Written by Bella | January 9th, 2017

Setelah lama membiarkan peminat berteka-teki, pelakon Sharnaaz Ahmad hari ini mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac ini.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu sidang media khas yang diadakan oleh Sharnaaz sebentar tadi di Clubhouse Duta Tropika.

Difahamkan, majlis pernikahan akan diadakan pada sebelah malam di kediaman pengantin perempuan secara tertutup.

Kami bakal mengadakan tiga acara berasingan iaitu akad nikah, resepsi sebelah pengantin perempuan di sebuah hotel di ibu kota pada 2 April dan majlis keluarga saya di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 16 April.

Sementara ini, majlis akad nikah akan diadakan secara tertutup, namun kami akan menyediakan jurugambar rasmi pada acara berkenaan. Bagaimanapun semuanya masih dalam perbincangan.

Sharnaaz memberitahu beliau akan menyerahkan lima dulang hantaran kepada bakal isteri, berbalas tujuh. Walaubagaimanapun, pasangan ini membuat keputusan untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Sharnaaz dan Noor Nabila sudah bercinta hampir dua tahun lamanya. Mereka mula berkenalan sekitar tahun 2015. Kemudian Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik pada Disember tahun lalu.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan yang sama cantik sama padan ini, semoga segala perancangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila untuk hari bahagia mereka akan berjalan lancar. Harapnya perkahwinan yang dibina akan kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad

20 responses to Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Bakal Berkahwin 31 Mac Ini

  1. ketam batu says:

    Aku suka penampilan kakak Neelofa. Tak ada mekap tebal-tebal macam hantu, pakaian pun simple. Ikat rambut tocang. Senanglah sharnazz

    28

    1
  2. Anonymous says:

    kakak neelofa ni umur brpa? shanaz brapa?

    1

    0
  3. Kas Kas says:

    Sebaya. 2-2 1985

    4

    0
  4. anon says:

    Kesian mamat ni dapat janda je, dahlah rupa biasa2 je….

    1

    30
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      daripada dapat anak dara bolong lebih baik kawin janda ada jugak faedah semoga bahgia shahnaz n nabila..

      46

      0
    • minami says:

      Okayla dapat janda dari dapat anak dara yg perangai macam budak budak, tak move on lagi dari sharnaaz. Poyo je pura pura main fon time sharnaaz keluar atas pentas kan.

      31

      2
    • Yekeni says:

      Ok apa. Dari dapat anak dara yg belum tentu dara, perangai masih kebudak-budakan, hasil pun takde. Baik juga dapat janda. Emosi dah stabil, lebih mature menangani situasi, hasil pun ada.

      21

      0
    • Anonymous says:

      kalau kau perempuan belum tentu kau takkan jadi janda, kalau kau laki belum tentu kau takkan kahwin dengan janda. apa teruk sgt ke janda? Rasul kita pun kahwin dengan janda. mulut tu beringat sikit bila nak kutuk orang.

      8

      0
  5. Muzaku says:

    Semoga berjalan lancar nih!!!

    8

    0
  6. Ko hsp says:

    Mamat ni kan kaki pukul pompuan, tak takut ke dpat laki panas baran dan gila? Agak bodoh jugak pompuan ni

    1

    9
  7. Fidot says:

    Baguslah kawen sbb sebelum ni pun gaya mcm dh kawen lama…semoga berbahagia. Dh kawen nti barulah bermula the real marriage life.

    4

    0
  8. Cik Puan Salmah says:

    Harap-harap lepas ni mereka berdua dah tak kena kecam lagi..

    1

    0
  9. hmmmm says:

    dulu 2 husband dia ibarat di pijak2 oleh pompuan ni.. kurang ajar kat mertua tak yah ckp la.. bagus la dpt lelaki baran & panas.. bole di control perangai dia yg mcm budak2 tu

    0

    6
  10. Anonymous says:

    Alooo..ingt nabila balik umrah pakai tudung dah..sb cantik sgt dia bertudung..apa2 pn tahniah…sharnaz jgn baran2 hokey..

    2

    0
  11. pedas says:

    nampak …
    ada keserasian…..
    bukan nak bukak crita lama…
    shila amzah memang bukan unt dia..

    2

    1
  12. kalyan says:

    pasni shila buat lagu “masih aku berharap”

    1

    2
  13. ustazah says:

    Tak bertudung??

    0

    0

Leave a Comment

Optional