Shaarnaz Ahmad Merajuk Gara-Gara Shila Amzah Berduet Dengan Taufik Batisah?

Hiburan

Shaarnaz Ahmad Merajuk Gara-Gara Shila Amzah Berduet Dengan Taufik Batisah?

Kalau dah namanya penyanyi, semestinya tak terlepas daripada berduet dengan penyanyi lain yang popular. Baru-baru ini di Anugerah Planet Muzik, Shila Amzah telah pun berduet dengan Taufik Batisah. Untuk anda yang tidak tahu, Taufik Batisah merupakan salah seorang penyanyi popular di Singapura.

shila

Advertisement

Ketika tampil menyampaikan Anugerah Lagu Terbaik, Shila Amzah telah berkata:-

Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya — dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya — saya tak tahu mana dia pergi.

shilaAdakah Shaarnaz Ahmad yang merupakan kekasih hati Shila Amzah telah merajuk. Seorang ahli forum Cari telah berjaya mem”printscreen” kata-kata di Twitter Sharnaaz sebelum ianya dibuang. Boleh baca tweet tersebut di dalam gambar di atas dan di bawah.
shila

Namun Sharnaaz Ahmad menyatakan bahawa akaunnya telah pun diceroboh oleh hacker. Jadi kata-kata di atas bukanlah tulisan daripadanya.
shila

Dan yang terbaru, Shila Amzah menyatakan yang kenyataannya mengenai cinta hati dirinya merajuk adalah gurauan semata-mata.

shila

Abang Nara tak tahu sama ada benar atau tidak Sharnaaz merajuk. Mungkin betul-betul merajuk, mungkin memang betul kena hack. Kalau merajuk, jangan merajuk lama-lama. Kang kena kebas pulak awek. Hehehe ~~

P.S: Gambar Blackberry L Series.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...