Setiap Apa Yang Berlaku Ada Hikmahnya – Elly Mazlein

Hiburan

Setiap Apa Yang Berlaku Ada Hikmahnya – Elly Mazlein

Beberapa hari ini memang tiada topik lain yang sehangat kisah Elly Mazlein menarik diri daripada GV 3 kerana tersinggung dengan komen Datuk Ramli MS.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Elly juga dikritik oleh Ogy Ahmad Daud yang merasakan Elly memang patut dikeluarkan kerana beliau hanya “berdrama” di atas pentas.  Pendek kata, Elly agak teruk juga menjadi bahan kritikan bukan?

Namun, Elly tidak menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak dan menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

Saya percaya semua yang berlaku ada hikmah. Saya sentiasa berfikiran positif dan menganggap cabaran yang datang sebagai dugaan.

Saya tetap menyokong dan mendoakan sahabat-sahabat di GV 3 yang sudah saya anggap seperti adik-beradik sendiri. Jika ada masa saya akan ke Auditorium MBSA untuk memberikan sokongan.

Pada masa yang sama, Elly meluahkan rasa syukur kerana sejak beliau menyertai GV 3 beliau sudah mula menerima beberapa undangan nyanyian dan bakal menjadi duta produk.

Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberikan saya platform ini dan Alhamdulillah, sejak menyertai GV 3 saya mengumpul peminat baru dan sudah mula menerima undangan nyanyian.

Selain itu, saya juga dirisik untuk menjadi duta beberapa jenama dan semua itu rezeki dari Allah untuk anak saya, Putri Sara Sefhia.

Sudah ditakdirkan Elly tiada rezeki di GV 3 tetapi dengan kehendakNya beliau menerima pelbagai lagi tawaran lain diluar sana. Apa yang penting, Elly harus kekal tabah dalam apa jua dugaan yang mendatang.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...