Written by Bella | March 31st, 2015

Pernah di gosipkan sudah putus cinta, nampaknya Sharnaaz Ahmad dan Anis Al-Idrus masih lagi kekal bersama. Boleh dikatakan pasangan sama cantik sama padan, kedua-dua mereka kini lebih intim selepas bertemu dengan keluarga masing-masing.


Sharnaaz telah diperkenalkan kepada ibu dan bapa Anis pada awal lagi kerana bapanya Syed Zainal ingin mengetahui dengan siapakah anaknya itu berkawan kerana berada jauh di Indonesia.

Anis pula telah berjumpa dengan ahli keluarga Sharnaaz apabila beliau merencana untuk melakukan sambutan hari jadi Sharnaaz pada tahun lalu.

Keluarga saya berada di Indonesia kerana ayah saya bekerja di sana dan mereka ingin tahu dengan siapa daya berkawan agar mereka tidak bimbang saya berseorangan di sini (Malaysia).

Saya juga sudah bertemu keluarga dia tahun lalu ketika itu saya menghubungi keluarga dia untuk membuat kejutan pada sambutan hari jadi dia.

Buat Anis, sokongan Sharnaaz yang tidak putus dalam apa sahaja yang dilakukan oleh beliau membuatkan si jelita ini terpikat dengannya.

Sudah agak lama mereka bersama, ramai yang sudah bertanya bilakah pasangan ini akan mendirikan rumah tangga. Enggan berbicara lanjut soal perkahwinan, Anis bagaimanapun mengakui aktor kelahiran Pulau Pinang itu adalah lelaki paling rapat dengan beliau sekarang.

Sebagai perempuan saya tidak layak untuk komen tentang perkara berkaitan hal perkahwinan. Apa-apa pun biar dia yang beri kenyataan tentang hubungan kami. Buat masa ini apa yang saya boleh cakap,  dia adalah dia lelaki paling rapat dengan saya.

Erm apa yang ditunggu lagi, Sharnaaz pun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan ingin mempunyai keluarga kan? Sudah sesuai rasanya untuk kedua-dua mereka berkahwin.

Sumber Berita: mStar Online

 

14 responses to Sharnaaz Ahmad Dan Anis Al Idrus Sudah Berkenalan Dengan Keluarga Masing-Masing

  1. aku says:

    hurmm..cepat2 la kawen..dh kawen bole elakkan fitnah manusia..n bole la pegang sana sini tanpa dosa

    0

    0
    • Jems says:

      Betul tu! Jangan sekadar menutup kepala saja tp yg lain tidak dijaga.

      0

      0
    • minah jambu sayang nenek says:

      elehhh setakat tangan kt pingang tkde ape lah ! bukan nye si anis ni tk pakai baju yg nk di sebokn sangat huh ! zaman2 P ramlie dulu kalau dorang bergambar lagi pelok pingang pegang bahu tkde hal ponnn…ape zaman2 P ramlie dulu orang2 nye tk cukop ugama ke ??? cakap macm orang cetek pemikiran aje huh !!

      0

      0
  2. sentap says:

    kecewe tengok gambo Anis Al-Idrus yg ade tangan laen kat pinggang dia. sbb dye berhijab

    0

    0
  3. jambusangat says:

    Lu org artis2 perempuan kalau nak jadi kekasih si brother sharnaaz lu org kene hati keras.xpayah sikit2 nak merajuk sikit2 nak amik hati.brother ni hati keras bukan jenis nk pujuk2..TAPI dia seorg pencinta yg setia..dia bukan laa playboy.kene tahan telinga je laa ngan mulut dia tapi hati dia baik..yg pompuan2 sebelum ni semua jenis cembeng..sikit2 sentap..memang kene sentap laa ngan brother ni..hahaha padan muke..hargailaa die wahai Anis…..

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku setuju. mamat tu mmg jenis cakap direct jer.
      pastu yg dengki kat dia pon ramai. as awek..ko kena byk sabar anis.. tp dia mmg pencinta setia tu btol.cinta mati tu !hihihihi!

      0

      0
  4. kakak cantik rupanya maknyah says:

    Tgn org lain hapenye..tgn shahnaz je pon..bsangka baik jer

    0

    0
  5. Leeya says:

    kalau ada jodoh, tak kemana… Amin

    0

    0
  6. shila says:

    geli aku tgk gamba last tu..apsal mcm bulu ketiak tebal tampal dkt muka je heh

    0

    0
  7. Anonymous says:

    dulu kuar statement konon x pernah bercinta…kwn jer…pdhal berkepit sana sini..mase tu kontroversi yg shahnaz wish congrats kat shila amzah…ape2 la nyah!!

    0

    0
  8. Anonymous says:

    xtahulh kot ada yg sependapat dgn aku..
    aku rs shahnaz ni tetap jgk lbh sesuai ngn shila amzah..
    ms dgn shila blh npk sinar bahagia di mata dia.
    Anis ni npk lbh berusia..shila lbh manja n sesuai dgn shahnaz.

    0

    0
    • Cikgu Best says:

      Anis ni cantik dan ayu sebenarnya. Tengok depan2 baru nampak muda. Dia baru 27 tahun kalau Cikgu tak silap.

      Cakap pun sopan santun. Memang calon isteri

      0

      0
    • MONAH says:

      Aku pun rasa apa yang ko rasa……

      0

      0
  9. mojo says:

    Cantik berhijab…tapi ada tangan kat pinggang.Oh..hijab style artis kemaruk Malaysia.

    0

    0