Written by Bella | March 25th, 2016

Sudah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kata orang sedang menikmati fasa berbulan madu dan penuh dengan perasaan cinta serta kasih.

Sam mengakui kini kehidupan beliau sudah lengkap dengan kehadiran Syatilla dan dirinya lebih terurus kini.

Apabila bangun pagi ada orang buatkan sarapan. Jika dahulu kena bancuh kopi sendiri, sekarang siap berhidang (ketawa). Seronoklah, tetapi saya tetap kena kerja dari siang sampai ke pagi kerana tanggungjawab semakin besar.

Soalan normal apabila seseorang itu sudah berkahwin, pasti ada sahaja yang akan bertanya bila agaknya hendak menimang cahaya mata pula?

Tidak merancang apa-apa, Syatilla tidak kisah jika beliau diberikan rezeki untuk hamil lebih awal kerana kehadiran cahaya mata dapat menambah lagi kebahagiaan sesebuah keluarga.

Kami tidak merancang, sebaliknya tidak kisah andai dikurniakan rezeki cahaya mata dalam tempoh terdekat. Suami juga begitu, dia percaya kehadiran anak akan memeriahkan lagi keluarga dan menambahkan rezeki. Namun, semua itu rezeki daripada Allah, kami hanya boleh menunggu sahaja.

Bak kata Syatilla, soal anak ini semua ditangan Allah SWT. Cepat atau lambat itu semua ketentuanNya. Buat masa ini, nikmati dahulu kehidupan anda berdua sebagai suami isteri agar dapat mengenali pasangan dengan lebih baik.

Sumber Berita : Kosmo Online

23 responses to Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Tidak Kisah Timang Cahaya Mata Awal

  1. unknown says:

    Yg pic last tu,xpayah la selfie bt ghupe cmtu tila oi..

    0

    0
    • Ngeri says:

      Haah la Tila.. muka ko garang.. buat muka macam tu sgt menakutkan. Ko lawa tapi tak cukup cute macam Atita Haris nak buat2 muka mcm tu. Ko belajar2 la senyum biasa bg nmpk tak garang sgt. Ngeri ok

      0

      0
      • Mummy77 says:

        macam hantu.. ishh selisih!! kalau ada ibu2 pregnant janganlah tengok muka ni.. ishhh selisihhhh selisihhh.. NGERI n MENGERUNKAN..

        0

        0
    • donut_cute says:

      aa buruk benor ghupernya

      0

      0
    • Godek says:

      Kan,..hodoh betul.Muka garang x sesuai lah nak selfie gitu..makin buruk jer..

      0

      0
  2. Fidot says:

    1st… soalan klise, lepas kawen tnye anak. Sebok btl wartawan. huhu

    0

    0
    • bosannn says:

      Itulah, heran aku… Org malaysia ni klu xtnya pasal anak xleh ke… Blom kawen tnya bila nk kawen, da kawen tnya bila nk ada anak, da ada anak, dok sibuk tnya bila nk tmbah lagi. Da anak ramai, ada plak mulut puaka dok sibuk cakap2 haii.. Meriahnya dah boleh buat team bola. Bosaann aku….

      0

      0
    • Unknown says:

      Kan haritu ckp nak hadiahkan sam satu pasukan bola sepak, so berhenti berlakon and dok rmh buat ank je la yekk… plus, xpayah nak selfie buat muka gitu bleh x? Lain la kalau ko tu nora danish or atita haris…

      0

      0
      • Tema Camelia says:

        kannnn, tetiba sekarang serah pada rezeki. bukan haritu janji serupa ko sendiri ada power kun fayakun. choiiii.

        0

        0
  3. Anonymous says:

    Hehe..nnti dh ad anak tgk la mcm mn.. u don hve tme sgt ngn asben..bcoz dua2 fokus 100% kat anak.. anak meragam bkn kira wktu.. dua2 pn tentunya penat n kne tke turns tuk jaga. Bila ank dh besar tme die reti mkn mnum sndr..bru lh ad ms nk bersama.

    0

    0
  4. melati says:

    hilang selera makan , tgk muka korang …eeeeeeeeeeeeeeeeeee

    0

    0
  5. Wawa says:

    Eh kn ada mummy jaga masa sblm kawin dulu..knp ckp kopi pon kena bancuh sendiri dulu..

    0

    0
  6. cek mek molek says:

    mula2 kawen mmg la semangat isteri nk bancuh kopi bancuh segala bagai… tgkla 4 5 thun lagi.. bancuh kopi sendirila k.. muahahahahahah

    0

    0
    • jane says:

      hahaha bertuahh. aku ada keje, ada anak tp laki aku ttp tak penah bancuh teh sendiri. so aku tau la terus buat tiap2 pagi dan lepas makan. kalau dpt laki manja mmg kau akan kene jugak buat sendiri. dah 9 tahun dah aku kawin

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Bakal jadi kilang pengeluar anak ketot kemetot si Syatilla ni nanti..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Eeeeeeeeeeuuuuuuuuuuuuuwwwwwwww

    0

    0
  9. tipah says:

    ntah-ntah mandul sampai ke sudah, jangan cakap besar sangat…

    0

    0
  10. Rahsia says:

    Eleh dah pregnant dah pun sbb tu kawen
    Ni lg teruk jawapan klishe bila TER huhu
    Igt happy maharaja lawak muka tembam tilia tapi skali tgk perut hrmmm
    Tgkla dok pakai jubah ja kalau x baju melebat badan ajew
    Hew hew hew

    0

    0
  11. Odah says:

    Kenapa org malaysia suka mengata sana sini? Cuba kita semua ni jgn tinggalkan apa2 komen yg menyakitkan hati org atau komen yg bukan2? Kalo nk baca gosip, bacalah. Pastu dok diam2. Ni x habis2 nk kasi komen2 yg bukan2. Ayuh sepikan ruangan komen

    0

    0
  12. x says:

    Org komen pun nak kontrol?Kontrol suami je sudah!

    0

    0
  13. Yekeni says:

    Hubby i bancuhkan kopi untuk i lebih daripada i bancuhkan kopi untuk dia. Dari kawin dulu sampai sekarang. Dah 19 tahun kawin. Lap u hubby :D <3

    0

    0