Written by AbangNara | June 3rd, 2014

Ya kisah palsu bibit-bibit percintaan antara Shahir dan Erra Fazira minggu lalu sememangnya menarik perhatian para pemerhati industri hiburan. Abang Nara sendiri terkejut, lebih-lebih lagi Erra Fazira baru sahaja melalui penceraian. Takkanlah semudah itu dah jumpa pengganti kan? Nasib baiklah Erra Fazira telah tampil untuk menafikan dan menganggap yang kenyataan Shahir mungkin dimanipulasi oleh pihak media.

shahir dan erra

Apa pun, Shahir mengakui pernah keluar berdua bersama Erra Fazira namun itu semua adalah urusan kerja. Tidak pernah timbul soal cinta atau jatuh hati. Kesemuanya atas dasar professional. Kata Shahir menerusi MalaysianDigest:-

Saya akui, kami pernah keluar berdua dan juga beramai-ramai beberapa kali sekitar bulan lalu. Tapi tujuan pertemuan kami itu atas dasar kerja. Beliau mahu menawarkan saya untuk menjayakan teater Tun Teja, terbitan produksinya. Tapi saya tak dapat berikan komitmen kerana terpaksa menumpukan perhatian kepada rakaman single terbaru dan kembali aktif semula dalam nyanyian.

Walaupun kami sudah keluar beberapa kali, tidak timbul soal perasaan suka (cinta) pada beliau. Kami berjumpa dan berbincang tentang kerja, jadi buat apa nak sorok-sorok. Tambahan kami jumpa di tempat awam, tentu ramai yang nampak dan hal itu tak perlu dijadikan isu. Saya tak takut atau bimbang bila isu ni timbul sebab saya sudah bersedia dengan gosip sebegini sejak kali pertama kami keluar bersama.

Tapi ketika saya ditemubual oleh program hiburan tersebut tempoh hari pun, saya langsung tidak menyatakan yang saya berkawan rapat, intim atau ada hubungan istimewa dengan beliau. Anda boleh rujuk semula pada video temubual saya itu. Seperti kata beliau, ada pihak yang cuba memanipulasikan kenyataan saya tempoh hari. Jadi hari ini saya ambil kesempatan untuk perbetulkan semula laporan media sebelum ini.

Ya, saya terkejut juga bila cerita itu timbul tiba-tiba. Selama ini saya agak senyap dari dunia nyanyian kerana menjaga ayah saya yang sedang sakit. Tapi entah macam mana, keluar pula gosip macam ni

shahir dan erra

Semoga selepas ini tiada lagi desas-desus sebegini akan bertebaran. Kesian kat Shahir dan Erra Fazira. Kedua-duanya pun sedang melalui fasa penuh cabaran dalam hidup masing-masing. Erra dengan penceraiannya, Shahir dengan kemunculan semulanya. Doakanlah yang terbaik buat mereka. Semoga masing-masing akan bertemu kebahagiaan akhirnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to Shahir Akui Pernah Keluar Berdua Dengan Erra Fazira, Tak Timbul Soal Cinta

  1. kayu says:

    alaa.. elok2 dh senyap . timbul balik pulak..

    0

    0
    • Fight says:

      @kayu
      Setuju sgt…
      Motif bagitau buat ape?klau xde ape2 senyap sudah la…

      0

      0
      • Olga says:

        ala kadang pihak pengurusan shahir jugak ni yg call wartawan sendir suruh up kan cerita mcm ni! sbb nak naikkan nama!
        yelah c Shahir tu nama pun sendu!

        0

        0
    • cerry berry says:

      Khas untuk Erra Pajira :

      Xpayah layan sangat gosip-gosip anak ikan murahan ni wartawan saja kasi panazzzz bontot orang mentang2 la dah 2x bergelar ibu tunggal tengok shahir ni xmatang lagi pun masih muda dah tentu mak bapak shahir nak kan menantu yg lebih kurang sebaya dengan dia kan ni dah macam anak dengan mak je (cuma versi muda sebab era nampak cantik lagi cer xmakeup hantu kak limah pun lari) hahahahahahahahahaha…gurau je yer!!!!

      0

      0
    • mojo says:

      Suka sangat dengan los lobos,cari je yang singleto.poyo.

      0

      0
  2. irri fazera says:

    sorang je yang komen?sendunye

    0

    0
    • Anonymous says:

      Selera Shahir wanita matang dan janda meletop. Mereka ialah Maria Farida, Rozita Che Wan dan sekarang Erra Fazira.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Maria farida tu ex shahz jaszle daaaaaa! Tak de nya gossip dia dgn Shahir. Yg cougar kait dgn Shahir tu Che Ta dan Erra saja.

        0

        0
  3. nok gebuzzz says:

    mula2 x ngaku,alih2 kawin pulak!!hmmm artis Malaysia……

    0

    0
  4. teratai..... says:

    Tak sesuai kot…tapi kalau dah jodoh tak boleh buat apalah kan…..lagipun ni semua hanya gosip dan hanya salah sangka je kot…..0:):-S

    0

    0
  5. pelangi pagi... says:

    Entahlah……..harap2 jodoh erra dengan orang lain….. Simata biru ke;si mata hijau ke;simata kelabu ke tak pun si kucing hitam ke tak pun Si harimau bintang ke…..ha….ha…ha…kan…kan..kan…….:-B

    0

    0
  6. Badang says:

    nanti tup tup.. nikah kat Siam.Kesian tok kadi-tok kadi kat sini takda bisnes kalau semua orang kat Malaysia kawin kat sana.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    This guy memang minat janda ke, bukan dia dgn che ta ke dulu…..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Ni macam kes promosi je nak naikan nama shahir balik. Bila link kan dengan artis popular cepat la orang ramai ingat Shahir. Kesian Erra .

    0

    0
  9. menoname says:

    Rasa2 nya tak perlulah nk warwarkan satu Malaya yg dia (Shahir) kluar berdua ke, bertiga ke, berempat ke, berlapan ke ngan Erra – itu yg lagi boleh dimanipulasikan oleh pihak2 yg tk bertanggungjawab. Semolek-moleknya kalau tk boleh diam pun, ckp aje “mmg kami ada kluar bersama atas urusan kerja” dah-full-stop jadi nnt tak adelah nk slot PC plak untuk so-called menjelaskan kedudukkan yg sebenar lah etc etc..

    0

    0
  10. SAKIT MATA says:

    Artis lemau..adoiii..nak buat comeback pun tak yah la guna cara camni dik oii…bosannnnnn

    0

    0
  11. weng weng says:

    nak tau tak DAJJAL zaman ni ialah WARTAWAN HIBURAN!!

    0

    0
  12. ntah apa apa says:

    tapi DAJJAL kan matanya satu…lidah tak tau pulak….

    letih aku dgn soalan maths nara ni

    0

    0
  13. RambutPalsuErra says:

    Whateverla..aku suke lg erra bersm husbnd n anak die blk..ape2 pn aku nk ckp wartawan atau sape2 yg wat cite ni mmg OVERRRRRRRR!!!

    0

    0
  14. shahz says:

    Dlm meletop smlm pon shahir dah explained bende yg same. So tutup case lah. Kalau erra back to her ex-hubby, it’s sooooooo sweet.

    0

    0
  15. myra says:

    I think ok la syahir ngan Erra… dapat bombing Erra…Syahir kan ala2 Islamic gitu…
    xyah la balek kat Emran…klu Emran bagus da lama dapat bombing Erra tu..ni tak…huh cehh aku lak yg emo hehe

    0

    0
  16. Myra says:

    Ape da Bombing ..damn …BIMBING

    0

    0
  17. Farhan says:

    Shahir bro, aku rasa ko paling seswai dengan janda aku si Abby Abadi gito.

    0

    0
  18. nhfa says:

    Apelah si Shahir ni. tak paham aku! dulu sibuk dgn cik ta, pastuh shila hamzah. Skang dengan si erra pulak. adoiiiiiii
    Apo motif ekau encik shahir oiiiiiiiiiiii
    Tak kose makkkk!

    0

    0
  19. Anonymous says:

    tah pape shahir ni.. muka ada suara ada tapi suka publisiti murahan… sama la dengan sepupu ko tu kan tak habis2 meroyan tak laku kat fb… memang dah jenis family korang mcm ni agaknya

    0

    0