Written by serenity | December 5th, 2011

Malam semalam telah berlangsung Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa 2011 yang menyaksikan 10 orang peserta negara luar berentap. Pertandingan yang turut bersiaran secara langsung di TV1 itu telah menyaksikan peserta dari Yemen, Shehabaddin Gahal Hael menyandang gelaran juara kategori lelaki, manakala peserta dari Kemboja, Sa Pily telah terpilih sebagai juara kategori perempuan.

Shehabaddin sewaktu raptai persembahan

Walapun hanya berada selama tiga bulan di bumi Malaysia namun Shehabaddin turut merangkul gelaran Persembahan Vokal Terbaik di yang membolehkan beliau menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 11,000. Paling menarik beliau yang sedang belajar di negeri Indera Kayangan ini menghafal dan memahami lirik lagu yang disampaikan dengan bantuan kawan-kawannya melalui terjemahan Bahasa melayu ke Bahasa Arab

Gigih berlatih selama 3 jam setiap hari memberi pulangan lumayan ketika memenangi pertandingan pertama kali dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia(KPKK).

Ketika ditanya apa yang akan dibuat dengan hadiah wang tunai yang dimenangi, beliau memberitahu wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan pembelajarannya. Anak ke enam dari sembilan adik beradik ini berhajat untuk merakamkan lagu Melayu melalui ciptaannya sendiri sekiranya diberi peluang oleh komposer-komposer tempatan. Oleh sebab terdapat permintaan di entri lepas, kepada yang tidak berkesempatan untuk menonton Shehabaddin semalam, saksikan di sini:-

Perkembangan terbaru, oleh kerana sambutan hangat yang diberikan bukan saja oleh warganegara luar yang mahu menyertai pertandingan dan audiens di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam semalam, malah masyarakat secara umumnya, menurut Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, pertandingan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan selamat maju jaya!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to Shehabaddin Gahal Hael Mahu Guna Hadiah Wang Tunai Untuk Biayai Pelajaran

  1. nurien sofea says:

    sape nie?

    0

    0
  2. nurien sofea says:

    sush nye nk komen skang ni….

    0

    0
  3. nurien sofea says:

    hurm…

    0

    0
  4. nurien sofea says:

    nape ni………

    0

    0
  5. ann says:

    wah…
    student UniMAP tempat sy study.
    congrats. (:

    0

    0
  6. Rinaim says:

    saya sekeluarga suka persembahan dia semalam…tahniah

    0

    0
  7. Budak Nakal says:

    nyayiannya memang memukau…

    “Adik Khairul Fahmi Che Mat Meninggal Dunia”
    http://kozumiro.blogspot.com/2011/12/adik-khairul-fahmi-che-mat-meninggal.html

    0

    0
  8. mak lamper says:

    nara..kenapa disamakan nyanyian dgn bacaan al Quran?mengucap panjangggg aku baca statement kau!!

    0

    0
  9. emmm says:

    suka sgt msa tgok rncangan ni,usaha yg ditunjukkn oleh mereka sgt bgus,pemenangnya mmg layak.. rancngn ni perlu ditruskn dan sgt mnghiburkn..

    0

    0
  10. yanyan says:

    siapa wat susunan lagu ni? masyaALLAH sedap!

    0

    0
  11. julia says:

    memang sportinglah peserta2 semua….ada yg betul2 boleh nyanyi dlm bahasa yg memang asing utk mereka, hanya sekali sekala sebutan out sikit je. ini permulaan yg bagus utk student2 atau pekerja2 asing mengenali & menghayati bahasa kebangsaan, pertandingan sebegini harus diteruskan, buatlah secara tahunan

    0

    0
  12. teqoren says:

    Tahniah kpd Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia(KPKK) krn b’jaya m’ganjurkan p’tandingan nie..Tahniah juga buat smua peserta dan jutaan tahniah kpd juara dr yaman dan kemboja..mmg best tgk diaorang nyanyi…

    0

    0
  13. haslina.. says:

    kalau x salah sy, dah ditukar indera kayangan kepada darul sunnah..perlis darul sunnah. kalo sy salah, sorry…

    0

    0
  14. Rin says:

    dia mmg layak menang

    0

    0
  15. miss naj says:

    pergh….mabruk ya akhi…soutuka gamel giddan..ra’i giddan..=)..

    0

    0
  16. lola says:

    nak fb die

    0

    0