Written by Bella | July 9th, 2015

Merupakan seorang aktor yang cukup terkenal dan hebat sebelum kontroversi kes khalwat menghimpit dirinya, Shah Jaszle terpaksa untuk mendiam diri hampir dua tahun lamanya untuk menenangkan diri sebelum kembali aktif pada tahun ini.

Pernah dikenali kerana imej “playboy”, Shah mengakui beliau kini mahu berubah lebih-lebih lagi apabila beliau teringat akan pesan arwah ayahnya yang mempunyai harapan untuk beliau mendalami ilmu agama.

Terdetik rasa rindu di hati Shah apabila mengenangkan detik-detik ketika menjaga ayahnya yang sedang sakit .

Arwah ayah juga banyak mengajar saya untuk terus bersabar. Sepanjang ayah sakit, sayalah orang yang bertanggungjawab menjaganya. Saya banyak bersama dia semasa dia lalui detik-detik keperitan. Dalam tempoh itu, saya mandikan ayah kerana ayah tidak boleh bergerak. Sekarang, ayah sudah tiada. Saya rindukan ayah.

Alhamdulillah. Dia minta saya belajar agama. Mungkin dulu saya selalu mengabaikan ilmu agama. Saya terasa berada dalam sisi kegelapan kerana pernah meninggalkan solat. Kini saya sendiri selalu ingat pesan ayah supaya jangan meninggalkan solat. Saya mahu berubah. Sekarang saya sudah berkahwin. Baik untuk saya mengubah diri.

Akan tiba satu saat didalam kehidupan seseorang dimana beliau akan merasa untuk mengubah diri ke arah lebih baik serta mendekatkan diri padaNya. InshaAllah, kami yakin Shah Jaszle mampu untuk memperbaiki diri dan juga boleh membimbing isterinya Hanis Husna selepas ini.

Sumber Berita: Utusan Online

 

10 responses to Shah Jaszle Kini Tumpukan Perhatian Dalami Ilmu Agama

  1. Mat Maslan Dalami ilmu GST says:

    Tumpang tanya, dalam kes Najib-1MDB isu 2.5 billion yg dikatakan oleh Wall Steeet Journal dimasukkan kedalam akaun Pak Jib, kenapa polis siasat pemberi maklumat bukan tertuduh? Akak pening sangat. Pelik bebebor. Jadinya, kalau seseorang dirogol, yang dirogol la kena siasat bukan perogol? Begitu?

    0

    0
    • Anonymous says:

      polis tu kuli najib..takkan tak paham kot..kang banyak paku die tercabut kang.

      owh btw ‘..Shah mengakui beliau kini mahu berubah lebih-lebih lagi apabila beliau teringat akan pesan arwah ayahnya yang MEMPUNYAI harapan untuk beliau mendalami ilmu agama.’
      Ayat ape tu bella oi..tak boleh ke tulis yg senang, sepatutnya ‘yang berharap beliau mendalami ilmu agama’

      bella terok sgt ayat ko neh..tatabahasa teruk..

      0

      0
      • Encik Sahdo says:

        gossip x menarik hari ni…kenapa yerk???

        0

        0
      • Lembu Gemok says:

        aku lebih selesa gosip macma ni..perubahan artis…especially yang pernah melalui zaman2 hitam, tetapi berubah utk mendalami ilmu agama…takder apa aku nak bagi hanyalah “RESPECT”!!!

        0

        0
  2. Kak Nam says:

    walaupun dihimpit skandal..kak mah cakap dia tetap mahu tumpukan pada tabung yg ditabungi sejal kecil…

    #okbai.

    0

    0
  3. chillex says:

    “Jalan cerita” macam Johan Ashaari.
    So lepas ni bermusafir ke India juga ke macamana?

    0

    0
  4. Anonymous says:

    bagus lah kalau begitu perubahan nya. semoga dipermudahkan.

    0

    0
  5. Dada Shukri Luar Biasa says:

    Alahai … kalau nak dalami ilmu agama tak payah cerita lah … dalami je … such a non-news … NEXT!!!

    0

    0
  6. lantak kau lah says:

    dulu diana daniella pun kata begitu LOL

    0

    0