Shenty Feliziana Akui Syazwan Zulkifly Rayu Untuk Beliau Kembali Padanya

Hiburan

Shenty Feliziana Akui Syazwan Zulkifly Rayu Untuk Beliau Kembali Padanya

Berita mengenai Syazwan Zulkifly yang mengasari kekasihnya Shenty Feliziana cukup hangat diperkatakan. Ramai yang tidak setuju dengan perbuatan aktor itu yang sanggup memperlakukan teman wanitanya sehingga tahap yang sebegitu.

Susulan kejadian tersebut, Shenty dalam kenyataan terbaru beliau di Harian Metro berkata beliau sangat trauma dengan apa yang berlaku dan sehingga kini masih fobia untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.

Advertisement

Malah, Shenty mengakui Syazwan yang sudah memohon maaf kepada ibu bapa beliau di Singapura ada merayu kepada beliau untuk kembali bersama.

Syazwan sudah berjumpa ibu bapa yang datang dari Singapura dan meminta maaf atas apa yang berlaku baru-baru ini.

Saya juga sudah menarik laporan polis yang dibuat sebelum ini. Maklumlah, industri seni kita bukan besar mana pun, lambat laun kami akan berjumpa juga dalam mana-mana acara hiburan”

Justeru, ada baiknya perkara ini tidak dibiarkan berpanjangan dan kami kembali berbaik semula. Memang Syazwan ada merayu supaya saya menerimanya semula, tetapi buat masa ini hati saya belum terbuka.

Beberapa kali gagal dalam percintaan, kali ini Shenty menyerahkan soal jodoh kepada takdir dan mahu bercinta selepas kahwin sahaja.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...