Written by AbangNara | August 7th, 2012

Dengar tajuk filem ini pun dah buat Abang Nara rasa seriau. Mana taknya, tajuk filem terbaru Metrowealth ini ialah “Seram Sejuk”. Terus teringat kenangan Abang Nara semasa belajar kat asrama. Banyak kenangan cerita-cerita hantu yang menimbulkan rasa seram sejuk dan bulu roma terangkat. Takut gila babe!!!

filem seram sejuk

Walaubagaimanapun filem Seram Sejuk ini bukan cerita pasal hantu di asrama. Namun mengisahkan tentang Landy (Zul Suphian) seorang penyanyi yang kurang dikenali kerana trademarknya yang memakai topeng. Pada suatu hari, Landy bertemu Joni Togo, seorang dukun untuk meminta ubat yang akan menjadikannya terkenal dan mencadangkan agar Landy ke Pejabat Kirrapekezz, syarikat produksi kepunyaan Che Mey (Sabri Yunus) untuk menghasilkan video klip. Setelah berbincang bersama Che Mey, Ros (Wawa Zainal) dan Alam (Eddy Afro), mereka telah bersepakat untuk melakukan penggambaran di sebuah hutan dara.

wawa zainal

Di sana, Landy, Syakir (Angah Raja Lawak) dan Che Mey berusaha menambat hati Ros dengan menjaganya sebaik mungkin. Tiba-tiba Syakir ternampak seorang budak kecil dan seorang perempuan tua berhampiran jeram. Syakir mengekori mereka tetapi tidak berjaya kerana mereka hilang dengan tiba-tiba. Semasa Syakir hendak mambasuh muka di tepi sungai, dia terlihat ada seutas kalung berbatu nilam di dasar sungai itu. Tanpa berfikir panjang dia telah mengambil kalung itu lalu disimpan.

angah raja lawka

Tanpa disedari Syakir, kalung itu adalah hak milik Mawar (Fyza Kader), seorang wanita yang telah di bunuh 100 tahun dulu bersama suaminya, Aduka. Sebelum mati Mawar bersumpah selagi dia tidak dapat berjumpa kalung tersebut, dia tidak akan di terima bumi. Berjayakah Landy untuk menjadi terkenal? Siapakah yang dapat menambat hati Ros? Apakah yang terjadi kepada mereka dalam misi Mawar untuk mendapatkan kalung itu semula? Semuanya akan terjawab dalam filem Seram Sejuk.
filem seram sejuk
Menarik kan? Tambah menarik sebab korang boleh menang hadiah-hadiah yang awesome seperti iPod, Sony Walkman dan hadiah ekslusif daripada Metrowealth dengan menyertai peraduan Seram Sejuk. Takkan taknak beraya dengan iPod baru kot? Sila ke Facebook David Teo untuk menyertai pertandingan ini.

Baca Yang Ini Pulak:-


27 responses to Sertai Pertandingan Filem Seram Sejuk & Menangi Hadiah Awesome Untuk Hari Raya Anda

  1. 7terbaik says:

    Angah makin lama makin meletop..Pandai melawak n memasak
    Blog Saya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. ... says:

    satu lagi filem yang hanya layak masuk youtube..

    Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 2
    • Nadia Minah says:

      Aku nak tambah skit lagi… filem yang layak masuk dlm tong sampah!!!!!

      Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 2
      • Marry Harry says:

        belum tengok lagi dah kate layak masuk tong sampah…entah2 bile tayang ko la yg x sabar cari kat youtube kn…sokonglah filem2 Malaysia…

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4
      • tiara weasley says:

        aku nk tmbah lg..filem nie btul2 mbuat ak terhibur..awesome!!

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4
    • tiara weasley says:

      masuk youtube…ko jgk yg tgk berulang2 kali kn..hahahaha

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3
    • syiella says:

      kalau masuk youtube, depa tak der book tarikh tayangan kat panggung.
      pandai2 hang je

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  3. Green lantern says:

    Klau tgok daripada sinopsis nyer .. Mesti susah giler kn pihak MIG nk kluarkan idea untuk filem ni .? kisah seorang yg gatal sgat ikut pompuan tua ke dalam utan n lpas tu pulak pandai2 ambik kalung warna itam dkat dlam sungai …. wah .. hanya genius je boleh piki jalan citer ni .. tahniah MIG … x sabar nk tgok filem ni … Box office 15 juta !!!

    Hot debate. What do you think? Thumb up 9 Thumb down 1
    • Nadia Minah says:

      Kau ni mcm org dalam MIG je.. Kah kah kah
      filem ni. filem sampah! tak de maknanya box office ke ape..
      filem yang layak masuk dlm tong sampah! kah kah kah

      Hot debate. What do you think? Thumb up 8 Thumb down 9
      • menusuk kalbu says:

        nadia, aku rasa statement green lantern berunsur sarcasm daa. Baca la ngn nada sindir hewhewhew

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
      • Green lantern says:

        Nadia Minah, prnah dgar istilah ‘sarcastic’ ? ..

        Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
      • tiara weasley says:

        ko blm tgk da ckp filem 2 mcm 2..ko la owg2 yg bfikiran cetek..ptut sbgai msyrakt msia kena la support anak seni msia..nie lg nk kutuk keje owg..hargai la..sbb yg hasilkn filem ttap owg2 msia jgk..:)

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
      • Nadia Minah says:

        tiara weasley: aku tahu kau org kuat MIG, so tak payah nak kutuk2 aku berfikiran cetek bagai. org berfikiran cetek adalah org2 mcm kau yg menonton filem2 bodoh keluaran MIG! MIG dah banyak kali menipu masyarakat Malaysia kononnya filem2 mereka bagus, dengan cara pemasaran yg menipu rakyat malaysia!

        Rakyat Malaysia dahagakan filem Melayu yang kualitinya sama dengan filem2 arahan Tan Sri P Ramlee atau filem2 Hollywood! Bukan filem bodoh mcm neh! Rakyat Malaysia tidak lagi bodoh mcm kau tiara weasley!!!!

        Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
      • ko takleh wei… cerita ni best.

        wawa awek aku…..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
  4. Prince Noob says:

    tak best pun contest ni

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. Soulfly says:

    Another filem sampah by MIG. Vote to trash this film.

    Hot debate. What do you think? Thumb up 11 Thumb down 2
  6. comei says:

    sape kat cni pernah tgk real hantu?aku pernah nampak waktu kecik2 dulu kat rumah nenek.bukan aku je nampak, adik aku pun nampak sx.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. alleta vold says:

    wah….nak join r contest ni…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  8. meowmeowbeach says:

    Dah lama tak tgk cite seram+komedi… Kuar masa raya kan nie? mcm menarik je nak g tgk……

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. keiravenclaw says:

    Org2 kita nie tau mengutuk aje… tak tgk lagi dah jatuh hukum.. ape da… kalau nk bg kritikan pun, bg kritikan yg membina.. nie tau memaki, ckp sampah.. nampak sekolah tak tinggi….

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 3
  10. alleta vold says:

    drpd thriller yg telah ditonton, film ni mesti best punye…dahlah klakar, seram lak tu…phiieeww~~

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
  11. zarul666 says:

    bkn x skong filem malaysia.sokong ttp sokong..tpi klu buat filem jnis tngkap muat,asal siap cmni bgi aku x brbaloi abiskn duit pgi tgk kt wyg.metowealth utamakn kauntiti bkn kualiti.brderet je filem dorg tyg kt pnggung.genre pilihan: komedi or komedi seram.then buat skit filem aksi,filem romantik,tmbh skit unsur2 islamik..dh siap.klu dpt smbutan,smbung le smpi 2-3 movie mcm citer adnan sempit yg bgi aku dh x releven.kt wyg pn adnan sempit,kt astro pn adnan sempit jgk.BOOORRRRIIIIIIIINNNNNGGGGGGGGGG!!!!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0