Written by AbangNara | May 23rd, 2014

Aduh. Sedihnya hati Abang Nara membaca luahan hati Sharifah Aini yang dikongsi olehnya di laman Facebook beliau. Untuk makluman, Sharifah Aini atau lebih dikenali dengan nama Kak Pah kini menghidap penyakit H1N1 Influanza dan Pneumonia (radang paru-paru). Akibatnya, Kak Pah terpaksa tinggal di hospital selama 28 hari dan ditempatkan dalam bilik yang diasingkan daripada pesakit-pesakit lain.

kak pah

Membaca kata-kata Kak Pah, beliau tampak redha sekiranya sudah sampai masa untuk dijemput menghadapNya. Semoga Kak Pah dipanjangkan umur dan lekas sembuh daripada penyakit ini. Tulis Kak Pah:-

Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA…Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah…dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan.

Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah…saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA…saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!

Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada…gunakanlah FB ini kearah kebaikkan…untuk menjaga Silaturrahim…untuk saling menasihati…bukan untuk mengumpat…menabur fitnah…dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.

Begitu pantas masa berlalu…45 tahun saya bergelar anak seni…….terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman…pahit dan manis…begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya… namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni.

Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE!

Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.

Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.

Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini.

kak pah

Sedih kan? Marilah kita sama-sama panjatkan doa agar Sharifah Aini diberi kekuatan, kesihatan dan dipanjangkan umur untuk terus hidup di muka bumi Allah ini. Masih terlalu awal untuk kita kehilangan seorang penyanyi lagenda seperti beliau. Teruskan menerima rawatan, teruskan makan ubat dan terus cekalkan hati untuk hidup. Insya Allah segalanya akan pulih seperti sediakala.

P.S: Cara menyediakan kerepek tempe yang sedap

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

47 responses to Sharifah Aini Dijangkiti Penyakit H1N1, Redha Dijemput OlehNya

  1. Mentari says:

    Ya Allah.. Sembuhkanlah segala penyakit dalam tubuh badan kami. Ampunkanlah segala dosa2 kami. Berilah kesihatan kepada hamba-hambaMU yang kerdil ini Ya Allah…. Amien Ya Rabbal ‘Aalamien….

    0

    0
    • bunga hati says:

      Sedih & sebak membaca kalam warkah drpd lejen kak pah kitee ni,rendah hatinya… kami doakan semoga cepat sembuh & sentiasa dlm limpahan rahmat2Nya,
      Tabah,cekal & teruskanlah kesabaran d hati dgn dugaanNya ini.
      Aamiin ya Allah.

      0

      0
      • miss ynwa says:

        aku tak paham ler ngape pengkomen yang doa kan dia kat sini dpt dislike seguni. heran. just nak ckp orang2 yang mendoakan kak pah ni : “FAITH IN HUMANITY IS RESTORED!!! “

        0

        0
        • kyle billy says:

          ape kata kakpah call balik la manusia2 yunk kakpah penah sakit an ati dowg niii berbulu mata aq baca komen2 owg yunk takde otak ni , perangai mengalahkan iblis, seriously iblis pon menangis dow lau tahu nii.

          0

          0
    • Olga says:

      APASAL BANYAK DISLIKE YE PELIK BTOL ?????????KAK PAH BANYAK HATERS KE??????????

      0

      0
    • Olga says:

      AL FATIHAH UNTUK KAK PAH (AGAK2 DAPAT 100 LIKE TAK)

      0

      0
  2. Jadoo says:

    semoga cepat sembuh..amin..

    0

    0
  3. sentap says:

    Ya Allah sedehnyer. semoga Mak Cik Pah sabar menghadapi ujian dr Allah. tu bahagian mak cik dan kite sume xtw bahagian kte mcm mane. semoga cpt sembuh dan dekatkan diri dgn Allah, dan sentiase bzikir, bertahmid dan sebagainya.

    0

    0
  4. Mengharap says:

    semoga kita semua berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH.. Ameen…..

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    semoga ummie syarifah cepat sembuh dan lindungi la kami semua dari segala penyakit…..Amin….

    0

    0
  6. sedia says:

    Amin.

    0

    0
  7. anon says:

    Harap kak pah cepat sembuh. Anak dia Aliff tinggi & besar, huh sape kacau mak dia siap nanti kene penangan dr nya. Takyah hire bodyguard dah…

    0

    0
  8. Aloo kak pah

    mintak doa sihat la kak pah
    jangan la dalam hati tu dah macam mintak nak pegi

    you become what you think kak pah

    semoga cepat sihat ya

    tahniah sebab ada anak soleh si aliff

    tak sure kak pah ni dah ada menantu ke belum

    kak pah panjang umur inshaAllah :)

    0

    0
  9. mangsa fitnah says:

    Bila nak mai minta maaf ngan sy sebab fitnah sy last year? Sy hidup lg nih

    0

    0
  10. mangsa fitnah says:

    Bila nak mai minta maaf ngan sy? Last year anda telah menfitnah sy utk menagih publisiti. Ingat lg kan?

    0

    0
    • Anonymous says:

      klu ko rase ko ikhlas, maafkan jelah die, itu lebih mulia…jgnlah mengharapkan die meminta maap..itu macam berdendam..

      0

      0
      • mangsa fitnah says:

        Sy takkan maafkan selagi dia xdtg cari sy sendiri n mtk maaf. Itu hak sy. Dendam x dendam bukan alasan. Sy akan tuntut balasan sampai akhirat.

        0

        0
        • miss ynwa says:

          woi @mangsa fitnah …ko ni bodoh ek..jadi ko la yang gigih dislike setiap komen org yg doakan kesejahteraan kakpah….hati busuk mmg layak kene fitnah pun! org tgh sakit2 ko bole statement cam bagoz..sakit hati aku baca, ade lg spesis camni hidup ..hai dunia2

          0

          0
        • akuislam says:

          As salam.sedangkan Nabi ampunkan umat ini kan pula kita manusia biasa. De satu kisah,Nabi Muhammad S.A.W telah memaafkan isteri Abu Jahal iaitu Hindun bin Utbah kerana telah makan hati bapa saudara Baginda namun Baginda tidak mahu sesekali berjumpa dengan Hindun kerana takut perasaan dendam timbul semula dan tidak mahu mengenang kembali peristiwa tersebut.Jadi maafkan la dia…

          0

          0
  11. Sharifah Anabella says:

    Semoga Datuk cepat sembuh dan semoga Allah SWT
    mempermudahkan urusan beliau.

    Ameen…..

    Mangsa Fitnah

    Pelik sungguh minah/ mamat ni mempunyai perasaan
    Dendam yg dalam pd seseorg. Kesian.

    0

    0
  12. jeruk madu says:

    Doa sy..smga allah pnjgkn umur akk..smga akk cpt sembuh dri pnykit…amin..we love u too…

    0

    0
  13. Melati says:

    Memang lah dia redha nak mati cepat….hidup pun berpuluh tahun Janda..tidur sorang2 patut lah dia minta mati cepat2….Mak Cik Pah …kehidupan ini ader indah bagi org yg tahu menghargai kehidupan, kecuali ko dah boring hidup berpuluh tahun tidur sorang2 ko ingat ko mati boleh trus masuk syurga? tu yg duk gaduh gan Siti tu??? fitnah sana fitnah sini aper citer?

    0

    0
    • melati2 says:

      ala mcm le siti tu baik sgt …dia pun perampas suami org

      0

      0
      • tok ti vs kak pah says:

        siti ader bekap besar kak ipar dia mn ada org kutuk dia ms rampas laki org

        0

        0
    • zvirgo says:

      kurang ajar punya melati….buta akal buta perut.specis syaitan manalah hang ni… bodoh sebodohnya buat komen macam ni ….sentuh soal hidup, mati , syurga,… hang sapa yang nak cakap macam tu? orang macam hang mau dok cili je mulut tu.. celaka punya melati

      0

      0
  14. confused says:

    Pelik. Yang mendoakan kesihatan kak pah, semuanya low rating. Yg mengutuk, semuanya high rating. Kalau la dia dah buat dosa kat kita, buat apa yg kita pun nak join tambah dosa kita kutuk dia pulak. Itu kalau dia berdosa kat kita. Ni yg jumpa pun tak pernah, lagi nak mengutuk dia belakang. Mampu nak minta maaf andai kata dia pergi dulu? Sampai ke sudah tanggung dosa nanti. Ce insaf sikit.

    0

    0
    • miss ynwa says:

      @confused , sat lagi komen ko pon dpt dislike seguni, sama lah dgn aku…heran aku manusia hati busuk mcm ni…mst ko pon heran kan? mmg heran pon, kalau depan mata aku mmg aku lenyek dgn lori sampah org mcm ni

      0

      0
      • confused says:

        @miss ynwa, betui. takde la, mmg la tak dinafikan la byk cerita2 negatif kak pah ni. tapi yg baiknya pun ada. sape tahu dia dah insaf, bertaubat atas salah dia dulu. yg kita nk judge kenapanya pun. kang tak memasal, kita pulak tanggung dosa dia tak ke jenuh.

        0

        0
  15. sanggup says:

    serious. ramai yang sanggup tekan dislike untuk doa yang baik. hairan. manusia zaman sekarang.

    0

    0
    • mangsa fitnah says:

      Ambil pengajaran dari semua ni… Selama hayat kita jgn terlampau ujub dan bangga diri sbb ramai pengikut… Selama hidup sihat jgn fitnah sana sini utk kepentingan sendiri… Google je dah berapa ramai manusia yg kak pah fitnah selama diberikan kehidupan yg senang dan kesihatan yg baik… Saman menyaman xpyh citerla sampai darah daginh sendiri pun sanggup… Kenapa terlalu mendambakan perhatian manusia? Sedangkan perhatian Allah yg perlu kita semua tagihkan.

      0

      0
      • miss ynwa says:

        kesian, gigih like komen sendiri ye kak?

        0

        0
        • mangsa fitnah says:

          Takde masa sy nak like or dislike. Allah melihat sy… ALLAH saksi sy… Sy disini cum mahu mengingatkan kak pah. Sy sendiri xheran la ngan like or dislike tu… Its simple… Dtg cari sy n minta maaf, kalo x sendiri mau ingat la balasannya

          0

          0
        • blur says:

          sorry, en mangsa fitnah, sy tak tau apa yg kak pah dah fitnah awak. boleh bg pncerahan tak. serius blur

          0

          0
  16. mangsa fitnah says:

    Maaflah ye ustaz ustazah bn, sy cum nak dia cari sy n minta maaf ngan sy je. Last year dia jaja pic peribadi sy kat official page dia dgn pelbagai fitnah n story yg xmasuk akal. Sampai kata sy mati eksiden walhal sy masih hidup sihat walafiat. Bila ditanya bukti, langsung xleh bg. Kalo ye pun msh mengharap publisiti, jgn naya org lain yg takde kaitan dgn anda. Sementara kak pah hidup lg, carilah sy n minta maaf, itu je… Pastu minta maaf kat fans kak pah sendiri sbb dah seret dorang sekali mengeji dan menghina sy tanpa siasat dgn kata kesat dan lucah. Blom citer ada yg ugut sy. Kalau betul tuduhan yg kak pah post kat page official tu, sila tunjuk buktinya. Buktikan yg sy ‘menulis’ ttg kak pah sedangkan sy bukan penulis bukan wartawan. Moral of story, siasat sblm percaya apa yg idola korang post! Sy masih hidup n tak pernah mati eksiden, sekian…

    0

    0
    • saya kenal awak says:

      MAZ DEA LOVA.. MAZ DEA LOVA
      KAMU SGT PATHETIC!
      Saya doakan anak kembar awak tak ikut perangai mcm awak!

      0

      0
  17. mangsa fitnah says:

    Mungkin penyakit kak pah tu kifarah n balasan tuhan. Kenapa pula nak dihairankan orh dislike? Kalau beliau seorg yg baik pasti ramai yg syg n mendoakan. ALLAH bersama org yg benar.

    Sy takkan maafkan kak pah selagi kak pah xcari n minta maaf pd sy. Maaflah, itu hak sy. Dendam xdendam itu bukan alasan. Dia harus dtg minta maaf pd sy. Maaf sy sgt berharga utk org spt dia.

    0

    0
    • kesian betol says:

      hai mangsa fitnah yang kurg cerdik, .. ,penyakit dia tu bukan balasan tapi sebuah UJIAN dari Allah buat hamba yang dikehendakiNYA, , .. seandainya dia dijemput Ilahi, , . dia pergi dlm keadaan khusnul khotimah, . dimana manusia yg mati dlm penyakit dianggap syahid. . sucikan hati saudara/ri dari sifat dendam. ,, MAAFKAN dia, .. kerana kemaafan itu dibalas dgn pahala yg tinggi di-SISINYA. INSAFLAH.

      0

      0
      • tak anynomus sgt says:

        Memang! Org yg menfitnah mmg cerdik, yg menyokong lg la cerdik bingai. Xpyh la nak salahkan org yg dia dah ainaya, suh je la idola korang g mintak mahap kat org2 yg dia dah buat salah sblm dijemput sakaratul maut! Masa nak buat fitnah kat org, tak pk mati, tak pk balasan tuhan, now baru nak pk ker? Harap sempat la ko nak mintak mahap kat org2 yg ko dah ainaya selama ko hidup ni. Xdenya nak khusul khotimah kalo byk buat dosa kat org, fitnah org n selagi org2 tu tak ampun, memang tak laaaaa

        0

        0
  18. tak anynomus sgt says:

    Nak mati, mati jelah!

    Hidup lama2 pun xdo pekdah pon, fitnah sana sini, saman sana sini, takleh tego kritik lngsung! Tu da boleh sakit tu xmo saman tuhan ker?

    0

    0
  19. menyamPAH pulak aku says:

    So, bila agaknya kau nak mampos
    Hidup pon buat semak dunia jek
    Fitnah sana fitnah sini dosa berkondi2
    Dah tua baru ingat nak mampos
    Tak reti nak mintak maaf kat org
    Nak mampos pon still nak ego
    Eh pegi mampos la
    Cakap banyak tak guna
    Siapa yg kau anaya selama kau hidup
    Baik kau pegi minta maaf
    Atau kau nak merangkak cari kat padang mahsyar nanti?
    Tak payah la nak tundinh sana sini sedangkan kau tau apa kau dah anaya org selama kau hidup kat dunia ni
    Hidup xselamanya berada di atas
    Sampai masa ke tanah jua

    0

    0
  20. Salam semua,
    kepada yang marah dgn kak pah terpulang.kerna hak masing2.
    yang penting niat ikhlas.Jika cakap dimaafkan tp hati tak ikhlas tiada guna .
    Kita yang tak ada kena mengena doakan kesejahteraan semoga kak pah cepat sembuh.
    Kuasa allah jika ajalnya da sampai.kita tak ada hak untuk suruh dye pergi.
    Segalanye ketentuan Tuhan …Kita sebagai umat islam harus berserah dan doakan yang terbaek.
    Jika ajalnye dah sampai,al-fatihah untuk kak Syarifah Aini.
    Semoga Rohnye d cucuri Rahmat dan ditempatkan dengan orang2 beriman
    Amin

    Ingat “Setiap manusia melakukan kesilapan,kita tak da hak nak hukum sesiapa “

    0

    0
  21. […] Sharifah Aini Dijangkiti Penyakit H1N1, Redha Dijemput OlehNya (42) […]

    0

    0
  22. […] Sharifah Aini Dijangkiti Penyakit H1N1, Redha Dijemput OlehNya (43) […]

    0

    0
  23. […] Sharifah Aini Dijangkiti Penyakit H1N1, Redha Dijemput OlehNya (44) […]

    0

    0
  24. sentap says:

    mangsa fitnah

    astgahfirullahalazim.. kenape dgn kamu mangsa fitnah? puas hati kamu kak pah dah meninggal?? kamu ckp mcm bukan Islam.. kamu bukan maksum. kamu pon buat dose. arwah dah meninggal di bulan ramadan.. kamu ape yg ade? hati busuk. kamu pon taw hanya terpilih yg dpt meninggal pd bulan ramadan

    0

    0
  25. […] Sharifah Aini Dijangkiti Penyakit H1N1, Redha Dijemput OlehNya (46) […]

    0

    0