Written by Bella | June 20th, 2016

Pelakon Sharifah Sakinah tidak pernah lekang dengan kontroversi dan sering menjadi mangsa kritikan dan cacian netizen. Pasti apa sahaja yang dilakukan oleh Sakinah akan mengundang komen negatif.

Walaubagaimanapun, Sakinah beliau sedikit pun tidak merasa gusar terhadap komen haters. Apa yang penting beliau tidak mahu bersikap hipokrit dan ingin menjadi dirinya sendiri.

Sakinah kini mahu memberikan fokus kepada rumah tangga serta kerjayanya serta melakukan aktiviti kecergasan.

Saya sudah malas melayan mereka yang suka benar bercerita keburukan orang lain. Saya tahu apa yang saya buat dan siapa mereka nak menilai saya. Cukup-cukuplah, lebih baik saya fokus dengan rumah tangga, kerjaya dan aktiviti kecergasan menerusi syarikat saya, Fitness Sakinah.

Selepas Aidilfitri nanti ramailah yang mencari saya untuk mendapatkan tip menguruskan badan serta membantu mereka bersenam dengan betul untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.

Berbicara mengenai episod keguguran beliau sebelum ini, Sakinah tidak nafikan beliau sedih apatah lagi beliau sudah menyimpan harapan tinggi untuk bergelar ibu.

Namun, beliau tidak patah semangat dan berusaha agar dikurniakan cahaya mata dengan segera.

Memang sedih kerana saya sangat berharap menjadi ibu dan sudah bersedia untuk menimang cahaya mata. Apabila saya mengalami pendarahan, tiba-tiba saya rasa kurang pasti sama ada benar-benar hamil atau hanya lewat datang bulan.

Mungkin kerana perasaan saya sangat sedih membuatkan fikiran saya bercelaru. Bagaimanapun, saya berharap akan segera dikurniakan cahaya mata.

Kadang-kadang tidak tahu apa sebenarnya netizen ingin daripada seseorang artis, hipokrit pun salah jadi diri sendiri pun salah. Emm..Kalau dilayan sangat kritikan orang memang ia akan memberi impak besar dalam kehidupan kita, jadi janganlah terlalu memikirkan pandangan orang lain terhadap diri anda. Apa yang penting anda sendiri kena rasa “happy”.

Sumber Berita : Harian Metro

16 responses to Sharifah Sakinah Ingin Jadi Diri Sendiri : Malas Layan Kritikan Haters

  1. aku says:

    harap admin post la gmbr sakinah yg berpakaian sedikit sopan…

    0

    0
    • roke says:

      masalahnya sakinah ni ada ke pakai sopan ?

      0

      0
    • Yg Benar says:

      Mslahnya yg netizen nak bising2, komen2 nasihat tak bertauliah, maki hamun, dan lain2… Ada guna ke?
      Korg je yg over2 nak rasa upset n nasihat bagai, kau ingat retis2 mcm sakinah ni nak pedulik? Mmg tak lah hahahah.
      Artis tetap org biasa/normal, ada buat salah mcm org biasa, bezanya diorg popular so apa2 saja yg dilakukan akan diperhati. Lantak kan je la yg netizen sibuk nak jadi haters sgt buat apa.
      Cth nabila huda pakai sexy, org komen mcm2 ada dia pedulik? Skrg je dah ok sikit. Cth lagi Ramona zamzam, budak2 sekolah sound dia “eh kak ramona hisap shisha ke? Harammm”. Pdhal dia siap lepak shisha dgn mak mentua dia lagi. Do they even care?
      Samalah dgn artis2 yg hisap rokok (tiz zaqyah, fathia latif, sazzy falak cth nya) artis yg suka pegi clubbing (izara aishah, diana danielle, fasha sandha, kilafairy) dan mcm2 lagi. Takyah la sibuk sgt.. Pray for them dlm diam hoping that Allah will guide them some day itu sudah memadai..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Kosewww aku nk ‘pray for retis hope Allah will guide them’. Baik aku pray mintak doa utk keluarga, sanak saudara dan rakan taulan aku.

        0

        0
        • Nina says:

          Kita pray utk saudara se islam kita.. nak pray utk saudra islam berkira tapi klu nak memberbel pasai tepi kain org tak pulak kisah.. Bukanm awak lah..

          0

          0
        • Nina says:

          Kita pray utk saudara se islam kita.. nak pray utk saudra islam berkira tapi klu nak memberbel pasai tei kain org tak pulak kisah.. Bukanm awak lah..

          0

          0
    • X says:

      Xsopan macam cirit aku je dia nie.

      0

      0
  2. nok gebuzzz says:

    aku rase sakinah ni x hipokrit,walaupon perangai gila2 janji suami dgn mertua dia phm sudah…

    0

    0
  3. aakulahh says:

    btol.. jadilah diri sendiri yg berpakaian cm ahli neraka… pastu tarik la. skali suami the adik beradik lelaki, suami dn org sekeliling yg dok puji2 tutu.. jgn ingat semua org umur panjang n sempat tuabat wahai sakinah oi… jgn dok sombong ngan tuhan

    0

    0
    • Anti Akulah says:

      Ya Allah. Org mcm kau ni lah yg membuatkan org banyak dosa taknak berubah. Mulut kau ya rabbi.. Tak phm aku manusia mcm ni

      0

      0
  4. hahah says:

    Betul la jadi diri sendiri. Tapi sebelum tu kene la kenal siapa diri sendiri tu dulu.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Nama pun haters takkan nak komen cam likers pulak???

    0

    0
  6. melati says:

    ko nk jadi aper pun , suka ati ko lew.!! persoalan nya Muka dh mcm itik pulang petang ,…badan plak macam cicak tercabut ekor..!!! ko berpakaian gini bukan nya Seksi tapi seksa org Tgk…eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee geli lew plak tang ketiak yg ader karat skit tu…..huhuhuhuhu

    0

    0
  7. bodopiang says:

    tahukah anda..??? bila artis berpkaian seksi atau kantoi berpoya2 kat kelab malam.. sama je ayat yang dioang guna .. jadi diri sendiri .. xmo hipokrit …
    kah kah kah ..
    habis tu Tuhan letak mana..???

    0

    0