Written by AbangNara | July 30th, 2013

Fuh ~~ Memang gentleman sungguh Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin ini. Sebelum ini Abang Nara pernah menulis artikel mengenai hubungan teman tapi mesranya dengan Adira, hari ini menerusi Berita Harian, Shahrul mengakui tidak akan menolak sekiranya memang sudah tertulis jodohnya adalah Adira.

adira dan shahrul

Kalau Abang Nara jadi Shahrul pun, buat apa nak tolak gadis secantik Adira kan? Kata Shahrul:-

 

Saya tidak menolak jika ditakdirkan antara kami memang ada jodoh. Jadi, doakanlah yang baik-baik. Jika hubungan ini melangkah ke peringkat seterusnya, saya bersyukur. Kami dalam proses mengenali antara satu sama lain. Buat masa ini, Adira saja kawan perempuan yang dekat dengan saya. Malah, Adira juga mengenali keluarga saya dan rapat dengan mereka. Sebelum ini, dia berkawan baik dengan adik saya

adira

Kalau dah sampai tahap kenal keluarga, nampaknya hubungan mereka ini sudah lebih maju daripada apa yang Abang Nara sangkakan. Baguslah begitu. Apabila ditanya sama ada status selebriti Adira bakal menimbulkan masalah dalam perhubungan mereka, Shahrul menjawab:-

Nyanyian juga ialah satu pekerjaan. Dan, tidak salah sekiranya saya sebagai orang biasa berkawan rapat dengan selebriti. Pemikiran (negatif) yang kita lihat sekarang perlu ditangkis, di mana selebriti tidak boleh berkawan dengan orang seperti saya.

Kita juga tidak harus mempunyai anggapan semua selebriti bermasalah. Selama saya mengenali Adira, saya dapati dia seorang yang tidak suka keluar malam dan tidak gemar bersosial.

Dia memang berbeza daripada yang lain. Semua itu kita dapat nilai dan lihat apabila kita berkawan rapat dengannya. Kita tidak boleh melihat dari luaran ataupun mendengar mulut orang saja.

Kalau hati sudah suka, semua benda akan nampak sempurna di mata sendiri kan? Namun yang pasti, Shahrul lebih mengenali Adira dan pastinya tahu sama ada Adira sesuai dengan dirinya atau tidak. Semoga kali ini, Adira akan benar-benar bertemu lelaki pilihannya setelah gagal beberapa kali sebelum ini. Sama-samalah kita doakan.

P.S: 10 kereta sport yang menjimatkan minyak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 responses to Shahrul Tidak Menolak Jika Jodohnya Dengan Adira

  1. jemah says:

    elok sgt la..hangpa berdua bukan mkin muda..segerakan urusan yg baik dpt pahala naa..Allah lg syg :)

    0

    0
    • miss ynwa says:

      “Kita juga tidak harus mempunyai anggapan semua selebriti bermasalah.”

      apa tak masalah pulak….adira bermasalah tak nampak ka?? masalah kulit… terlebih telan pil putih..hohohohho

      0

      0
      • Bibik Bendi says:

        Shahrul yg ensem ,jgn risau . Kalau Adira reject you , I ada .. I pon baru telan 10 kotak Butskin Esin .

        0

        0
        • key Pop says:

          aku rasa c adira ni putih asli kot..

          kalau kata makan beutskin tu, ni budak² opis aku ni baper org makan beutskin.da baper lama makan..tak putih² jugak..gituuuuuuu je…. haha

          0

          0
        • Anonymous says:

          Buduh hahahaha

          0

          0
      • Lols says:

        komen org yg dengki dgn org berkulit putih asli… ko gi sabah la, kat sana berlambak jer kulit cam adira tu, takder yg nak heran

        0

        0
    • kak timah says:

      OK LAH TU SAMA CANTIK SAMA PADAN

      0

      0
  2. trollolooll says:

    ayat permulaan… x lama lagi lettew… semoga berbahagia…

    0

    0
  3. jemah says:

    bagus sgt..hangpa berdua bukan mkin muda..segerakan urusan yg baik, Allah mkin syg naa :) doa yg baik2 sj utk mreka..

    0

    0
  4. aku juga kacak says:

    tahniah dapat pasangan yg sepadan.

    0

    0
  5. anak pAk Din says:

    ensem nyerrrr….

    0

    0
  6. gombau says:

    asal kocik bonar dak dira ni?? dh cam adik bongsu kau pulak..

    0

    0
  7. jemah moden says:

    aku nengok muka adira cam hantu jepun je yg gambar pakai baju warna biru..takot aku nengoknyee..putih sgt..apa rahsianyee..ekekeke

    0

    0
  8. gulahati says:

    wah bestnya dapat lelaki gentleman macam ni.. jagalah adira tu nanti pengkid dtg kacau lg pulak.. anyway baju biru dia cantik seyh………

    0

    0
  9. mak peah says:

    adira, apa lagi jgn lepaskan peluang ni, nanti hidup ko pon senang kemudian hari, x payah menyanyi pon xper..dpt vip

    0

    0
  10. SH says:

    Takpa hero hansem cam Raja Shah Reza heroine pulak putih gebu. Elok sangatlah tu. Jangan biar lama-lama..nanti jemu

    0

    0
  11. Anonymous says:

    apa yg best sgt abg nara ni asyik keluarkan crita pasal si adira ni.

    0

    0
  12. kakicagu says:

    xtakot ke kawen dgn mayat hidop??????????????????

    0

    0
  13. Inikali lahhh says:

    “Kalau hati sudah suka, semua benda akan nampak sempurna di mata sendiri kan?”

    mulut ko ni nara,boleh tahannn kan. kalau tang neelofa,ayat takder pun sinis mcm ni. huhu

    0

    0
  14. Anonymous says:

    ensemmmm nokkkk

    0

    0
  15. juejue says:

    Adira x putih asli lahhh..smlm baru tgk video lagu raya dia dgn Dina dan dgn sorg artis laki lupe laar nama dia kt ASTRO…kulit dia xder putih cm skrg….dia pakai aperr smpi gomak cm 2…..

    0

    0
  16. Aku Bukan Sesiapa says:

    Adira suntik Vit C la..

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Adira mmg putih, tgk msa kt dlm AF pn putih tp msa tu dia bru kluar PLKN sbb berjemur panas jd sunburn la

    0

    0