Written by AbangNara | May 20th, 2015

Yeah!!! Sharnaaz Ahmad ini seolah-olah dapat membaca buah fikiran Abang Nara. Memang Abang Nara pun rasa kurang setuju dan kurang selesa kebelakangan ini akibat terlalu banyak drama bersiri yang diadaptasi daripada novel. Tambah menyedihkan atau melawakkan, kebanyakan novel-novel yang diadaptasi itu mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama. Tajuk pun lebih kurang. Suamiku Encik Sotonglah, Dia Isteri Luar Biasa, Hati Perempuan, Teman Lelaki Upahanlah dan macam-macam lagi.

sharnaaz ahmad

Secara jujur Abang Nara rindukan drama-drama arahan Rashid Sibir yang menyentuh jiwa dan perasaan. Fuh!!! Bila tengok memang confirm air mata jatuh. Jalan cerita pun puas hati. Tak adalah kisah kahwin paksa, suami dayus dan isteri kurang ajar. Bak kata Sharnaaz, penulis skrip kat Malaysia nie ramai hebat-hebat tapi sebab adaptasi novel ini, semua tak boleh cari makan. Kata Sharnaaz:-

Negara kita banyak penulis skrip drama yang baik. Kalau asyik angkat novel sahaja, bagaimana nasib mereka? Bukan tak boleh novel dijadikan drama bersiri sebaliknya biarlah balance. Saya pun tidak menolak selama-lamanya berlakon drama daripada novel.

Drama slot Akasia TV3 yang saya akan terlibat nanti tidak diangkat daripada novel. Saya akan berlakon di bawah arahan Raja Ahmad Alauddin dengan Global Station. Judulnya belum tahu

sharnaaz ahmad

Walaupun adaptasi drama daripada novel ini dilakukan kerana ada permintaan daripada para peminat, tapi janganlah over sangat. Rasanya slot Akasia TV3 tue dah dekat berbelas drama asyik-asyik dari novel je. Memang ada peminat setia tetapi sekali sekala cubalah ubah angin. Bagi satu drama yang jalan ceritanya menarik sikit. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber ManggaOnline.

42 responses to Sharnaaz Ahmad Tak Selesa Banyak Drama Diadaptasi Daripada Novel

  1. zara says:

    For the forst time aku setuju ngan sharnaaz ni. Kalau semuanya novel, tak boleh jugak.

    0

    0
  2. minah jambu terlajak habis says:

    pes

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      eh ingat kan minah jambu pes tadi emmm lambat setapak pulak huh !

      0

      0
  3. caca says:

    setuju sgt….

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Kan betul aku cakap. Cerita air tangan dr pengarah Rashid Sibir mmg sangat menyentuh jiwa dan perasaan. Lagi2 time malam raya tgh msk rendang tu layan drama melayu arahan Rashbir, pasal kekeluargaan,, mst mengalir air mata naaaaaaakkk ! Rindu nk tgk cite arahan Rashbir. Bile lg nk keluar cte baru ??

    0

    0
    • zamkhay says:

      salam..saya salah seorang tenaga kerja opera klasik sdn bhd..mmg kami ada buat drama telemovie dan tak pernah berwnti..dan terbaru..insyallah raya ini ada di astro pada hariraya ini..terima kasih kerana menghargai karya OPERA KLASIK SDN BHD kami.dalam mengemari karya luar,JANGAN LUPA TERUSKAN MENYOKONG KARYA TEMPATAN

      0

      0
      • Anonymous says:

        W’salam. Alhamdulillah. Dpt jugak balasan komen drpd warga kerja opera klasik. Ok kami sekeluarga tunggu drama drpd Rashbir. Follow cerita Rashbir drpd cite “kak lela” (laila isabella).
        Lagi satu tlg spi kn slm kpd Tn Pengarah Rashbir n tukang mekap yg verstile Feri Seri Karisma. Love Rashbir team !!

        0

        0
  5. anonymous says:

    Drama arahan rashid sibir pun bosan jugak..sikit2 ibu/ayah di tinggalkan anak.. Orang kampong membenci antara satu sama lain.. Orang berpenyakit Di benci .. anak di buang , ibu bapa bercerai etc etc yng lain sama jugak cinta cintun… Movie pulak gangster, rempit , gaduh etc etc.. Please buat fresh idea.. Kalau boleh islamic and positive .. yang membawa kebahagiaan contoh hidup bahagia mengikuti quran dan hadis.. yang boleh memotivated kan anak muda , orang tua, semua range umor.. macam indonesian movie “haji backpacker” , “99 cahaya di langit eropah ” and movie yang dpt juga untuk beramal quran dan worldly life.. Contoh story boleh “al fatih zaman modern”

    0

    0
    • saifulislam says:

      setuju!!.. Kalau boleh ada biografi and experience movie/drama mcm habibie dan ainun , 99 cahaya di langit eropa etc etc kalau boleh ada cerita “pak Najib” HAHAHA

      0

      0
    • ada aku kesah says:

      yup idea yang bagus sebenarnya kalau buat cite camni. honestly sy pun dah boring dgn drama2 yg diadaptasi dari novel ni walaupun sy penonton setia hati perempuan. tgk sbb support hero dia je tp jln cite dia tu takde la best sgt sbb tak minat cite bangsawan tengkumengku anak org kaya. sgt bosan sbnrnya cite camtu. tp tu la dgn cadangan2 bernas anda ni, khuatir kalau rating tak tinggi. maklum le org skrg ni suka yg cintan cintun je. cite2 motivated ni tak ramai yg nak tgk pun sedangkan cite camtu la yg membina. balik2 gangster cintan tu jgk yg org nak tgk. *peace*

      0

      0
  6. Andy says:

    cite indon asyik tukar anak, cite melayu plak asyik kawin paksa baik aku layan kdrama Kill Me Heal Me..hahaha

    0

    0
    • org singapore says:

      I pon suke tgk kdrama. luar dari jangkaan cerita2 mereka. tapi syg smue cerita endup happy ending. kasi lah drama sad ending plak.

      0

      0
      • kdrama fan says:

        ade 0ne kdrama yg sad ending ,, tajuknye East 0f Eden 55/56/57 epis0des dh lupe hekhek ,, her0nye mati :'( huhu tgk laa c0nfirm nangis :'( cdeyh cdeyh cdeyh

        0

        0
      • Anonymous says:

        Sad ending punya K drama
        1. memories in bali
        2. Stairways to Heaven
        3. Stained glass
        4. Autumn in My heart

        Semua old school punya drama…

        yang baru

        1. Punch
        2. Queen of Ambitions

        0

        0
    • yeolo says:

      yess Kil Me Heal Me is the best! Seronok tengok cerita dia sebab Jisung dapat lakunkan watak dia dengan baik! Esp masa dia jadi Ahn Yona tu. Menjadi sgt!

      0

      0
      • Ji Sung 7 personality says:

        kahkahkah….time Ji Sung bertukar jadi Yona lawak gile. ekspression muka dia dgn baju bunny kalau x silap aku. Lepas tu duk pergi kejar lelaki adik heroin.

        0

        0
  7. rita says:

    Saya pulak lebih suka drama dari sheila rusly n jinggo

    0

    0
  8. aku cantik says:

    bukan masalahnya ambil novel jadi drama. masalah utamanya, jenis atau novel yang mana yang diadaptasi. ada beribu novel yang baik di pasaran, tapi penerbit ambil ikut kehendak stesen tv. kalo guna penulis skrip pun sebelum ni, ada ke yg bagus sgt jln ceritanya, tak ada bezanya. skrip yang bosan pun bersepahan. drama yg baik bukan hanya bergntung kpd jln cerita, tetapi pelakun jgn kayu, topik atau isu yg diangkat dan juga garapan pengarah penting.

    0

    0
    • anon says:

      setuju, byk novel kat Malaysia ni tapi yang diadaptasi kebanyakannya kisah kawin paksa, bini kaki buli laki

      0

      0
      • karangan says:

        Kite nak tambah lg …. kisah anak tak sah taraf … lps tu jd pak sanggup.

        0

        0
  9. ana says:

    Setuju..kebanyakkan drama adaptasi sgt klise..drama arahan rasyid sibir kebanyakannya antara yg terbaik..begitu jugak dgn drama arahan shiela rusly n jinggo..bnyk pengajaran yg kite boleh ambil..antara drama yg terkesan kt hati spt Gitar Tua, Quran Buruk…sambil isi kuih raya dlm balang sambil berderai2 air mats tumpah..huhhhu

    0

    0
  10. mak c kina says:

    bkn soal adaptasi dri novel tu yg buat drama melayu ‘me-layu’..tp tahap pelakon tu sndr yg buat drama tu ‘xlaku’..tp btl jugak..mne pegi nye penulis skrip yg hebat masa area awl 2000…

    0

    0
  11. safiq copot says:

    astro + media prima byk merosakkan sekelumit bangsa melayu dari kecik sampai yg tua..

    0

    0
  12. Tombiruo says:

    Law adaptasi novel triller kan best.. law x pun novel fixi n legen.. memang mantap..

    0

    0
  13. minah says:

    tapi klu adaptasi dari novel Ramlee Awang Murshid aku sgtlah bersetuju…
    best woooo novel die…the best novelist thriller..lain dari yang lain

    0

    0
  14. hattap says:

    drama encik sotong yang dia berlakon tu pun bukan dari novel jugak ke?
    kritik diri sendiri jugak nampaknya.

    0

    0
    • mak c kina says:

      bkn 1 tu je drama adaptasi novel yg dia belakon…bicara hati (tgh ulang siaran) tu pun dr novel gak…cerita merapu..jauh sgt menyimpang dr novel

      0

      0
  15. Anonymous says:

    Buat cerita inspirational macam Laskar Pelangi & Sang Pemimpi tu. Banyak sangat pengajaran disebalik lakonan yang mantap & pengarahan yang baik. In terms of arts, we still have a lot to learn from our Indonesian neighbour (sinetron sampah dikecualikan)

    0

    0
  16. cakap x serupa bikin says:

    shanaz ni pok pek pok pek pasal drama diadaptasikan dari novel..tpi dia x sdr y dia pn cari makan n berlakon cite y dari novel jugak..sok2 klau d boikot x kasi berlakon cite dari diadaptasi novel baru tahu…pd aku la..aku suka arahan cite dari jinggo n suami nya faezah elai..memg terbaik la..

    0

    0
  17. aiesha says:

    setuju dengan sharnaaz, walaupon saya tak suka dengan die ni, drama novel pernah tayang yang saya minat hanya setia hujung nyawa, ssid, dan teman lelaki upahan, yang laen mengarut dan membosankan

    0

    0
  18. Anonymous says:

    aku peminat novel selama nie aku memang berharap satu hari nanti novel2 di malaysia akan diadaptasi ke layar lebar..dan harapan aku menjadi kenyataan bila lagenda budak setan diangkat menjadi sebuah filem..aku lah antara pembaca novel yg paling gembira bagaikan mimpi menjadi realiti semakin banyak novel2 yg diadaptasi meski sekadar di televisyen,aku happy. tp sayang pengarah banyak ambil jalan cerita yang hampir sama walhal banyak lagi plot cerita yang lebih menarik didalam sebuah novel misalnya hasil tulisan sharifah abu salem..paling aku suka novel RIA QISTINA DAN CINTA MARISSA penulisnya aku dah lupa..

    0

    0
  19. emma isteri separuh masa says:

    aku peminat novel selama nie aku memang berharap satu hari nanti novel2 di malaysia akan diadaptasi ke layar lebar..dan harapan aku menjadi kenyataan bila lagenda budak setan diangkat menjadi sebuah filem..aku lah antara pembaca novel yg paling gembira bagaikan mimpi menjadi realiti semakin banyak novel2 yg diadaptasi meski sekadar di televisyen,aku happy. tp sayang pengarah banyak ambil jalan cerita yang hampir sama walhal banyak lagi plot cerita yang lebih menarik didalam sebuah novel misalnya hasil tulisan sharifah abu salem..paling aku suka novel RIA QISTINA DAN CINTA MARISSA penulisnya aku dah lupa..

    0

    0
  20. Hayrin Matahir says:

    Dulu ada slot telefilem 100% adaptasi novel terkemuka tanahair di RTM melalui saluran TV1. Tajuk telefilem adaptasi novel yang saya ingat adalah “Tamu di Bukit Kenny”. Best kan..

    0

    0
  21. mojo says:

    Judulnya belum tahu lagi…hehe.judulnya tak penting,yang penting kisahnya.mesti kisah kemaruk celah kangkang.kemaruk cinta.dan makan.

    0

    0
  22. mojo says:

    sampah

    0

    0