Written by AbangNara | July 6th, 2015

Pada Sabtu hujung minggu yang lalu, Abang Nara telah merasai kehenseman diri ini meningkat 200%. Semuanya kerana diri ini mengenakan baju dan seluar John Master. Bukan senang untuk Abang Nara bergaya sekacak ini di pagi hari,. Ini semua adalah demi pertandingan ‘makeover’ antara pembaca BeautifulNara, Budiey dan NameeRoslan yang berlangsung di Sogo Kuala Lumpur.

john master

Abang Nara nampak penuh yakin kan? Memang tepat sekali dengan tema John Master Confident Men bersempena pertandingan ‘makeover’ ini. Setiap blogger telah pun memilih 5 orang peserta. Tugas Abang Nara hari ini adalah untuk memastikan peserta-peserta yang bertarung di bawah nama BeautifulNara tampil kacak, confident dan penuh berkarisma sambil menggayakan baju John Master pilihan mereka. Jom kita tengok geng-geng BeautifulNara.

john master

sebelum ditransformasikan oleh John Master

Semua peserta yang hadir amat bersemangat sekali. Mana tidaknya, pemenang nombor 1 akan bawa pulang baucar John Master bernilai RM800. Nombor dua pula RM600 dan nombor tiga RM400. Berbaloi-baloi sangat. Tepat jam 1030 pagi, masing-masing dah sibuk mencari pakaian John Master yang paling akan menyerlahkan kehenseman mereka.

john master

amcam bro hensem tak saya pakai baju nie?

john master

beratur tunggu giliran masuk changing room

john master

minyak rambut kena bubuh kasik confident sikit

john master

muka tak macam model tak apa, yang penting yakin- kata-kata motivasi Abang Nara

Selepas hampir 1 jam, barulah semua peserta yang hadir berpuas hati dengan pilihan masing-masing. Serius Abang Nara teruja melihat transformasi mereka. Tampak lebih segak,bergaya dan yakin apabila mengenakan pakaian lengkap John Master. Terus berubah aura di sekeliling mereka.

john master

selfie dulu sebelum ber’catwalk’

Jenama John Master sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Abang Nara dari dulu lagi memang bila raya akan beli sehelai dua baju dan seluar John Master. Macam-macam pilihan yang ada. Kemeja kerja ada, t-shirt ada, kemeja kasual ada, seluar slack ada, seluar kasual pun ada. Macam-macamlah.Cuma perlu pilih yang bersesuaian dengan imej dan gaya kita jer.

john master

team BeautifulNara dah ready nak bertarung

Setelah semuanya dah ready, maka bermulalah catwalk untuk memikat hati para hakim. Boleh buat apa-apa yang disukai. Yang penting keyakinan tue perlu terserlah. Team BeautifulNara memang sempoi. Ada yang bersilat, ada yang berselfie, ada yang menggayakan rambut. Macam-macam style lah.Terhibur tengok aksi sempoi diorang.

john master

macam silat pengantin pun ada nie. Hehehe

john master

last sekali buat Gangnam Style berjemaah

Geng-geng Budiey dan Namee Roslan pun tak kurang hebatnya jugak. Geng Budiey muka masing-masing macam model. Bila catwalk pun nampak macam pro!!! Terkesima kitoarang dibuatnya. Yang geng Namee pula sempoi jugak aksi diorang. Siap ada berbaring posing ala-ala photographer. Saja nak tunjuk betapa selesanya pakai John Master la tue.

john master

fuh gaya dia lipat lengan pun confident sungguh

john master

tak tahu confidence ke over confidence brother nie. Hehehe

Selesai semua gaya dipertontonkan, hakim mengumumkan para peserta Top 5. Yeah!!! Salah seorang daripada geng BeautifulNara terpilih. Kira oklah tue daripada tak ada langsung.

john master

yes brother silat tue berjaya!!!

Sekali lagi Top 5 ini perlu menunjukkan gaya keyakinan bersama John Master. Tapi kali ini bersama dengan blogger sekali. Tak pasal-pasal Abang Nara terlibat. Hehe. Tapi kita layan je!!! Orang kata gembira-gembira di pagi hari Sabtu.

john master

Budiey dan pesertanya

Akhirnya setelah 2 jam bertarung, keputusan pun diumumkan. Geng Budiey mendapat tempat pertama dan kedua, manakalah geng BeautifulNara dapat tempat ketiga. Oklah tue. Semua orang pun berpuas hati dan berseronok sepanjang melakukan fashion show ini. Kalah menang belakang cerita, yang penting keyakinan dan kegembiraan yang diperoleh bersama John Master.

john master

Hari Raya ini, jangan lupa untuk bergaya bersama John Master. Serlahkan keyakinan anda dengan pelbagai pilihan yang disediakan oleh John Master. Banyak cawangan John Master di seluruh Malaysia dengan kesemuanya dijual pada harga yang amat berpatutan. Informasi lanjut, layari Facebook John Master Malaysia. Selamat membeli belah!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Serlahkan Keyakinan & Kekacakan Diri Bersama John Master

  1. minah jambu says:

    idop umno ! idop pak najib ! lov u pak najibbb..

    0

    0
  2. nk tnngu sponsor gak says:

    what ever la,Nara.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Rase nak je lempang nara ni.syok sendiri..lagi2 dengan cermin mata kanta tebal mata ikan tu..geraaammm je aku..

      0

      0
  3. ayahanda abdul rani kulup says:

    abah kau gangnam berjemaah..

    0

    0
  4. Sheerina Shahruddin says:

    LAWAK. SESUAILAH UTK AKU YG GERSANG TUA NI. CR CALON

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Langsung tak cantik baju JM ni. Tapi harga mesti mahal melampau. Ptuihhhh

    0

    0
  6. pinklady says:

    mcm gedik je abg nara

    0

    0
  7. zabedah zabit says:

    masalahnya abg nara ni kacak ke?

    0

    0
  8. mojo says:

    Hanya sesuai dibelakang tabir saja.Jangan ditambah kegelian tekak nara oii.

    0

    0
  9. Jah kilang biskut says:

    Kakakaakkakakakkakahhhh

    0

    0
  10. annon says:

    tak hensem pon..kacak lg la jauh..

    0

    0
  11. gustav says:

    so gay….

    0

    0
  12. bara nara says:

    kalau hensem dah jadi artis…tapi kurengggggggggggg

    0

    0
  13. mami says:

    muka & gaya nara cam org dulu2…tak hensem ponnnn!!!

    0

    0
  14. mak jemah says:

    Nara oo nara. jage sikit, bulan puase ni

    0

    0
  15. permatamama says:

    suami suka jenama ni, memang best!

    0

    0
  16. permatamama says:

    semoga kita meningkatkan amalan di bulan puasa ni

    0

    0