Seungri Big Bang Terlibat Dalam Kemalangan

Hiburan

Seungri Big Bang Terlibat Dalam Kemalangan

Tersentak hati para peminat Kpop apabila Seungri daripada kumpulan Big Bang telah terlibat dalam sebuah kemalangan pada hari Jumaat yang lalu. Mana tidaknya, sebelum ini 2 ahli kumpulan Ladies Code telah meninggal dunia akibat kejadian yang sama. Namun begitu para peminat Seungri boleh menarik nafas lega kerana penyanyi itu disahkan selamat walaupun pengalami pendarahan dalaman. Seungri hanya perlu berehat di hospital selama lebih kurang seminggu untuk pulih sepenuhnya.

seungri big bang kemalangan

Advertisement

Kereta Porsche yang dipandu oleh Seungri telah pun bertembung dengan sebuah kereta Mercedez Benz menyebabkan ia berpusing dan melanggar pembahagi jalan. Seungri disahkan tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian berlaku. Di bawah ialah video kemalangan tersebut.

Semoga Seungri segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sama-samalah kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...