Shantou & Sekitarnya, Mutiara Tersembunyi Di China Yang Wajib Anda Terokai

Hiburan

Shantou & Sekitarnya, Mutiara Tersembunyi Di China Yang Wajib Anda Terokai

Shanghai, Guangzhao dan Beijing adalah antara bandar-bandar yang terpancul di minda apabila berbicara tentang melancong ke China. Namun ada sebuah bandar yang merupakan sebuah mutiara tersembunyi di negara tersebut. Bandar tersebut tidak lain tidak bukan ialah Shantou yang terletak di daerah Guangdong.
shantouShantou adalah sebuah bandar pelabuhan yang merupakan perkampungan nelayan ketika zaman dinasti Song. Kini Shantou menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan gunung-ganangnya, pantainya yang bersih dan juga pulau-pulaunya yang cukup unik. Antara tempat-tempat yang wajib dilawati di Shantou ialah:-

1.Pantai Nan’ao
shantouJangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan matahari terbenam di pantai Nan’ao. Anda juga boleh berjalan-jalan menikmati desiran ombak di atas jambatan Nan’ao yang telah pun siap dibina. Malah ada juga taman negara untuk anda yang mahu melihat kehijauan alam semula jadi.

Advertisement

2. Hakka Tulou di Yong Ding

shantou

Kira-kira 4 jam pemanduan dari Shantou, anda akan bertemu dengan daerah Yong Ding yang terkenal dengan “tulou” atau bangunan bumi. Salah satu “tulou” yang popular ialah Hakka Tulou. Ia telah dibina ketika Dinasti Ming. Untuk makluman, ada pelbagai jenis “tulou” di Yong Ding dan kesemuanya mempunyai rekaan yang amat unik.

shantou

3. Meizhou

Sekiranya anda memandu selama 2 jam dari Shantou, anda akan tiba di bandar Meizhou. Bandar ini tekenal dengan rumah-rumah unik yang diberi nama Hakka Walled Village.
shantou

Selain itu, anda juga boleh menikmati pemandangan sawah padi teres yang amat popular di Meizhou. Memang sesuai untuk menenangkan diri dengan pemandangan hijau. Tenang dan aman.

shantou

Selain itu di Meizhou terdapat juga tempat-tempat tarikan pelancong yang harus dikunjungi seperti Yearning Tea Plantation Tourist Attraction, Yanming Lake Holiday Resort, Changtang Scenic Spot, dan juga Qianjiang Hotspring Resort. Memang berbaloi pemanduan dari Shantou ke Meizhou sebab banyak tempat-tempat best di bandar ini.

4. Xiamen

Sekiranya anda terlebih rajin, boleh juga menjejakkan kaki ke bandar Xiamen yang hanya mengambil masa 3 jam perjalanan dari Shantou. Pemandangan bandar Xiamen di waktu siang dan malam amat memukau. Jangan lepaskan peluang untuk berjalan-jalan di Tasik Yundang pada waktu petang sambil menikmati kelipan lampu di sekeliling bangunan. Memang memukau.

shantou

Selain itu anda juga boleh menaiki feri dari Xiamen selama 15 minit untuk ke Pulau Gulangyu. Di pulau ini tiada kenderaan dibenarkan masuk. Free of vehicle, jadi memang selamat dan seronok bawak anak-anak berjalan di sini. Di sini juga banyak seafood seperti ikan dan ketam yang segar untuk dinikmati.

shantou

Banyak lagi sebenarnya tarikan di bandar Shantou dan kawasan sekitarnya ini. Namun bak kata pepatah, kalau nak tahu, kenalah pergi sendiri. Sekarang ini, AirAsia sedang mengadakan promosi tiket penerbangan ke Shantou pada harga RM179 sahaja (harga all in). Memang berbaloi-baloi. Untuk makluman, AirAsia terbang setiap hari ke Shantou. Promosi ini hanya sah untuk  penerbangan bermula sekarang sehingga 31 Mac 2018. Paling penting, hari terakhir buat penempahan ialah 1 Oktober ini. Jadi kenalah mula merancang percutian anda bermula sekarang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meneroka Shantou dan kawasan sekitarnya.
shantouMaklumat lanjut sila layari www.airasia.com. Selamat terbang ke Shantou.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...