hina atau maki dia sekalipun dia akan bersabar, kalau dah tak tahan dia akan tinggalkn perempuan tu.

    0

    0
  21. ayah anda kulup says:

    Sabda Rasulullah s.a.w:

    “Nasihatilah wanita dengan baik. Sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian terbengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Seandainya kamu meluruskannya bererti kamu mematahkannya dan seandainya kamu biarkan maka ia akan terus membengkok. Untuk itu, nasihatilah wanita dengan baik.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5186.

    Hadis ini menganjurkan para suami menasihati para isteri dengan cara yang penuh hikmah dan lemah lembut. Jangan sesekali terburu-buru menggunakan kekerasan kerana ia bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan permasalahan malah akan memburukkan lagi keadaan.

    Oleh itu, para suami haruslah bijak mencari masa paling baik untuk menasihati isterinya. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan seperti ketika kemarahan isteri masih meluap-luap, sebaik-baiknya ditangguh dahulu penjelasan ataupun menasihatinya sehingga kondisi menjadi tenang dan tenteram.
    Sekiranya wujud di dalam diri isteri sifat-sifat yang kurang disenangi maka kita handaklah mencari sifat serta tabiat isteri yang positif untuk menghiburkan diri kita dan berusaha melenyapkan perasaan benci terhadap isteri.

    0

    0
  22. Masirah dahlan says:

    Si Shenti ni mak bapak takde ke ???
    Apahal ko nak post mcm ni ?
    G la cepat cepat buat laporAn polis , carik peguam untuk tindakan saman la Jantan keparat tu.
    tu la dulu da baik baik jadi penari ko nk jadi pElakon plak pat msia ni, ah kan da kena penangan !!!

    0

    0
  23. Anonymous says:

    simple…dia pukul then say bubye..
    x yah nak lembut at sgt nk teruskan hbgn…geli ak buweekkk

    0

    0
  24. lala says:

    tinggalkan jela alang2 sblm kawen ni nt kang lps kawen mnyesal xgune..kalo skli dh buat mst akan buat lg…org pns brn mmg mulot manis sme..kalo dtg brn die mne die igt dh janji2 tu sme..

    0

    0
  25. anon says:

    Kalau seblm kawin dah pandai naik tangan, selps kawin ape yg menghalang dia drp melakukan benda yg sama. Adek aku dah berbelas thn kawin dgn lelaki panas baran. Sikit2 kene pukul sampai lebam2. Mak aku sakit jiwa tngk adek kene pukul, tapi tak berdaya nak tolong. Berkali2 dia berjanji takkan buat lagi, tapi buat jgk. Hb dia dah warn siang2, kalau adek aku tinggal dia, dia nak wat lari anak2… So, seblm ade ape2 ikatan, lari dulu jauh2. Perangai manusia ni mmg tak berubah..

    0

    0
  26. Anonymous says:

    semoga semuanya baik2.syazwan pn harap xpayah la behenti belakon.sayang bakatnya masih bole diasah lagi.mungkin hanya perlu berubah sikap dh memadai. belajar dari kesilapan utk tak ulang lagi untuk orang lain .jaga nama dan keluarga.peringatan Allah utk kita,teguran untuk Syazwan agar tak lupa diri.

    0

    0
  27. Anonymous says:

    saya tahu the real story .kenpa percaya bulat2 apa shenty cakap? xpe tuhan tak tidur.tuhan tahu siapa salah dan kenapa ini terjadi

    0

    0
  28. mama bosan says:

    oiiii mak bapak dia pun tk pnh pukul dia..ko sesedap tangan ko je memukul anak org..kalu sebelum kawen dh naik tangan..pas kawen bukan tangan je, kaki pun naik kepala..matiiilah nak oi…baik tk payah berlaki kan org cm ni..angkat kaki blahhhh aje…

    0

    0
  29. Anonymous says:

    shenty oi kau pon satu. ni bukan 1st time kau kena tibai dgn mamat ni..tp bf orang ni jugak kau kejarkan sbb kau busuk hati. kau dengki dengan org kau ingat kau ala ala guliana aneroksia ke? kau nak sangat kan syazwan ni sgt? kenapa tarik balik report? sebab syazwan sembah kaki kau ckp i love you i miss you pon dah cair ke? jgn jadik bodoh lah shenty. kau perempuan patut paham apa perempuan lain rasa bukan sibuk nak caras bf org. syazwan taknak kat kau..kau paksa2 dia kau ugut dia sayang kau. sudahnya kau kena gini. poor you shenty. get a life pls bitch..well i hate you but you dont deserve this. stand for your right. kata wartawan. dedahkan lah perangai sebenar syazwan. please shenty yang cantik pretty pleaseeee.. hehe

    0

    0
    • shenty pelakon wanita terbaik says:

      hahaha shenty pelakon terhebat 2015. cukuplah kau berlakon shenty.

      0

      0
    • Aku Jelmaan Shenty says:

      Perlu ker pukul kalo kena paksa suka sekalipun? Kalo betullah Shenty caras BF org tp Syazwan ada pilihankan untuk rejek…Alasan jer lebih!!! Nampak sgt awek2 melayu ni terdesak laki perangai mcm ni pun jadi rebutan omg……Ni belum kes mat mat rempit pun jadi pujaan awek2 Pantai Timur waooooooo

      0

      0
  30. Anonymous says:

    Ya

    0

    0