Written by Bella | August 7th, 2015

Sebut sahaja nama Sharnaaz Ahmad pasti ramai yang akan mengatakan beliau terkenal dengan sifat panas baran dan mempunyai imej jahat selain terkenal dengan kelantangan beliau dalam menyuarakan sesuatu perkara.

Namun, menerusi satu kenyataan di BH PLUS Sharnaaz mengakui beliau mahu berubah ke arah yang lebih baik secara perlahan-lahan.

Jujur cakap apabila umur meningkat, ..orang kata meningkat di hujung angka 30-an atau ‘remaja akhir’, pemikiran kita jadi matang. Cara kita menerima keadaan dan menguruskan sesuatu itu berbeza. Ia ada peralihan normal dalam fasa hidup manusia.

Ia terjadi tanpa dikawal atau boleh dicakap itu dan ini. Saya percaya semua orang di dunia ini mahu jadi lebih baik. Sebelum ini mungkin saya tidak boleh tahan atau paksa amarah itu jadi tenang. Memang tak nafikan sebelum ini, saya jenis yang cepat panas baran. Hal ini bersangkut paut soal umur. Darah mudalah katakan.

Beberapa kali gagal dalam percintaan, ia sama sekali tidak membuatkan Sharnaaz melupakan hasrat beliau untuk mendirikan rumah tangga dan percaya jodoh untuk dirinya tetap ada. Buat Sharnaaz, apa yang penting ialah wanita yang bakal menjadi isterinya nanti mempunyai akhlak yang baik, menghormati keluarga beliau dan boleh menjaga beliau dengan baik.

Saya tak kisah siapa wanita itu. Yang penting dia baik dan menghormati keluarga saya. Dia juga boleh menjaga saya seperti ibu bapa saya menjaga saya.

Baguslah kalau abang sado kita ni nak berubah ke arah yang lebih baik dan kurangkan sifat panas baran tu. Lepas ini, tak ada lah lagi orang pandang negatif dekat Sharnaaz kan? Soal jodoh pula, kami yakin satu hari nanti akan ada wanita yang betul-betul sesuai dengan anda dan boleh menerima anda seadanya.

Orang kata, selepas kahwin mungkin juga seorang isteri boleh melembutkan hati suami. Siapa tahu daripada imej budak jahat terus jadi seorang penyayang dan romantik? Heh

Sumber Berita: BH PLUS

7 responses to Sharnaaz Ahmad Mahu Berubah : Tidak Mahu Panas Baran Lagi Dan Buang Imej Budak Jahat

  1. aini says:

    bagusla klu ada inisiatif nak berubah…cuma nnti jgn harapkn isteri je yg nk kena jaga kamu dgn baik tp kamu juga kena lah menjaga isteri dgn baik juga sbb zaman skrg bnyk suami yg x tau mnjaga kebajikan isteri.

    0

    0
  2. Make jemah says:

    Amboi … Encem merecikkkk… Isap sedap nih..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    but i just luv ur way!

    0

    0
    • Momo says:

      lelaki mcm ni selalunya mmg sediakala romantik dah.. penyayang kaw2, dia baran (cpt marah) dan over protective sbb sayang gile kat pasangan dia..baran ke tak dengan pasangan, hanya pasangannya saja yang mengerti.. hahahahhahha

      0

      0
  4. anon says:

    Hensem jugak sharnaz ni……urmm tayang bulu dada ke. Jarang lelaki melayu ade bulu dada….

    0

    0
  5. Pya says:

    Sharnaz ni sesuai sgt digndingkn dgn nellydia senrose…serasi..I like..

    0

    0
  6. Nilly-Dea says:

    What are u talking about Sharnaaz?!!! Bad boys are hotttttt!

    0

    0