Written by Bella | June 28th, 2016

Tentu anda semua sudah tahu tentang kes dimana pihak Elle Zada gagal untuk menyiapkan baju raya yang ditempah oleh pelanggan dimana Shaheizy Sam dan Syatill Melvin menjadi duta produk mereka.

Menurut pihak Elle Zada, masalah kelewatan berkenaan timbul daripada pembekal dan mereka berjanji akan cuba menyelesaikan isu yang sudah menjadi viral ini sebelum Aidilfitri tiba.

Turut terkena tempiasnya adalah Sam dan Syatilla. Boleh dikatakan setiap hari mereka menerima pertanyaan daripada peminat berhubung masalah ini.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Sam sekali lagi menegaskan beliau tidak boleh melakukan apa-apa kerana beliau dan isteri cuma bertindak sebagai duta dan menyediakan reka bentuk baju bagi koleksi Champion/Sultanah.

Sam mengerti perasaan pelanggan yang marah dan berharap pihak Elle Zada terus berkomunikasi dengan pelanggan mengenai isu ini.

Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar pihak Elle Zada memulang semula duit kepada pelanggan agar mereka boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli pakaian baru kerana tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba.

Salam. Kebelakangan ni Sam dan Syatilla @samtilla banyak terbaca/terdengar keluhan dan aduan dari pelanggan-pelanggan yang telah membuat pre-order dari bulan April tapi masih belum mendapat baju-baju mereka sehingga ke hari ini. Sam dan Syatilla ingin meminta ampun dan maaf bagi pihak @samsyatilla atas kekalutan ini. Untuk makluman, @samsyatilla hanya terlibat dalam menyediakan rekabentuk baju Champion/Sultanah dan imej sahaja dalam kolaborasi #ElleZadaSamSyatilla.

Tentang pengeluaran, pembayaran dan penghantaran pula diharap pihak @ellezada dapat memberikan keterangan kepada pelanggan-pelanggan berkenaan segala kelewatan ini kerana kita hanya tinggal kurang dari 10 hari sahaja lagi sebelum menjelang Syawal, dimana kita tahu setiap pelanggan yang membeli pakaian tersebut adalah untuk digunakan dihari raya ini.

Seandainya barangan itu tidak dapat ditunaikan sebelum Syawal, diharapkan pihak @ellezada dapat mengembalikan wang pelanggan-pelanggan secepat mungkin supaya mereka masih ada masa untuk membeli pakaian raya mereka ditempat yang lain. Mungkin belum ada rezeki buat @ellezada untuk berniaga pada skala yang sebesar ini. Saya percaya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Diharap pihak @ellezada tidak berdiam diri dan teruslah berkomunikasi dengan pelanggan dan terangkan pada mereka seandainya ada kesulitan yang dilalui oleh pihak anda.

Mungkin apa yang dicadangkan oleh Sam itu betul, jika masalah ini tidak dapat diselesaikan sebelum hari raya, lebih baik pulangkan duit pelanggan. Sekurang-kurangnya mereka tidak kecewa dan hampa kerana tidak ada baju raya nanti.

Sumber Berita : Instagram Shaheizy Sam

7 responses to Shaheizy Sam Harap Pihak Elle Zada Terus Berkomunikasi Dengan Pelanggan, Minta Maaf Kerana Beliau Tidak Dapat Bantu Peminat

  1. adudu says:

    betul cakap dia.. kalau tak boleh hantar, masalah pembekal ke ape, refund la blk duit customer supaya diorg boleh guna duit tu utk beli baju raya kt tempat lain… bukannya semua org senang…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    laki aku la slh sorg costumer yg kena kencing dgn ellezada nih..sakit betul ati!
    customer Tanya mcm2 soklan pun diorg diam je tak jwb, kena maki pun diorg hadap je…tp yg lagi sakit ati ownernya tak penah npk btg idong..yg jd mangsa frontliner diorg..kesian kat bdk2 tu tak pasal2 dpt maki hamun dr customer.
    smlm diorg called suruh dtg collect brg tu arini..aku tak tau ok ke idak measurementnya tu nnt…maklum la bila dh kelam kabut cenggini kdg2 jd lain pulak!

    0

    0
  3. missv says:

    pd yg kena tu g je serang butik dia mntk refund balik…menipu je…tak tahan bagi penerangan tp apa yg diterangkan pun x tau…sebok ckp bab patuh syariah bagai…pulangkan duit customer dulu…ko tanggung la rugi sendiri…sakit hati je tgk org yg bisnes camni…TAMAK…pada sam & syatilla…dorg tu duta je…dorg dibyr tuk promote…bkn salah dorg…

    0

    0
    • Zizan Kalah ABP Lagiiii says:

      Owner dia elliy tu memang cantik, tudung labuh, tp perangai haprak.. Belagak dia je bagus meniaga.. haaa.. kena kau mcm ni.. baru kau tahu kau tak selamanya kat atas… jangan belagak sangat elle,, dah kena mcm ni, kurangkanlah ego.. gi mintak maaf kat customer.. kau pn x bagus sgt elle…

      0

      0
  4. kakmona says:

    Hihihi.. ni la dugaan bisnisss.. kadang2 kena berani tarik hand brake.. masuk gear reverse.. etc etc etc. Dlm kes ni, nmpk gaya elle zada xnak masuk reverse gear.. bak kata sam, buat refund secepat mgkin.. supaya cust blh beli baju lain.. kau dah janji dr Apr kau xdpt tunaikan, kau jgn mimpi dlm ms smggu sblum raya supplier kau blh siapkan bajuuu..

    Elle zada elle zada.. terigt aku iklan korang psl kursus keusahawanan by rlle zada yg yuran ala2 kursus azizan osman tu.. sapa yg pegi tu mmg kesian laaa hihuhi

    0

    0
    • Saper2 je la says:

      Hihii aku pn tau pasal kursus keusahawanan yg elle zada wat tu…dgn gaya lady bossnya…hey wallawallah heyy!

      0

      0