Shaheizy Sam & Liyana Jasmay Lancarkan Lagu “Bangun”

Hiburan

Shaheizy Sam & Liyana Jasmay Lancarkan Lagu “Bangun”

Yeah ~~ Setelah sekian lama menanti, akhirnya lagu baru Shaheizy Sam dilancarkan jua. Berduet dengan rakan baiknya, Liyana Jasmay, lagu hasil ciptaan Audi Mok ini diberi tajuk “Bangun“. Untuk makluman anda, lagu ini dicipta dengan bantuan daripada peminat Shaheizy Sam seluruh Malaysia dengan kerjasama Nescafe. Kebanyakan lirik yang digunakan adalah hasil idea kreatif yang telah dihantar menerusi laman web Nescafe On Sam.

nescafe on sam

Advertisement

Menariknya video klip lagu “Bangun” ini turut sama dilancarkan serentak dengan lagunya. Memang kena sungguh lirik lagu dan video klip. Menarik sangat-sangat. Abang Nara suka rentak lagu “Bangun” ini yang agak catchy. Bergoyang-goyang badan dibuatnya.


Abang Nara rasa lagu ini pasti akan menjadi siulan ramai tidak lama lagi. Tahniah buat Shaheizy Sam, Liyana Jasmay dan Nescafe atas penghasilan lagu “Bangun” ini. Lagunya memang membuatkan kita lebih bersemangat. Pagi-pagi kalau dengar lagu ini mesti terasa bertenaga nak pergi kerja. Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...