Written by AbangNara | June 26th, 2015

Tidak mahu kontroversi yang melanda dirinya semakin buruk, Shahrul Nasrun tampil membuat pengakuan yang pertunangannya dengan Adira sudah pun berakhir beberapa bulan lalu. Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia ini juga turut memaklumkan yang dirinya tidak mengorat Elizabeth Tan sebaliknya hanya menjalinkan hubungan atas urusan kerja. Dakwaan Elizabeth yang menyatakan dirinya dingorat oleh Shahrul berkemungkinan besar adalah satu salah faham.

adira putus tunang

Kata Shahrul Nasrun:-

Saya sudah putus tunang beberapa bulan lalu dan ia terjadi kerana kami sudah tidak lagi sehaluan. Kami hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Saya akur dengan ketentuan itu.

Saya juga tidak boleh komen lebih kerana itu soal peribadi dan saya doakan semoga Adira berjaya dalam kerjaya dan doa saya yang terbaik untuk dirinya

Saya berhubung dengan Elizabeth atas urusan kerja, tidak lebih daripada itu. Tiada hal peribadi. Jika mahu kata saya mengorat, tidak mungkin. Ini kerana ramai lagi perempuan yang bekerja dengan saya dalam program dan kempen saya.

Bila bercakap mengenai soal kerja, saya mesra dengan semua orang, tidak kira lelaki atau pun perempuan. Tak salah sekiranya saya ambil berat bila melibatkan perbualan kerja. Dengan pekerja saya yang lain pun saya layan mereka dengan sama rata.

Saya tidak salahkan Elizabeth dalam hal ini. Saya faham situasi yang berlaku dan siapa yang tidak panik bila ada tuduhan sebegitu. Sesiapa pun yang dituduh menjadi punca keretakan hubungan orang lain akan cuba mempertahankan diri mereka, jadi saya tak tuding jari kepada dia. Kemungkinan wujudnya salah faham.

adira putus tunang

Sedih juga mendengar berita putusnya pertunangan Shahrul dan Adira ini. Kedua-duanya nampak sama cantik sama padan. Malah kedua-duanya telah menjalin hubungan yang begitu lama. Inilah yang dinamakan tiada jodoh. Diharap punca putusnya pertunangan mereka bukanlah kerana kecurangan salah satu pihak. Biarlah kerana ia tiada persefahaman. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Shahrul dan Adira. Yang penting, Elizabeth Tan masih solo!!! Sumber Murai.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Shahrul Akui Sudah Putus Tunang Dengan Adira, Nafi Cuba Mengorat Elizabeth Tan

  1. Faiti says:

    Halamakkk adira n shahrul ni sepadan gila kottt…sama cantik sama padan ..seirasss rugilahhhh korang woiiii berbaikla semulaaaa

    0

    0
  2. Anonymous says:

    ala elizabeth dh ngaku ko try ngorat dia.. lg mau tegakkn benang yg basah.. adoii.. tkot saham jatuh ke??

    0

    0
  3. mak banang says:

    kuii.kuii.. elok la adira putus.. lelaki ni boya darat. baik putus sblm khawin.. kang da khawin jadi mak janda..

    0

    0
  4. nana says:

    laaa aritu masuk tv3 rancangan apa ye tak ingat,bukan tunang adira buat confession sampai adira nangis terharu ke..cinta plastik le lelaki ni.sabar ye adira..nasib baik tak kawin lagi

    0

    0
  5. Jebat Derhaka says:

    Satu kapal dgn UMNO rupanya mamat buaya ni..

    0

    0
  6. mika says:

    masa hangat bercinta satu donia tau. putus pun satu donia tau.

    0

    0
    • minah jambu gi bazar ngan nenek says:

      biasa laaa tk semua jantan suka ngan minah tudonggg…pasal minah tudong ni leceh !

      0

      0
      • who said ? says:

        sape kata minah brtudung ni leceh ?
        tunang aku ok je….
        kwn2 aku yg lain sume pun ok je…
        positif je diorg sume……

        ***** lain laa klo ko tuu bapok sbb tu ckp cmtu…

        0

        0
  7. LELAKI says:

    hi

    0

    0
  8. curious says:

    Jgn ko bukak tdung pulak ye Adira.nsib baik tau awl2 yg ko jmpe spesis buaya.x lh mnjanda pastu.UMNO ni mmg suma rupa brtopengkn …. ke..suma nk sapu!!

    0

    0
  9. Anonymous says:

    tengok gambar ala ala pasangan yang islamik, padahal belom kahwin lagi

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Adira pun playgirl dulu…hafiz, alif aziz, so what u give, u get back lah kennn…kosong kosong

    0

    0
    • harapfaham says:

      I’m sorry. dia bukannya bersama beberapa orang lelaki dalam satu masa. yg tu barulah namanya playgirl. adira awalnya bersama dengan hafiz. lepas putus ditengah jalan, barulah bersama dgn aliff aziz. masa tu pun kan adira sdg mencari jodoh. lepas dgn aliff pon tiada jodoh, barulah dgn org lain pula. ni bukan namanya playgirl ya.

      0

      0
  11. Habibah says:

    Kalau nk compare Adira gan Ebeth Tan jauh la .
    Patut la Jantan ni arah kan Pandangan nya ke Lain!!!

    Dulu ko tolak Alip ajes kan .
    Skrg ni ko BERAYA la sorang2 cik PUTIH oi!!!

    0

    0
  12. Anonymous says:

    mana ada orang curang mengaku yang dia curang,nasib baik perangai sebenar keluar waktu bertunang ini,kalau lepas khawin sah2x jadi status janda

    0

    0
  13. melati says:

    apa nk Risau Adira…nanti byk yg Dtg….yg penting ko jgn lah duet lagu gan Hafiz yg suara cam org tahan kentot…

    0

    0
  14. Mak Jemah solat jemaah says:

    Heyyyy mak Jemah pun dia ngorat tauuu. Mak Jemah reject dengan sekali lafaz je. Padan muke kau. Kalau dah Elizabeth Tan pun dia ngorat, dah sah-sah la Elizabeth Tan Kilogram tu setaraf mak Jemah je. Kahkahkah.

    0

    0