Written by AbangNara | September 3rd, 2014

Shaheizy Sam adalah seorang lelaki yang amat misteri dalam bab percintaan. Memiliki segala-galanya (wajah kacak, lakonan mantap dan sikap yang baik), sehingga ke hari ini tidak pernah kedengaran kisah percintaan Shaheizy Sam dan mana-mana gadis di luar sana. Peminat setia Shaheizy Sam mungkin mengetahui yang pelakon ini pernah bercinta dengan Puteri Najuwa yang pernah popular menerusi drama Dari KL Ke Queenstown.

shaheizy sam dan puteri najuwa

Namun sayangnya percintaan Shaheizy Sam dan Puteri Najuwa telah putus di tengah jalan dan sehingga ke hari ini apabila ditanya mengenai kewujudan kekasih baru, Shaheizy Sam sentiasa berkata yang dirinya ‘single’. Menariknya menerusi portal Murai baru-baru ini, dikatakan yang Shaheizy Sam telah menjalin semula hubungan cinta dengan Puteri Najuwa. Adakah cinta berputik kembali antara mereka?

Yang menarik perhatian Murai Batu pula bila dah stalk Instagram kan, terjumpa pula akaun Instagram bekas kekasih Sam, Putri Najwa yang sama berlakon dalam Dari KL Ke Queenstown tidak lama dulu.

Hmmm bukankah Sam asyik berkata dia single dan solo? Atau sebenarnya dia hanya bermain wayang atau apa sebenarnya? Iyalah, entri yang dimuatnaik Wawa itu turut disokong dengan komen yang melabelkan individu yang bakal menyambut hari lahir tidak lama lagi itu adalah Sam.

Murai Batu bukanlah apa, kalau bercinta semula pun kenapa tak mahu kongsi sahaja perasaan itu dengan semua. Mesti ramai yang doakan anda berdua, si Putri Najuwa atau Wawa itu pun cantik paras rupa.

Di Instagram milik Wawa itu juga ada terdapat dua foto yang menampilkan seorang lelaki berpegang tangan dengan wanita yang difahamkan adalah Wawa. Timbul persoalan adakah itu Sam? Bagaimana pula dengan foto jari jemari bersentuhan itu? Ooopsss!

shaheizy sam dan puteri najuwa

Rasanya kalau Shaheizy Sam dan Puteri Najuwa benar-benar bercinta kembali, sudah pasti ia akan mendapat restu bukan sahaja daripada para peminat, malah keluarga kedua-dua belah pihak. Hubungan antara Puteri Najuwa dan ibu Shaheizy Sam pun nampak sangat mesra.  Tengok gaya macam dah dapat restu. Hehehe. Apa pun, molek benarlah kalau Shaheizy Sam dah ada kekasih. Umur pun dah sesuai sangat untuk berkahwin. Tak gitu? Sama-samalah kita doakan pelakon kesayangan ramai ini agar bertemu jodoh secepat mungkin. Amin.

P.S: BMW X4 yang pasti membuatkan air liuh anda meleleh

31 responses to Shaheizy Sam Kembali Bercinta Dengan Bekas Kekasihnya, Puteri Najuwa?

  1. nok gebuzzz says:

    hmmm…suke tgk shaheizy sam belakon….
    harap jgn jadi mcm retis lain,alih2 kawin senyap2….

    0

    0
  2. sis says:

    respect sam! antara artis yg punya rekod bersih.. mostly cerita pasal dy hanya kerja kerja kerja.. semoga berjaya sam!!

    0

    0
  3. vee says:

    jangan lah kahwin dgn puteri najuwa ni. dia sangatlah seksi.tapi kalau jodoh, takleh nak tolak lah. cuma harapkan shaheizy sam ni cari bakal isteri yg baik , dan sesuai untuk dirinya :)

    0

    0
    • bungebungecinte says:

      betol tuuuu..sangatlah seksi..gambar pegang peluk ciom anjing selamber je post..bile tegur, sentap. tapi if lepas kawen dapat bimbing jadi elok, alhamdulillah..kite doakan yang baek2 ajelah..tapi tengok pd mama n zizie tu, berangan je la noksss.. ahaksss!

      0

      0
  4. midori chan says:

    uikss gmbr yg ada selimut bagai tu boleh mengundang fitnah..abis la rekod bersih sam lepas ni..

    0

    0
  5. nonono says:

    Macam kat hotel je? pergi hotel ke?

    0

    0
  6. I think this is one of the most significant information for me.

    And i am glad reading your article. But should remark on some
    general things, The site style is ideal, the articles is really excellent : D.
    Good job, cheers

    0

    0
  7. anon says:

    Shaheizy Sam memiliki segala2nya…..wajah kacak…??? Kacak ke? Nope dont think so. Tapi najuwa tu mmg cantek… Ala…takyah bercinta lama2, kawin je cepat2. Lagipun si Sam ni pun dah tua kan, dah 30+… Tunggu ape lagi, dah lbh dari layak utk kawin.

    0

    0
  8. Juwita says:

    dia senyap2 bercinta wartawan bising mtk kongsi dgn orang ramai.. bila orang tahu, mula lah sibuk carik benda nak jd bahan kutukan. aiiyooo.. xpe lah sam. biar jd rahsia je smpai akad nikah. i jumpa u dlu, u sgt2 baik layan brgambar. moga dpat jodoh yg baik2.

    0

    0
  9. lala says:

    perempuan ni seksi giloss. tak yah la sam.

    0

    0
  10. gadissssss says:

    ni bkn gmbr mereka .. dlm ig putri tuh sendiri dia bgtw pic tuhh pic JWSHUA … better pi mintak maaf .. aku dah usha ig JWSHUA tuh .. mmg pic dorang … FITNAH ITU LEBIH TERUK DARIPADA MEMBUNUH .. ingat tuhhh .. sblm nak ckp better tengok dulu .. gmbr putri dgn mak sam mybe betul tp pic lg dua tuhh fitnah ..

    0

    0
  11. ntahapeape says:

    Nara..kan dkt ig die dah explain tu gmbr pegang tgn bkn gmbr die..siap ckp kt mane bleh cari owner sbnr gmbr tu..ko ni tulis cite main copy paste je..tulis pn x explain..dah jd fitnah

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Walaupun tak kacak tapi nama Sam tengah naik. Kalau kata bercinta atau kawin, nanti rating turun pula. Susah nak dapat job. Macam Alyah, Wawa Zainal kena sembunyi2. Pasal Najuwa tu terlalu seksi, apa yang nak herannya. Sam dah biasa dengan pompuan macam tu. Ahli keluarga dia sendiri seksi2. Rasanya Zizie ezzet lagi seksi dan daring. Jodoh pertemuan semua sudah tersurat. Jika itu jodoh Sam, kita doakan yang terbaik buat mereka.

    0

    0
  13. nobodyknows says:

    Gambar2 tu bukan gmbr dorang la. Tu gambar selebriti UK nama joshua dgn tunang dia. Tak percaya tgk kat instagram nama ‘jwshua’ kat IG.

    0

    0
  14. soy pillars says:

    you are truly a good webmaster. The web site loading speed is incredible.
    It seems that you are doing any unique trick. Furthermore, The contents are masterpiece.
    you’ve done a great task in this topic!

    0

    0
  15. […] Shaheizy Sam Kembali Bercinta Dengan Bekas Kekasihnya, Puteri Najuwa? (25) […]

    0

    0
  16. bibah says:

    ala…xyah nak beranganlah kalau pompuan yang menutup aurat nak masuk family nie. tengok ig depa pun dah tau camne kehidupan diorg. family perasan mcm mat salleh. tiada rasa malu bertelanjang sesama mereka. Moga diberi hidayah pada family Puan fuziah.

    0

    0
  17. […] ini mengakui wujudnya cinta lokasi antara dirinya dengan Puteri Najwa. Untuk anda yang tidak tahu, Puteri Najwa satu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan Shaheizy Sam. Memang cantik […]

    0

    0
  18. […] ini mengakui wujudnya cinta lokasi antara dirinya dengan Puteri Najwa. Untuk anda yang tidak tahu, Puteri Najwa satu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan Shaheizy Sam. Memang cantik […]

    0

    0
  19. faraaaaaa says:

    kalu d couple kan dgn neelofa pon ok gak.. kann..

    0

    0