Shah Iskandar Nafi Gosip Ambil Dadah

Hiburan

Shah Iskandar Nafi Gosip Ambil Dadah

Sejak kebelakangan ini, ramai yang tegur dan sedar bahawa berat badan pelakon Shah Iskandar semakin susut secara mendadak. Melihat perubahan pada tubuh badan beliau, beberapa pihak telak mendakwa Shah terlibat dengan gejala dadah.

Walaubagaimanapun, Shah nampaknya tidak risau atau terkesan dengan dakwaan liar tersebut kerana penyusutan berat badannya adalah disebabkan jangkitan kuman pada bahagian paru-paru dan ianya telah disahkan oleh doktor selepas beliau menjalani beberapa ujian di hospital baru-baru ini.

Advertisement

Sudah menjadi lumrah industri hiburan untuk timbulnya gosip sebegini jadi saya enggan terlalu ambil pusing khabar angin yang saya tahu tak benar. Saya sendiri kurang pasti berapa kilo berat badan yang turun kerana sakit ini.

Bagaimanapun saya maafkan pihak yang telah sebarkan gosip yang boleh memusnahkan karier saya itu. Mungkin dalam tak sedar saya ada membuatkan pihak itu marah atau kecewa tetapi bukan cara saya untuk mengaibkan orang kalau saya sendiri yang marah atau kecewa kerana saya tidak dibesarkan begitu.

Tidak dapat menerima hakikat beliau sedang sakit pada mulanya, Shah akhirnya akur dengan ujian diberi dan telah meminta kebenaran doktor untuk dikuarantin di rumah selama tujuh hari selepas diarahkan untuk berbuat demikian.

Pada mulanya saya sendiri tidak menerima hakikat yang saya sakit kerana terlalu fokus pada kerjaya. Namun akhirnya saya mengalah dan diarahkan untuk dikuarantin selama tujuh hari. Itupun saya minta kebenaran daripada doktor untuk dikuarantin di rumah sendiri.

Kadang-kala bila badan seseorang itu semakin kurus tidak bermakna beliau mengambil dadah bukan? Dengan penjelasan ini tiadalah lagi pihak yang akan mendakwa Shah Iskandar terliabt dengan gejala negatif lagi. Apa-apapun mari kita doakan agar kesihatan beliau kembali pulih.

Sumber Berita: BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...