Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Akibat Jangkitan Sinus Hari Ini

Hiburan

Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Akibat  Jangkitan Sinus Hari Ini

Bermula daripada rasa pening kepala dan berdenyut pada bahagian atas kening kirinya, Shahrol Shiro tidak menyangka bahawa beliau menghidap jangkitan sinus dan bakal menjalani pembedahan akibat daripada jangkitan tersebut di sebuah hospital swasta di Johor Bahru  hari ini.

Advertisement

Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena. Berikutan tidak cukup rehan, saya jadi lesu. Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat.

Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu. Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pagi esok (hari ini).

Shahrol juga ada memuat naik sebuah foto di Instagram yang beliau bakal dibedah dan mengharapkan segala proses pembedahan berjalan dengan lancar. Pada masa yang sama, beliau juga memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa berehat seketika dan tidak dapat bekerja seperti biasa.

Penyakit sinus ni atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai resdung kalau tidak dirawat memang akan mendatangkan masalah yang lebih serius kelak. Memang rasa tidak selesa terutama sekali setiap pagi. Siapa yang ada resdung je la yang paham bukan? Apa-apa pun semoga Shahrol Shiro selamat menjalani pembedahan.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...